Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Friday, April 15, 2011

Tanda-Tanda Gangguan Syaitan

0

1. Terhalang untuk mengingati Allah dan untuk beribadat

Disebut dalam Surah Al-Maaidah ayat 91 yang maksudnya:

[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

2. Dadanya terasa sesak dan hatinya terasa keras
Allah berfirman dalam Surah Al-An’aam, ayat 43 yang maksudnya:

[43] Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.


3. Membenci dan memusuhi orang di sekelilingnya.
Di dalam Surah Al-Maaidah ayat 91, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

4. Sering lupa
Syaitan sentiasa berusaha untuk menjadikan kita lupa terhadap sesuatu kebaikan. Di dalam Surah Yusuf ayat 42, Allah SWT berfirman yang maksudnya:

[42] Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: “Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu”. (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.

5. Selesa menyendiri
Syaitan selalu menyenangi perpecahan. Umar bin Al-Khathab RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

“Barangsiapa di antara kalian yang ingin mendapatkan wangi syurga, maka hendaklah ia selalu bersama jemaah, kerana sesungguhnya syaitan senang bersama orang yang sendirian dan ia akan lebih menjauh dari dua orang.” (Hadith Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)

6. Merasa tertekan atau wujud gangguan jiwa.
Syaitan juga membuat seseorang yang telah dirasukinya merasa tertekan. Hatinya selalu merasakan keraguan di dalam ibadatnya, kepercayaannya terhadap Allah, hilang keyakinan diri, kecewa dengan kehidupannya dan lain-lain lagi. Dalam Surah Al-An’am ayat 71, Allah SAW berfirman maksudnya:

[71] Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan ugama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): “Marilah bersama-sama kami. “Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

7. Rasa takut yang luar biasa
Orang yang telah terpengaruh dengan syaitan selalu mempunyai rasa takut yang luar biasa. Mereka mudah merasakan ketakutan sehinggakan kadangkala mereka tidak tahu apa yang ditakuti itu. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran ayat 175 yang bermaksud:

[175] Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Semoga kita sentiasa terlindung daripada kejahatan syaitan dan semoga Allah sentiasa memelihara hati kita daripada lalai mengingati-Nya.

Download Ayat Scan Jin Dalam Badan

Dari FB Al-hikmah

Thursday, April 7, 2011

Penampilan Pertama ...

0
menantikan giliran

Baru-baru ini saya telah menyertai Pertandingan Hafazan Juzuk 30, Majlis Tadarus al Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Zon Bota. Ini penampilan saya yang pertama dengan bimbingan umi , ayah dan guru-guru. Persiapan yang sederhana dari awal telah meyakinkan saya untuk menyertainya.

suasana ketika ujian Hafazan dijalankan

Bagi ayah kemenangan bukan matlamat utama, yang penting menghafal pastikan niat kerana Allah agar kekal dalam ingatan. Keinginan umi dan ayah yang sangat tinggi untuk kami menghafal al-quran menjadikan mereka sering memastikan saya memegang dan mengulangkaji bacaan tersebut. Pada pertandingan tersebut saya diundi dengan giliran ke-16.

Sememangnya sekolah-sekolah Zon Bota ini sangat banyak dan saingannya hebat sekali. Namun dengan usia saya 9 tahun ini menjadikan saya sebagai peserta termuda dalam pertandingan tersebut. 64% markah yang saya perolehi memunkinkan saya menduduki tempat ke-4 , dibelakang peserta dari SK Bota Kiri yang memperolehi 67%.

ketika menyampaikan Syarahan Bahasa Arab

Dalam pada itu pula kini saya sedang berlatih untuk menyertai pertandingan Syarahan Bahasa Arab, Peringkat Zon Kampung Gajah mewakili Sekolah Rendah Agama Raudatul Najah (Sekolah KAFA). Ianya akan diadakan pada hujung bualan ini Insyallah.

Hayya bil Arabiah

Ayah pula telah memberikan saya peluang untuk menyampaikan persembahan Syarahan Bahasa Arab tersebut di perhimpunan pagi sekolah Lambor Kanan. Alhamdulillah , ini latihan saya untuk bersemangat dan yakin berhadapan dengan orang ramai. Moga usaha saya ini akan dipermudahkan Allah untuk terus berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Monday, April 4, 2011

Kos haji kali pertama kekal, kali kedua naik RM4,360

0
Tambang untuk menunaikan fardu haji bagi bakal jemaah yang pertama kali terpilih untuk mengerjakan ibadat itu tahun ini kekal sama seperti tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


NONE
Beliau berkata kerajaan tidak menaikkan tambangnya walaupun kos sebenar meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan pengurusan jemaah di Mekah dan Madinah serta syarat baru yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.



"Pelbagai perkara dan pertimbangan diambil kira untuk mengekalkan kos ini terutama untuk menjaga kebajikan jemaah yang setia dan lama menunggu giliran yang berumur lebih 75 tahun, serta termasuk pertimbangan prestasi dan keuntungan Tabung Haji (TH) tahun lepas," katanya kepada pemberita di Gurun hari ini.


Jamil Khir berkata subsidi untuk seorang jemaah tahun ini adalah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lepas.



Namun menurut beliau, bagi jemaah yang menunaikan ibadat haji bagi kali kedua, mereka dikenakan kos sebenar iaitu tanpa subsidi.


Beliau juga berkata syarat baru kerajaan Arab Saudi untuk meluaskan ruang bilik untuk jemaah dari 3.5 meter persegi kepada 4.0 meter persegi untuk seorang, bermakna bilik yang yang dikongsi lima orang terpaksa dikurangkan bilangan penghuninya.

mecca

Beliau juga menasihati jemaah yang pernah menunaikan haji supaya tidak memohon bagi memberi peluang terutama kepada warga emas yang berumur 75 tahun ke atas yang masih ramai menunggu giliran untuk mengerjakan haji.



Mengenai soal kuota, Jamil Khir berkata TH masih berusaha mendapat kuota tambahan dari kerajaan Arab Saudi memandangkan setengah juta pendeposit telah mencukupkan simpanan mereka untuk tujuan menunaikan fardu haji selain untuk memendekkan tempoh menunggu giliran dari 20 tahun kepada 10 tahun.



"Kerajaan memohon sebanyak mungkin mengikut kemampuan TH mengurus jemaah termasuk penerbangan dan pengangkutan di Mekah dan Madinah serta keluasan ruang tempat berhimpun jemaah Malaysia di Padang Arafah yang disediakan Arab Saudi,"
tambahnya.



- Bernama

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort