Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Thursday, October 23, 2014

'Persahabatan'

0
Sahabat bukan semudah yang disangka. Kawan ramai namun 'sahabat' yang sebenar punya hati dan perasaan mendalami disulami reda Allah swt.

Persahabatan yang baik seumpama beliau telah memperolehi sebahagian dripada dunia. -pujangga.

Faktor ikatan persahabatan.
Sahabat yang boleh...
1. menegur bertempat.
2. menyokong.
3. mengembirakan.
4. membimbing. (paling sikit tp paling baik)
Jika punya 4 faktor ini adalah sangat terbaik bagi manusia.

Sahabat yang baik seumpama 2 tangan. Saling bantu membantu dalam semua keadaan gembira dan duka.


Jenis2 persahabatan...
Kata Sheikh Hassan :
7 jenis persahabatan... yang hanya satu sahaja punya keberkatan dan kerahmatan disisi Allah.

1. Ta'arufan.
Persahabatan secara kebetulan. Tertembung dan terus berhubung.

2. Faktor sejarah.
Persahabatan yang berpunca daripada peristiwa. Sekelas sekampung sepejabat.

3. Ahamiyatan.
Persahabatan yang rapit kerana berkepentingan. Perniagaan, politik, projek, dan seumpamanya.

4. Sama hobi dan minat.
Persahabatan yang didokongi berpunca dri hobi dan minat seseorang. Cth. Memancing, motobikers, berbasikal dan sebagainya.

5. Kerjaya yang sama.
Persahabatan atas faktor kerjaya.

6. Bersahabat akan tetapi bermusuh.
Persahabatan yang hanya baik bila berdepan tetapi menunjukkan permusuhan bilamana dibelakang.

7. CINTA DAN BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH SWT.
Persahabatan yang membawa kepada keredoan dn ketaatan terhadap Allah. Menyoroti sirah persahabatan yang dibina zaman Rasulullah SAW. Faktor 'Ketaqwaan kepada Allah.

Sahabat yang baik acuan terbina persahabatan daripada Rasulullah saw dengan Saidina Abu Bakar as sidiq.

1. Meletakkan kepentingan terhadap Allah dan Islam mendahului kepentingan dalam diri sendiri.

2. Sentiasa mendahului sahabat yang lain.

3. Mempertahankan diri sahabat walaupun diri terancam.

4. Sentiasa melindungi sahabat.

5. Berkasih sayang demi perjuangan agama Allah.

6. Sentiasa mendoakan sahabat2 yang lain dalam kebaikkan.

Faktor Sahabat yang perlu dielakkan dalam kehidupan kita.

1. Menjadikan kita batu loncatan untuknya.

2. Kawan yang suka bertengkar.

3. Tiada sikap hormat dlm dirinya.

4. Mereka yang suka mencari keaiban diri kita.

5. Tidak ambil peduli terhadap diri kita dalam pelbagai keadaan terutama ketika susah.

6. Hipokrit iaitu berpura2.

7. Kawan yang cinta kepada dunia berlebih2an.

Jika seseorang itu datang kepada kita untuk menceritakan sesuatu keburukkan orang lain percayalah bahawa yang membawa cerita itu sudah pasti dia TIDAK BAIK. -imam al Ghazali.

'Berkawan biar ramai,
Bermusuh jangan walaupun satu.'

Doa diajar oleh Rasulullah SAW.
Ya Allah, jadikan sahabatku mereka2 yang sentiasa menyembunyikan keburukkanku dan sentiasa membimbingiku untuk mencari redo-Mu.

'Mencari' sebaik2 sifat boleh ditemui. 'Mencari' seburuk2 sifat pun boleh ditemui. Elakkan bagi diri kita mencari2 aib sahabat2nya.

Cari dan pilihlah sahabat yang mempunyai 10 ciri2 ini ... menurut al-Qomah.
1. Jika kita ada musibah, dia akan mengilangkan musibah kita.
2. Jika kita susah, dia akan membantu.
3. Jika kita merancang, dia akan memudahkan perancangan baik kita.
4. Jika kita bercakap, dia akan mendengar percakapan kita.
5. Jika kita berbuat baik, dia akan membalas dengan baik kpd kita.
6. Jika kita menghulurkan kebaikkan, dia akan berusaha membalas kebaikkan kita.
7. Jika dia memperolehi kebaikkan drpd kita, dia akan menghargai.
8. Sebaliknya... jika dia dapat keburukkan, beliau berusaha menutup aib kita.
9. Jika mengingkan sesuatu, dia akan menunaikan hajat kita.
10. Jika adalah perbalahan, dia akan lebih mengalah dengan kita demi persahabatan.

Allahu Rabbi.
Ya Allah jadikan diriku insan2 yang dapat memperolehi sahabat2 atas keredoaan dan ketaqwaan diriku kepada Allah. Amin Ya Rabb.

Catatan insan kerdil
abuUwais.kg gajah. 19.10.2014.

Kuliah Subuh bersama...
Oleh : Ust Mohd Zamri b. Abdul Majid.

Sunday, September 28, 2014

Berhabuk, berdebu dan berkarat sungguh disini.

1
Perkembangan pesat dunia teknologi masakini menjadikan fokus menyampaikan maklumat kini telah beralih kepada facebook, whatsApp, telegram, tweet dan sebagainya. Maka blog yang pada suatu masa lalu sangat konsisten dan relevan menyampaikan info atau seumpamanya.

Blog Coretan Madihah dan Majidah ini juga begitu berhabuk, berdebu dan berkarat. Adminnya pula bzz pd gajet ditangan sahaja. Malam nie tergerak ayah selongkar semula blog ini.

2013 yang berlalu banyak kenangan manis dan pahit dilalui oleh saya Madihah. Keriangan bersama menguruskan adik Uwais sangat memerlukan daya kesabaran dan pengalaman berguna padaku.

Tewas ditempat ke-3 syarahan b.arab di peringkat zon 4 daerah dalam misi mempertahankan rekod johan dan naib johan sebelumnya menjadikan kenangan pahit dalam diriku.

Namun semangat dan rangsangan umi ayah untuk fokus pada UPKK maka terlupa kekecewaan itu. Alhamdulillah 8A dalam UPKK dapat digenggam.

Diriku juga terpilih selaku Johan Nilam Daerah Perak Tengah dalam kategori Bahasa Melayu seterusnya mewakili daerah ke Peringkat Negeri Perak juga. Bersaing dengan insan2 hebat telah ku cuba namun takdir tidak menyebelahi lagi masa ni.

Alhamdulillah kini 2014.
Kak Ngah Majidah merintis jalan seterusnya berjaya ke peringkat negeri Perak selaku Pemenang Johan Tilawah Al Quran Ihtifal KAFA Negeri Perak baru2 ni. Kini beliau sedang bersiap2 diri suara untuk ke peringkat kebangsaan pula.

Saya selaku kakak untuk tahun nie masih dapat ke peringkat negeri Perak dalam acara Hafazan (P) SR bertempat di Sek Men Teknik Ipoh. Walaupun gagal diperingkat ini tapi Alhamdulillah berjaya mencari butiran pengalaman berharga.

Alhamdulillah. Sama2 kita mendoakan kejayaan kita semua.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort