Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Thursday, November 25, 2010

Titisan Airmata : 'Ketulusan Hati'

0

Kenangan yang sama sekali tidak akan kami lupakan buat ayah & umi 1430

Monday, November 15, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Episod 19 : Rindu menjadi tetamu ALLAH

0
Tidak sedar airmata umi ayah gugur setiap kali menonton 'Khabar Haji' Astro Oasis sepanjang musim haji 2010 ini. Kini genap setahun umi ayah menunaikan haji dan berada di Arafah untuk melakukan wukuf disana. Kerinduan yang bersangatan dari mereka membawa kami juga turut sama menyaksikan siaran tersebut setiap hari hingga berakhirnya episod itu kelak.

Episod Arafah telah pun ayah dan umi ceritakan sebelum ini. Namun bilamana mereka mengenang proses pengibadatan menunaikan haji sememangnya Arafah tidak akan dilupakan. Rahmat dan keberkatan yang Allah turunkan dalam suasana di Padang Arafah menjadikan sentuhan jiwa dan rohani yang suci.

Himpunan terbesar umat Islam yang menjadi lambang penyatuan aqidah & keimanan kepada ALLAH. Ayah dan umi sering mengesa kami untuk terus menerus berdoa memohon penuh pengharapan agar sentiasa menjadi tetamu ALLAH di bumi Arafah 10 Zulhijjah.

Ya Allah Ya tuhan kami, kuatkan Iman kami. Permudahkan kami sekeluarga menjadi hamba-hamba-Mu seterusnya menjadi tetamu-Mu di bumi yang diberi keberkatan oleh-Mu. Jadikan kami dikalangan insan-insan yang dapat menjadi tetamu-Mu Ya ALLAH dalam usia yang muda. Amin Ya Rabbal alamin.

Wednesday, October 27, 2010

Alhamdulillah @ 40jam di Kuala Terengganu

0
KHAMIS 21/10/10, kami sekeluarga dijadualkan ke Kuala Terengganu bagi menziarahi pemergian tetamu Allah ke Baitillahil Haram (ayah nik). Jam 3.45 ptg kami memulakan perjalanan menerusi Simpang pulai - Cameron Highland - Felda Aring - Tasik Kenyir - K.Terengganu.

Dengan perjalanan yang tenang ayah menyusuri jalan-jalan tersebut. sekitar jam 9.00 mlm kami melalui Aring. Malam yang pekat tidak memungkinkan kami menyaksikan keadaan sekeliling. Ayah ditemani cahaya bulan meneruskan perjalanan sunyi tersebut bagi menuju ke lokasi pertamanya Teratak Bahagia Uncle Samad & Auntie Mimi di Gong Badak. Uncle Samad ialah rakan sekelas ayah sewaktu di sekolah rendah. Ayah cekal memandu dan kami pula tidur sepanjang perjalanan dikawasan sunyi Tasik Kenyir. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah Uncle Samad jam 11.30 malam.

Setiba di Gong Badak, Uncle Samad yang kebetulan baru tiba dari Kota Kinabalu, Sabah menyambut kami dengan baik dan dipelawa berehat sahaja pada malam tersebut. Ayah dan uncle menyambung borak-borak mereka hinggalah larut malam. Layanan yang sangat baik diberikan oleh mereka berdua dan kemesraan kami seolah-olah kami telah lama mengenali. Sedangkan umi dan auntie mimi baru kali pertama bertemu dalam sesi reunion SKDS 76' pada hari raya ke-3 baru-baru ini sahaja.

Kami meninggalkan teratak uncle Samad untuk ke rumah ayah nik pada jam 10 pagi. Hari ini dijadualkan ayah nik kenduri selepas solat jumaat. Kelibat kebanyakan sanak saudara telah hadir bersama. Alhamdulillah kami dapat bertemu Tok Ayah dan Tok Abah disini. Sebelah petangnya kami rest di Chalet Bank Negara, Pantai Batu Buruk, K.Terengganu. Aktiviti kami agak terhad tidak kemana-mana memungkinkan ayah untuk berehat atas kepadatan pergerakan dan kesihatannya yang terbatas. Malam hari pun kami ke rumah ayah nik untuk mesra sekeluarga sebelum kami berangkat pulang ke Perak semula.

Sabtu, kami bersiap-siap untuk bergerak pulang. Tengaharinya pula sekali lagi kami menerima jemputan dari uncle Samad dan auntie Mimi untuk lunch bersama di Teratak Bahagia mereka. Dengan juadah yang bersahaja hebatnya kami menjamu selera. Terima kasih tidak terhingga buat Uncle dan Auntie Mimi. Lunch tersebut menjadi bekal perjalanan kami yang jauh untuk pulang semula ke Kg Gajah.

Alhamdulillah , jam 11.00 malam kami selamat sampai diteratak kami semula dengan rasa penuh kesyukuran terhadap nikmat limpahan dari Tuhan. Jazakallahu Khairan Kasiro buat semua di Kuala Terengganu.

Tuesday, October 26, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Episod 18 : Melontar @ Jamrat, Mina

0
..... Sesungguhnya bermabit di Mina punya rahsia haji yang tersendiri. Bagi mereka yang sering membiasakan diri dalam keselesaan mungkin ianya sedikit teruji. Namun , Alhamdulillah, umi dan ayah merasakan Mina tempat yang selesa dan ujian yang ada dilalui dengan penuh kesyukuran dan ketabahan.

Mabit Di Mina , adalah salah satu syarat wajib haji. Jemaah haji akan ditempatkan dikawasan khas yang jarak ke tempat melontar adalah sejauh 3 - 3.5km dan hitungan pergi balik sekitar 7km. Perjalanan ini adalah suatu keperluan kerana kewajipan melontar adalah dengan keupayaan diri sendiri. Semangat dan kesihatan jemaah amat dituntut dalam tempoh ini.

Melontar Jamrah Qubra pada 10 Zulhijah adalah suatu yang penting kerana dengan selesainya ibadat tersebut maka jemaah haji akan boleh melakukan tahlul awal. Iaitu terlepas dari 10 larangan Ihram kecuali 3 yang berhubungkait dengan 'Munakahad'. Umi dan ayah melaksanakan Lontaran Jamrah Qubra mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Muassasah pada jam 5 petang Aidiladha tersebut.

Perjalanan dan jarak yang agak jauh ini , sebenarnya menguji ketahanan minda jemaah haji. Panorama sekeliling juga mempunyai nilai keinsafan dan kesayuan bahawa peri penting keilmuan dan kesihatan yang mantap. Syukur Alhamdulillah, kesedaran ini wujud dalam matlamat ayah dan umi dengan mendaftar haji seawal 2002 bagi membolehkan melaksanakan haji dalam usia mudanya. Kini setelah pulang dari mengerjakan haji kami berempat saya, adik, ayah dan umi kembali mendaftar untuk menunaikan haji bersama dan hitungan perkiraan dalam sistem buat kami berempat 2030. Moga azam kami pada tahun tersebut menjadi kenyataan agar dapat menjadi tetamu Allah bersama-sama keluarga bahagian.

Thursday, October 14, 2010

Cinta Sayang Resort : Nantikan kehadiran kami...

0
Maklumat terkini:

1- 10 bilik telah ditempah
2- Aturcara seperti tahun sebelum
3- pakaian batik pada malam Ahad
( Dinner + Solat hajat + Bacaan Yaasin + Mesyuarat Infaq Tahunan Ke-12)
4- Jgn lupa! 1 keluarga 1 acara (pagi ahad) pakaian:
ikut tema keluarga masing2.
5. Acara akhir di RFC . ( Lunch)

Pesanan drpd S/U Infaq 004 :
Pak Uda Abdul Aziz Musa.

Thursday, October 7, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Adik !!!

0
Moga kalian kan menjadi anak-anak yang Solehah dunia & akhirat.
Dalami Ilmu jangan sampai jemu, kelak kan jadi insan teguh beriman membawa amalan bekalan abadi. Selamat Hari Ulangtahun kelahiran buat Madihah & Majidah. Umi ayah sayang diri-mu

Monday, October 4, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj Episod 17 : Perkhemahan Haji @ Mina

0
Lama sungguh mengambil masa untuk menyambung kembali cerita perjalanan haji ayah umi tercinta. Sungguhpun begitu cerita yang dicoret-coretkan ini adalah sebagai memori indah keluarga kami dalam masa yang sama sedikit sebanyak melatih kami untuk berbicara menukilkan perjalanan indah tetamu Allah buat umi ayah tatapan bacaan coretan kami zaman berzaman. Bagi umi ayah kini semakin hampir jemaah haji 1431 untuk melangkah pergi menjadi tetamu Allah. Inilah hakikat dunia yang dirasakan baru sahaja perjalanan masanya sedang hampir setahun umi ayah menunaikannya.

Perkhemahan Mina. Setelah bermabit iaitu berhenti seketika di Muzdalifah sejangkau 6 - 7 jam, umi ayah dan jemaah haji yang lain berbaris semula untuk menaiki bas yang disediakan oleh Muasasah Haji untuk menuju ke Perkhemahan Mina. Syarat Wajib Haji yang seterusnya adalah melontar Jamrah A'qobah iaitu pada seawal fajar 10 Zulhijjah sebelum bertahlul awal. Bas menyusuri laluan Muzdalifah yang hening sekita jam 3-4 pagi. Kelihatan himpunan jemaah berwarna putih disana sini. Ada yang hanya berjalan kaki bagi bergerak untuk ke Mina ataupun pelbagai kenderaan lain. Sayu rasa hati umi ayah menyaksikan keagongan Allah di bumi Muzdalifah hingga ke Mina.

Setibanya di perkhemahan Mina, umi ayah diasingkan khemah. Mereka ditempatkan dengan khemah padat namun selesai kerana cabaran Arafah , Muzdalifah & Mina adalah lambang pengorbanan khazanah tinggalan Amal Ibadah Haji Rasulullah saw & para sahabat suatu ketika lalu. Khemah yang punyai tiang-tiang dimana telah tersedia nama jemaah haji. Satu tiang tertera 14 orang jemaah. Suatu bentuk kesatuan baru bilamana umi dan ayah diletakkan bersama jemaah lain. Padat dan menyeronokan bagi yang biasa , sendat bagi yang tidak biasa. Umi dan ayah teruja dan menjadikan cabaran berada disini adalah sedikit pengorbanan yang perlu dan penting untuk dilakukan dalam proses mendapatkan haji mabrur.

Hingga ke saat tib di Mina ayah umi bersama kumpulan kecil mereka sebenarnya telah berada dalam Ihram Haji selama 19 hari.
Suatu jangka masa yang panjang dalam berihram sambil memastikan 19 larangan - larangan dalam Ihram dijaga. Kuku , rambut dan tubuh badan antara cabaran berihram lama. Syukur, Alhamdulillah umi dan ayah tenang menghadapinya.

Fajar 10 Zulhijjah 1431 terbit dengan laungan takbir AidilAdha. Ramai jemaah haji yang berpengalaman untuk terus menunaikan Lontaran Jamrah Qubra seawal pagi tersebut. Umi ayah dan jemaah haji Maktab 77 dijadualkan melakukan lontaran pada jam 5 petang. Tempoh yang panjang untuk ke petang tersebut. Ada yang tidak sabar akan terus pergi namun setelah pulang pelbagai pengalaman melontar diceritakan memandangkan jarak berjalan kaki dianggarkan 3-4 kilometer pergi balik. Waktu pagi adalah waktu puncak dimana pergerakan jemaah haji yang sangat padat hingga dikatakan tubuh badan hanya digerakkan dengan lautan manusia. Ada yang kelemasan.

Umi ayah tetap sabar menunggu giliran yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Bila saat mula ingin bergerak ke Jamrat (tempat lontaran) hanya doa dipanjatkan sambil pergerakan berjalan kaki dipertontonkan suasana sekitar yang menerujakan. Himpunan jemaah haji yang pelbagai warna dan wajah. Subhanallah. Ada kelihatan solat dijalanan. Warga tua bongkok meneruskan berjalan kaki walaupun jaraknya jauh , sayu dan pilu. Syukur tenaga umi ayah masih muda. Segalanya ketentuan Allah swt.

....bersambung.....

Tuesday, September 14, 2010

3 Syawal 1431 Lebih 23 tahun baru bertemu

0
Jika semalam kambing biri-biri menjadi santapan kami , pagi ini pula ikan patin yang sihat2 menjadi juadah sebelum pulang. Saya menyaksikan ketika mana Cik Kar menyiyang ikan tersebut. Sesuatu yang paling menarik ialah hampir kesemua ikan tersebut mengandungi telurnya. Pehh sedapnya memang telur ikan favorite saya , puas dapat makannya. Kami menyusuri Machang - Jeli - Grik - K.Kangsar - Parit - Kg Gajah untuk pulang ke teratak kami.

Dijadualkan malam ini kami akan menghadiri majlis Reunion kengkawan sekolah rendah ayah buat pertama kalinya. Mereka bertemu setelah hampir 24 tahun tidak bersua dengan haluan masing-masing.

Jam 8.45 mlm kami sekeluarga menuju kg teluk, bagi menghadiri majlis tersebut. Ayah kelihatan sangat teruja dan excited untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Ayah ditugaskan sebagai pembaca doa dan pentazkirah.


Namun kejutan dari ayah yang mana beliau telah pun menyediakan suatu persembahan clip video rentetan koleksi picture history sejak dari tadika , sek rendah hinggalah ke saat ini. Ianya telah menarik perhatian semua yang hadir dan usik mengusik kedengaran sepanjang ianya ditayangkan. Credit harus diberikan kepada barisan pengajur yang diketuai oleh auntie Maznah, Cikgu Yati, uncle Azmir, uncle Khairi , Cikgu As , auntie suzi , auntie ana, auntie elly yg sponser bunga api & bahan letupan serta yang lain-lain. Walaupun kesemua mereka baru pertama kali kami temui namun antara kami seumpama sudah biasa mengenali antara satu sama lain.

Sememangnya majlis seumpama ini penuh bermakna kepada mereka yang terlibat. Walauoun sekampung namun setelah puluhan tahun tidak bertemu menjadikan kemeriahan amat dirasai. Makanan yang disediakan ... subhanaALLAH banyak dan best2 belako. Inilah hasil kerjasama yang ditonjolkan mereka dan kepuasan terpancar menerusi air muka sesama mereka.

Kelemahan saya malam tu terbongkar. Saya sememangnya takutkan letupan. Kewujudan mercun yang berdentam dentum menjadikan saya hilang kawalan. Biasanya ayah yang boleh menenangkan saya namun dek kesibukan ayah , saya dan umi terpaksa pulang dahulu dari ayah. Ayah pula membantu mengemas lokasi tersebut bersama sahabat2nya yang lain dan pulang berasingan. Dikhabarkan ayah pulang hantar adik dan keluar semula bersama sahabat2 lelaki yang lain berbual hingga tidak sedar pulangnya jam 3 pg.

2 Syawal 1431 Bergembira Berkeluarga Ramai

0
Umi merupakan anak ke-3 daripada 15 adik beradik. Ayah pula adalah menantu pertama dalam keluarga ini. Menerusi 15 adik beradik ini , alhamdulillah 8 diantaranya telah pun berkahwin dan dalam tempoh 5 tahun , kini tok abah dan nek mi mempunyai 18 cucu. Mereka ini adalah sepupu saya dan adik. Tahun ini pula kesemuanya dapat berkumpul sama dirumah tok abah.

Hari ini perancangan dalaman bagi kami semua ialah 'kenduri kambing'.
Saja nak cerita , seekor kambing biri-biri ini cuma dapat dimakan sekali hadap sahaja. Ayah tukang sembelih, Cik Lie,Cik Kar & Cik Mail tukang lapah, Umi & Cik Ta masak Nasi Arab (umi teringat masa gi haji thn lepas ayah bagi merasa makan nasi arab 'banjir' ngan dagimng kambing le tu) Cik Abby, Cik Su, Cik Asha, Cik-cik yg lain byk lupa le pulak mereka tukang cincangkan awas-awasnya.
Tok Abah dan Nek Mi kali ini lebih banyak memantau kerja-kerja kami sambil saya, adik, afif, aina, ain, afnan, arfan & pak su irul mengacau gulai dagingnya. Cik Yuyu dan Tok Abah proses tebang kelapa utk dptkan umbutnya.
Kerjasama seumpama ini diselang selikan dengan senda gurau yang secara langsungnya mengeratkan hubungan antara kami semua. Habis seekor kambing biri-biri dengan sekali makan tengahari tersebut. Pehhh seronok betul sendawa pun ada sikit-sikit bunyi kambing. hihihi.

Terima kasih kat Cik Zarul tukang sponser kambing tersebut.

1 Syawal 1431 Penuh Bermakna

0
3 tahun kami sekeluarga menyambut hening Aidilfitri di Kampung Gajah kerana tanggungjawab ayah dipagi raya perlu diselesaikan. Kali ini ayah membuat keputusan untuk menyambutnya di Kelantan pula. Tanggal 29hb Ramadan kami menyusuri Ipoh - Cameron Highland - Gua Musang - Kuala Krai. Perjalanan kali ini amat tenang , mendung sepanjang jalan hingga tiba ke destinasinya Kampung Kuala Nal, Kuala Krai.

Di Kelantan ini , kami perlu meraikan 2 keluarga mertua ayah iaitu tok ayah (Kg Kuala Nal) dan rumah tok abah (Kg Pak Badul, Melor). Ini kerana tok ayah adalah tok yang membesarkan umi manakala tok abah dan nek mi adalah ibu bapa kandung umi. Hubungan antara kami dan kedua2 keluarga ini amat akrab lebih-lebih lagi peranan ayah yang tidak mahu kasih sayang antara saudara angkat dan saudara kandung punyai perbezaan. Sememangnya kami bersyukur punyai keluarga besar sebegini. Di Kg Kuala Nal tidaklah seberapa riuhnya berbanding di rumah Tok Abah.

Pagi raya kali ini pula , ayah tekad untuk membawa kami bersolat hari raya di Masjid Pondok Sungai Durian iaitu kawasan Pondok Pengajian yang pernah didiami oleh ayah suatu ketika dahulu selama hampir 3 tahun, ianya terletak sekitar 30km dari rumah Tok Ayah. Saya dan adik bersama ayah sempat mengikuti solat dan khutbah Aidilfitri yang disampaikan oleh Dr. Abdul Basit Abd Rahman (salah seorg panel Tanyalah Ustaz TV9 & Siaran 'Pondok Warisan' radio IKIM). Kelihatan wajah ayah seolah-olah puas pabila hadir di masjid ini serta mendengar khutbah yang telah disampaikan tersebut.
Pulang dari solat Aidilfitri , kami sama-sama menghadiri majlis 'ngatid' di perkuburan kg kuala nal. Program seumpama ini adalah program tradisi kg kuala nal dimana seluruh penduduk kg berkumpul serentak di tanah perkuburan atas tujuan sama-sama bertahlil kepada arwah yang telah pergi. Pada kebiasaan ditempat2 lain kita akan pergi secara berasingan satu keluarga, namun berkumpul secara besar-besaran ini menjadi simbol tradisi dan sambil itu anak-anak menunggu-nunggu akan kutipan wang raya yang juga dikumpulkan secara pukal.
Kali ini jumlah kutipan keseluruhan di program ini adalah sebanyak RM5236.00 dan dibahagikan kepada seluruh anak cucu cicit yang beratur maka RM10.00 seorang menjadi habuannya.

Sememagnya rumah Tok Ayah menjadi tempat kunjungan ramai sanak saudara berhari raya kami dok rumah je tunggu tetamu. Solat Jumaat , sekali lagi ayah ke Pondok Sg Durian dan kali ini bila pulang ayah menceritakan betapa syukurnya bilamana sempat ayah bermuzakarah bersama Dr. Abdul Basit tentang beberapa perkara terutama bab 'facebook' dan istilah baru bagi kami iaitu 'bungkus aurat' pakaian ketat bagi muslimat. Pakaian ketat menutup aurat namun itu bkn syarat sempurna tutup aurat malah ianya diistilahkan sebagai 'membungkus aurat' hihihihi.

Sebelah petangnya kami sekeluarga pula bergerak berkunjung ke beberapa rumah saudara sekitar kg dan pada malamnya kami bersiap2 bergerak menuju ke kg pak badul (rumah tok abah & nek mi) terletak sekitar 67km dari rumah tok ayah.

Saturday, September 4, 2010

Minal Eidil Wal Faizin : Maaf Zahir & Batin

0
Salam Aidilfitri buat seluruh yang mengenali kami. Maaf Zahir & Batin daripada kami , moga ukhuwah yang dicipta Allah kan menjadi pengikat silaturahim sesama insan. Didoakan agar setiap yang membaca akan memperolehi keberkatan Ramadan seterusnya punyai keazaman dalam kesinambungan beramal di bulan-bulan lain hendak-Nya.

Kepada mereka yang bermusafir , sama-samalah kita doakan agar diberikan kesabaran dan ketenangan berpanjangan seterusnya selamat menuju ke perhentian. Salam ta'zim daripada kami untuk semua.

Ayah

SKDS 83'-87'- SKPPU 88'- Ehya' Asshariff 89'- SMKASAS 90'-91' - Al-Ulum As-Shareiyah 92'-95' - Al-Falah 93' - SKOMK 94' - Madrasah Muhammadiah (Pondok Sg Durian) Kelantan 95'-97' - Batch 97-00 KDPM, MPI. Bangi - Batch BEMATH, OUM 04'-08'
Jemaah KPIP - Jemaah ABIM - Jemaah PAS - SK Chenderong Kelubi - SK Lambor Kanan - Warga GPI Daerah Perak Tengah - Saf Panel Penulis Skrip e-Bahan BTP sejak 2004 - 2010 - Seluruh Penyelaras ICT Zon Bota - - Jiran2 Desa KPMP - Ahli Qoriah & makmum2 Kg. Gajah & Jemaah Haji Maktab 77/2009.

Umi

SKKN - SMA Padang 9, K.Krai - Team SPM 94' - Team STPM 96' - As-Shabab, K.Krai - Batch 97-00 KDPM, MPI, Bangi - Methodist Girl School, Breakfield, K. Lumpur - SK Seb. Perak - SK Selat Pulau - SK Sg Galah - Muslimat Pasir Salak Bacth BEMATH, OUM 2004-2008 & Jemaah Haji Maktab 77/2009.

Madihah & Majidah

Mak Yang sekeluarga - PASTI Nurul Iman, Kg Gajah - SK Lambor Kanan

Friday, August 27, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Episod 16 Mabit @ Muzdalifah

0
Memang lama sungguh saya tak coretkan kisah umi ayah ketika mengerjakan ibadah Haji 1430. Setelah berada di Arafah kurang lebih 20 jam. Menjelang terbenam matahari, umi ayah dan jemaah haji yang lain diberi taklimat khas pergerakan seterusnya iaitu ke Muzdalifah. Pergerakan mereka adalah mengikut KT (Kapal Terbang) iaitu umi ayah dari KT35. Dalam persiapan tersebut ada jemaah yang awal gilrannya untuk ke petak khas menantikan bas. Umi ayah dikhabarkan sekitar jam 7 malam, maka sempatlah mereka menunaikan ibadah solat jamak maghrib isyak terlebih dahulu.

Sejenak waktu yang telah tiba maka pengumuman panggilan dibuat, ayah umi dan kumpulannya ke petak menunggu bas. Kehadiran bas maka terus dipenuhi jemaah, dan biasalah warga emas didahulukan dan ayah berdiri sepanjang perjalanan tersebut. Suasana sekitar dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan jemaah haji yang telah pun tiba.

Muzdalifah adalah kawasan lapang dan bermabit disini adalah salah satu dari 'syarat wajib haji' sekurang-kurangnya selepas tengah malam baru dibenarkan untuk terus mengerjakan rukun dan syarat wajib yang lain dan semestinya selepas di Muzdalifah bergerak menuju ke Mina.

Di Muzdalifah jemaah haji pernuh melaksanakan pelbagai perkara-perkara sunat termasuk mengutip 7 anak batu bagi tujuan lontaran di Jamrat al-Kubra. Menurt umi ayah pelbagai kenangan samaada lucu mahupun iktibar ada disini.

Antara kumpulan - kumpulan lain hanya dipisahkan dengan tali merah belang putih. Seluruh kawasan tersebut Muzdalifah dipenuhi jemaah haji sedunia dan masing-masing beramal dengan amalan yang telah pun dipelajari sebelumnya.

Bagi umi ayah kesempatan ini sambil berzikir, bertasbih dan berdoa juga mereka ambik kesempatan untuk berehat dengan berlapikkan tikar ditanah suci Muzdalifah. 7 biji anak batu dikutip dan suasana tenang dan ibadah penuh pengharapan moga Allah terus memberkati amal ibadah umi & ayah.

......bersambung.....

Saturday, August 21, 2010

Perolehi Pengalaman Ramadan 1431

0
Ramadan muncul kembali. Sememangnya saya ternanti-nantikannya. Umi dan ayah sentiasa mengingatkan tentang kelebihannya, justeru itu saya dan keluarga telah mula berpuasa sunat beberapa kali dalam bulan rejab dan sha'ban sebelumnya.

Beberapa hari sebelumnya , opah saya berangkat menunaikan ibadah umrah ke Makkah. Bersama-samanya ialah Pak Long , Mak Long , Tok Chu & Opah Chu. Pemergian mereka selama 14 hari dan menyambut awal Ramadan disana. Amat teringinnya saya untuk turut serta, lebih-lebih lagi baru tahun lepas umi dan ayah ke Tanah Suci menunaikan haji. Alhamdulillah ,sejurus umi ayah pulang , kami sekeluarga telah pun mendaftar kembali bagi menunaikan haji bersama. Jadual dalam sistem tabung haji kami ialah pada tahun 2030. Moga kan tiba tarikhnya untuk kami sekeluarga ke sana menunaikan rukun ke-5.

Hari pertama puasa tahun ini adalah hari pertama jua buat adik Majidah berbuat demikian. Pelbagai gelagat dapat kami saksikan. Hadir sahaja 1 Ramadan maka genap setahun kami mendiami teratak bahagia di Desa KPMP. Alhamdulillah. Saya memang seronok bila berpuasa dan hari persekolahan sama, kerana dengannya tak terasa lama nak berbuka. Hari pertama balik je dari sekolah adik tengok air masak pun katanya sedap betul.... ishhh....ishhh...Terima kasih umi, umi masak sedap setiap kali berbuka.

Pada hari Ahad 15.8.10 yang lalu , saya mengikut ayah dan angah ke KLIA unuk menjemput semula opah , pak long & mak long pulang dari Makkah. Cepat sungguh masa berlalu. Kami merasai nikmat naik kereta baru angah, Toyota Altis 1.8 tapi plat motorsikal lamanya digunapakai AEQ888. Best juga saya dok belakang tido aje lah. Ke KLIA ambik dan terus balik ke Ipoh. Berbuka puasa dirumah Pak Long.
Masa berbuka sangat meriah, pelbagai juadah disediakan oleh Mak Ngah, Kak Anim , Wan Chik & Umi disana. Kami terawih sekali diimamkan oleh ayah. Hampir semua keluarga ayah berhimpun kecuali Pak Alang yang dok di Bangi, hanya sempat bertemu di KLIA tadi je.

Selang sehari kami berbuka puasa lak dengan opah di teratak opah. Waduh kali ini dengan juadah penuh , kami hanya seramai 7 orang termasuk adik. Inilah nikmat , kata ayah teringat mangsa banjir kat Pakistan. Moga Allah beri limpah banyak pahala pada mereka.

Seminggu Ramadan berlalu, kini kami sering berbuka puasa secara berjemaah di Masjid Jamek Lama, Kg Gajah. seronok dan terharu.... kelak nanti saya nukilkan, Insyallah.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan - Ibadah berpanjangan....

0
'Marhaban Ya Ramadan'
Moga Ibadah ini menjadi bekal di akhirat nanti.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort