Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Sunday, April 7, 2013

Kelahiranmu ... Muhammad Uwais , terima kasih Ilahi : Episod 1

0
4 Februari 2013 , detik bersejarah buat keluarga kami. 10 tahun menantikan , syukur Ahamdulillah kelahiranmu , terima kasih Ilahi.

Seawal jam 2 pg , ayah dikejutkan oleh umi untuk membawanya ke hospital setelah merasai bahawa tekanan dan tanda-tanda kelahiran telah mulai ada. Pusat Rawatan Islam ar-Ridzuan , Ipoh menjadi lokasi pilihan umi sendiri. Ayah bangun sempat menunaikan solat malam 2 rakaat, lantas meninggalkan kami dirumah dalam lena diulik malam. Saya dan adik ditinggalkan tanpa sebarang pemberitahuan , namun kami pernah dipesan agar bersedia dengan sebarang apa jua keadaan.

Syukur... Alhamdulillah
Ayah memberitahu bahawa ketenangan umi membuatkan dirinya juga tenang tanpa panik membawa kereta sejauh 67 km. Umi nekad untuk merasai dan melahirkan adik kami tanpa campurtangan pihak lelaki sebagai doktornya. Dr. Raoofah bt. Amir selaku doktor pakar sakit puan di pusat ini sememangnya menjadi pilihan umi. Malah rawatan rutin bulanan pun umi bersamanya di sini.

Jam 3.30 am ayah dan umi sampai di Pusat Rawatan ar-Ridzuan, Greentown, Ipoh. Diarahkan bertenang masuk wad terlebih dahulu. Suasana tenang dini hari , umi hanya kerap berjalan mundar mandir di wad 406. Suhu dan tekanan umi pada tahap kawalan dan seliaan.

Jam menunjukkan pukul 6.30 am. Saya ter dengar deringan telefon yang diletakkan berhampiran dengan katil.Ayah berpesan supaya mengejut adik supaya mandi, solat Subuh dan bersiap untuk ke sekolah. sekitar jam menunjukkan pukul 7.00 am, kereta wan cik memasuki perkarangan rumah kami.

Wan cik membawa kami berdua ke rumah mak ngah.Pak ngah membawa kami ke perkarangan sekolah. Sebelum itu, ayah menelefon kami untuk membuat pemeriksaan. Ayah juga pesan kepada saya supaya menelefonnya pada waktu rehat.

ketika usianya 15 minit dilahirkan, Ayah azan dan mentahniknya.
Di sekolah , guru-guru sibuk bertanya fasal umi. Jenuh juga hendak menjawabnya.apabila waktu rehat, saya mengajak Shifa untuk menemani saya menelefon ayah di makmal komputer.Ayah kata umi sudah bersalin pada pukul 7.24 am dengan beratnya 3.3 kg. tak sabarnya hendak ke sana. Namun , saya tidak terlupa untuk mengucap syukur kepada Allah.

Ketika pulang, wan cik berkata yang mak ngah akan pergi ke Ipoh. ... bersambung...

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort