Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Saturday, January 30, 2010

Kami @ Asiatica Organic House : Rangkaian HPA Terkini d' Bertam Perdana, Penang

7

Alhamdulillah , kami dibawa oleh ayah mengunjungi Bertam Perdana , P.Pinang petang semalam. Kami berpeluang menikmati hidangan istimewa 'Asiatica Organic House'. Mmmmm memang best dan lazat. Sebenarnya ayah dan umi adalah ahli HPA dan sentiasa memastikan kami teliti pemakanan dan restoran HALAL lagi Tayyibah ini. Walaupun restoran ini baru sahaja dibuka pada Disember 2009 baru-baru ini, namun Alhamdulillah sambutan pengunjung sangat memuaskan, dan yang pasti kini mempunyai regular customer yang tersendiri.

Asiatica Organic House adalah sebuah restoren yang menyediakan makanan organik dan sihat dengan menghidangkan masakan "Home Made" beserta ramuan semulajadi yang segar.
Hidangan yang berserta sos, mayonis dan keju yang digunakan adalah dibuat khas dari tumbuh-tumbuhan. Sistem penapisan airnya adalah istimewa digunakan untuk menapis air yang diperlukan dalam setiap hidangan.

Mereka amat tegas dalam memilih ramuan yang digunakan, resepinya direka menggunakan bahan2 organik selaras dengan polisi kami iaitu MSG, tiada Gelombang Mikro, tiada 'transfat', tiada pengawet, tiada pewarna dan tiada perasa.

Kunjungilah AOH dan nikmatilah hidangannya yang pelbagai hidangan istimewa Malaysia & Timur Tengah seperti ayam organik, pizza, burger dan hidangan istimewa yang lain dan pastinya memenuhi citarasa kita serta yang paling penting adalah keHALALannya adalah terjamin. Insyallah.

Tahniah dan setinggi penghargaan buat Makcik Eida serta suami tercinta, Pakcik Meor sekeluarga , staf2 AOH dari Ketua Chef hingga yang lain2nya agar segala usaha memastikan kehalalan makanan kita akan mendapat keredhoaan ALLAH. Amin...

**ayah umi kami nak datang lagi.... apalagi pembaca & taulan jom kita pi sekali..... INGAT @ BERTAM PERDANA, PENANG (Sebelahan Exit Highway BERTAM - KEPALA BATAS)

Sunday, January 24, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Ayah & Umi Bertemu Rakan Blogger Manzlie-PDKM d' Makah

5
Suatu ketika ayah & umi di Tanah Haram, mereka telah menemui salah seorang blogger aktif Manzlie-PDKM. Imbas kembali pertemuan mereka bersama salah seorang blogger yang sangat aktif. Beliau yang berasal dari Melaka, kini bertugas sebagai salah seorang Exsecutive Khas , di As-Safwah Hotel, Makkah al-Mukaramah.

Hotel tersebut hanya 80 meter dari Masjidil Haram. Beliau yang sebelum ini ayah hanya mengenalinya menerusi chat ym dan juga blog PDKM (Pengalaman Di Kota Mekah) , telah dapat ditemukan oleh Allah swt di sana. Kelihatan beliau sangat sibuk dengan tugas namun sempat melayan rakan blogger yang berkunjung sebagai tetamu Allah di sana. Ayah sempat berbual seketika pada pertemuan tersebut dan sememangnya beliau ramah melayani tetamu Allah.

Gambar kenangan bersama Manzlie-PDKM & Tn. Hj. Yamin blogger lelawangsa. Photo diambil ketika bersarapan pagi di As-Safwah Hotel, Makah Al-Mukaramah.

Ahad lepas 10.1.2010 baru2 ni, beliau telah pun menganjurkan satu gathering blogger yang setia bersamanya di Taman Setia Wangsa, K.Lumpur. Jauh untuk kami hadir bersama dalam program tersebut.

Anywere, sesiapa sahaja yang ingin atau berminat mengetahui perkembangan Tanah Suci dan perihal suasana Masjidil Haram dari masa kesemasa silalah berkunjung ke B.L.O.G. nya ini dan sudah pasti anda akan dapat mengetahui suasana semasa Masjidil Haram dan photo2 Kaabah yang menarik....

* Buat Sdra Manzlie & Tn.Hj. Yamin, teruskan usaha pereratkan rasa cinta untuk kita dan Yang Maha Pencipta.

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 4

0
1 November 2009 (Madinah)

Alhamdulillah ayah dan umi telah mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Madinahtul Munawarah tepat jam 5.45 pagi waktu tempatan. Terharu dan pilu hingga menitis air mata mereka berdua. Kaki ayah & umi adalah jemaah pertama turun dari pesawat SV5015 telah disambut oleh Petugas Tabung Haji yang sememangnya bersiap sedia menantikan kehadiran kami. "Assalamualaikum, dan selamat datang ke bumi Haram Madinahtul Munawwarah" salam diungkap oleh petugas dijawab ayah & umi dengan rasa syukur tidak terhingga pada Allah Rabbul jalil.

Di kawasan imigration , bagi jemaah haji lelaki ayah terpaksa menggunakan kesepuluh2 jarinya untuk kebenaran masuk yang sebelum ini hanya gunakan ibu jari sahaja. Jemaah Haji wanita, umi hanya gunakan 2 ibu jarinya untuk kebenaran masuk kebumi Arab Saudi ini. Serasa ini adalah rentetan kawalan rapi pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Setelah selesai ayah dan umi menaiki bas yang telah disediakan. Untuk makluman pesawat yang mereka naiki tadi itu mengandungi 93 jemaah haji muasasah (kelolaan Lembaga Tabung Haji sepenuhnya. Kos RM9980.00 seorang bagi kapal terbang, penginapan, pengangkutan madinah-mekah-arafah-mina & makan-minum) manakala selebihnya sekitar 250 orang jemaah lain dalam pesawat ini adalah group 'pakej' (kelolaan anak syarikat Tabung Haji @ swasta dengan kos RM18K keatas setiap seorang) namun perbezaan ini ketara kerana group pakej dapat menjadi tetamu Allah tanpa iku 'Q' Tabung Haji, tu pasai kosnya agak tinggi.

5-7 km, itulah jarang diantara Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Madinah menuju Hotel Sakan Ar-Rawdah, Madinah iaitu berhampiran sangat dengan Masjidil Nabawi. Sepanjang perjalanan mata ayah dan umi sentiasa meliar menyaksikan suasana sekitar bandar 'Madinah' yang kini banyak berubah wajah. Menurut ayah jika dibandingkan pada kehadiran beliau ketika umrah 1996 lalu, banyak berubah terutama sistem jalanraya dan pembangunan semakin terancang.

Setibanya di Hotel Sakan Ar-Rawdah, kami terus mendapatkan bilik penginapan. Ayah bersama 2 rakan jemaah iaitu Cikgu Nasir (Cikgu SM Teknik Seri Iskandar) dan Abg Din (pegawai pertanian, Padang Kangar, Parit) duduk sebilik. Disini seumpama hotel 3 bintang dengan keindahan bilik yang mempunyai pemandangan jelas Masjidil Nawawi (lihat gambar) memang lintas langsung menarik dari bilik kami. Umi pula duduk bersama Makcik Yah (Sabariah dari Changkat Lada) & Makcik Na dari Kg. Bahagia, Teluk Intan. Walaupun berasingan bilik namun arasnya sama iaitu tingkat 10.

Setelah segala urusan penginapan dan barangan telah diselesaikan, ayah & umi mengambil sarapan yang telah disediakan oleh pihak hotel. Step kedua, mereka mencari2 sim card bagi phone iaitu untuk perhubungan ayah dan umi. Masa ini memang kebanyakan jemaah gairah nak menghubungi tanahair bagi menyatakan keselamatan mendarat dan situasi semasa di bumi Madinah. Setelah giat survey ayah dan umi setuju memilih Zain Telecomunication sebagai line perantara mereka. Kami di tanahair juga dihubungi oleh mereka. Bagi ayah & umi sayu tetap ada bila mendengar bisikan suara kami yang berada dipangkuan wanchik Azizah. Kami di Malaysia, pulang malam tu bersama Uda Aziz dan Wanchik terus ke Teluk Intan tido kat sana. Paginya baru pulang ke Kg. Gajah dengan Mak Ngah pula.

Solat Zohor 1 November 2009, adalah solat berjemaah pertama ayah di Masjidil Nabawi. Sesudah itu ayah terus menuju ziarah makam Rasulullah saw secara langsung beliau meneliti perjalanan jemaah yang hadir. Sememangnya ramai dan agak bersesak. Namun doa yang berterus dari ayah memaparkan rasa syukurnya atas kesempatan Allah buat mereka ayah & umi. Bagi umi pula, hari pertama ini doa dan selawat berpanjang hanya mampu demi menjalani fitrah manusia normal. Ayah dan umi akan bertemu ketika mana ingin makan dan minum sambil berbincang bertikar2 pandangan menyatakan tanda syukur pada-Mu Ya Allah.

bersambung...

Sunday, January 17, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 3

2
Jam 7 malam , kami berkumpul pula di rumah Tok Chu, Kelana Jaya. Tok Chu menyambut kami dengan girang dan terhidang juadah malam yang sangat banyak. Maghrib & Isya secara jama' malam ini diimamkan oleh ayah. Setelah kami berjemaah beramai2 kami menjamah makanan yang disediakan. Sungguh selera kami sekeluarga dan yang hadir pada ketika itu. Sate, nasi lemak, mee goreng, bihun dan pelbagai juadah untuk dinikmati sambil bergeloroh sesama keluarga dalam suasana yang harmonis.

Telefon ayah sentiasa berdering, panggilan diterima beberapa sanak saudara yang telah pun berada di Kompleks Kelana Jaya. Setelah segalanya siap kami pun mula bergerak dalam misi menghantar ayah umi untuk melapor diri di Kompleks Tabung Haji. Jadual melapor diri adalah 2 jam sebelum 9.30 malam, kami tiba di kompleks tersebut jam 9.15 malam. Suasana disitu sangat padat dan sayu. Ramai keluarga jemaah yang mengiringi hadir untuk memberikan lambaian terakhir sebelum berangkat.

Ayah dan umi adalah jemaah haji yang terakhir melapor diri di kaunter pengambilan pass masuk kompleks dan pengurusan pengumpulan barangan. Kami agak sedih dan pilu ketika ini. Ayah agak sibuk menyediakan butiran akhir untuk check in bagasi. Kami sempat berpeluk2kan dan bergambar dengan ayah umi disaat akhir untuk berlepas. Air mata tangisan kami tak dapat disimpankan , al maklumlah ayah umi kan pergi selama 45 hari. Ini bermakna pada 14hb. Disember '09 baru pulang.

Setelah setelah persiapan dan segalanya selesai, maka kami mendengar pengumuman panggilan masuk untuk pesawat SV5015 KT 35 KLIA - Madinah. Kami sekali lagi berpeluk2kan dan ayah umi melangkah masuk dengan lambaian bakal jemaah haji pada ketika itu.

Menurut ayah umi, mereka diberi taklimat khas penerbangan dalam dewan kompleks berkenaan sebelum menaiki konvoi bas menuju KLIA pada jam 11.30 malam. Bas mereka diiringgi seumpama VIP oleh pasukan polis PDRM sepanjang perjalanan ke KLIA. Sejurus tiba di KLIA mereka berehat seketika dan pada jam 12.45 pg mereka dibenarkan menaiki pesawat KT 35 ke Madinatul Munawarah untuk ziarah selama 9 hari.

bersambung....

Tuesday, January 5, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 2

0
Tanggal 31 Okt 2009, jam 5.45 pg.

Kami dikejutkan dari tidur untuk bergerak bersama ke umah Opah (1.5km dari umah kami) bagi menyempurnakan solat subuh berjemaah. Hasrat ini memang dipinta oleh Opah untuk berjemaah bersama umi ayah di umahnya. Sayu dan pilu solat subuh pada pagi tersebut bilamana ayah adakalanya seakan sebak dalam bacaannya. Sejurus itu, kami mengadakan bacaan yassin khusus untuk keselamatan kami sekeluarga, walaupun 5 majlis bacaan yassin telah diadakan oleh pelbagai pihak untuk ayah umi, namun pagi ini agak pilu bilamana ayah menyatakan bahawa setiap kali membaca yassin maka ayah akan teringatkan Allahyarham Tok Hj Musa. Menurut ayah, Allahyarham telah menghembuskan nafasnya ketika mana ayah sedang membacakan yassin terakhir untuk tok, dan Tok Hj Musa mengembuskan nafasnya hanya dihadapan ayah pada ketika itu iaitu umurku 2 bulan dalam kandungan.

Selesai sahaja bacaan yassin dan tahlil, ayah umi bermaaf-maafan bersama Opah , Mak Ngah dan Wanchik. Pelbagai amanat diberikan dan amanah menjaga kami dua beradik juga dilafazkan pada ketika itu. Kami berdua hanya diam dan tidak berkata apa. Kemudian kami pulang semula ke Desa KPMP untuk persiapan terakhir ayah umi. Pada ketika ini tetamu ayah umi masih tak berhenti2 , ada sahaja yang hadir untuk mendoakan bersama. Malam tadi pun sekitar jam 1 pagi pun ada rakan ayah yang hadir, Alhamdulillah, terima kasih bebanyak buat mereka semoga Allah sentiasa bersama sahabat2 handai dan rakan taulan mendoakan pemeliharaan ayah umi untuk menjalani ibadah kepada-Nya.

Jam 9 pagi, ayah , umi , saya & adik mula bergerak ke rumah Opah, dimana kami dirancangkan agar mulakan langkah musafir ini dari rumah Opah. Sungguh terharu kami apabila kelihatan ramai sahabat handai, jiran tertangga dan juga jemaah setempat hadir menunggu untuk sama2 mendoakan perjalanan haji ayah & umi. Sebelum melangkah , opah , mak ngah dan wan chik telah bertungkus lumus menyediakan sarapan pagi 'special' buat kami iaitu Nasi Langguni iaitu salah satu dari 'favouirte' ayah umi. Terima kasih semua.

Tn. Hj. Mohamad Isa (Penyelaras Masjid, Pej. Agama Kg Gajah) telah mengetuai bacaan doa pagi tersebut sebagai pengharapan pemeliharaan terhadap perjalanan Ibadah ayah umi ke Baitullahil Haram, Makkah & Madinah. Azan juga dilaungkan oleh bilal Masjid Sultan Azlan Shah, Kg. Gajah iaitu Yop Deris. Bersalam-salam dan lambaian akhir buat hadirin, kami terus menaiki kereta Uda Naza Citra menuju destinasi ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah dalam perjalanan , kami tidak tidur malah mendengar dan berpeluang bermuzakarah bersama ayah umi dan juga Uda. Banyak pengalaman Uda dikongsikan bersama ayah umi sebagai panduan terakhir bekalan ke Tanah Suci. Ayah umi yang keletihan namun setia mendengar dan sambil memperolehi manfaat secukupnya dari Uda. Terima kasih Uda.

Seksyen 7, Bangi. Lokasi tuju kami petang ini bagi berehat seketika. Kami menunggu kehadiran Tok Abah dan barisan Pak2 serta Mak2 Sedara sebelah kelate akan berkumpul di rumah Pak Alang. Alhamdulillah , sudah kami tak berkesempatan untuk pulang Kelate namun kami dapat berkumpul di Rumah Pak Alang , Bangi ini. Sememangnya adik beradik umi ramai maklumlah 15 orang semuanya dan umi anak yang ketiga dalam keluarga serta ayah kami menantu sulung keluarga mereka.

Ayah mengambil kesempatan berbual dengan Tok Abah kami, hingga mereka tak sedar jam telah menunjukkan pukul 5.30 ptg. Kami dijadualkan untuk bergerak ke Kelana Jaya jam 6 ptg. Setelah sakan berbual, kami mengambil kesempatan bergambar kenangan beramai2. Sungguh mesra kelihatan pada petang tu. Kami bersyukur punyai keluarga yang sehati sejiwa. Dipihak keluarga ayah, beliau adalah orang yang terakhir bagi melaksanakan ibadah haji, kerana yang lain telah pun pergi sebelum ini. Di pihak umi, ayah dan umi adalah pemangkin semangat kepada seluruh keluarga kerana yang pertama pergi. Moga ayah umi sentiasa doakan kami sekeluarga yang lain akan menjejaki ke Mekah lebih2 lagi Tok Abah & Nek Mi kami. Insyallah.

Bersambung.....

Monday, January 4, 2010

Melangkah Ke Tahun 1 SK Lambor Kanan

0
Salam buat kalian pembaca, terima kasih berkunjung ke sini.

Hari ini adalah hari bersejarah buat saya kerana pertama kalinya adik saya (Majidah) menjejakkan kainya ke sekolah dan pilihan beliau ialah bersama ayah iaitu SK Lambor Kanan. Seawal jam 6 am kami telah bangun dan bersiap dia, ayah ke masjid sepertimana biasa dan kami berdua berjemaah bersama umi untuk solat subuh.

Pakaian baru dengan kelengkapan sekolah telah pun disiapkan oleh umi malam tadi. Adik kelihatanteruja untuk memakainya. Memang seronok pengalaman diawal tahun. Namun kali ini ditambah pula bersama ayah kami menaiki kereta ke sekolah.

Kelas saya dan adik saya adalah bersebelahan. Ayah mengiringi adik terus ke kelas dan mendengar taklimat khas oleh Usth Sabtiah dan Pn Norsuhaila selaku guru kelas adik.

Waktu rehat kami berpeluang makan bersama dan ayah melayan kami dengan sempurna. Adik begitu selera menjamah makanan yang dibekalkan oleh umi. Nasi putih telur goreng, sedappppp. Moga kegembiraan ini akan menjadikan kami semua bersyukur.

SELAMAT MENDUDUKI TAHUN SATU BUAT ADIK MAJIDAH DAN KINI SAYA MELANGKAH KAKI KE TAHUN 2. DOAKAN KAMI BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

Friday, January 1, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 1

0
Ku mulakan dengan lafaz Basmallah. Syukur waHamdulillah buat Allah atas pilihan-Nya.

Tanggal 27hb. Oktober , ketika ayah sedang mengawasi anak didiknya menduduki peperiksaan PKSR II di sekolah. Deringan telefon kedengaran, lantas dijawab. "Assalamualaikum Tuan" itu ayat biasa ayah. rupa-rupanya panggilan tersebut hadir daripada petugas Tabung Haji Cawangan Bota, Tn Hj Rizal Muzakar. Sambil berseloro menanyakan pada ayah apakha beliau telah bersiap sedia menjadi tetamu Allah? Lantas ayah menjawab adalah gitu2, maklumlah kami sangka ayah akan pergi pada penerbangan akhir sekitar 18hb. Nobember iaitu selesai Konvokesyen ayah umi Open University Malaysia. Namun seloro mereka menjadi serius apabila dinyatakan oleh kakitangan TH tersebut bahawa ayah dan umi perlu berangkat pada 31hb. Oktober iaitu 3 hari je lagi.

Ayah mulanya redho dan bersyukur, namun kalut dan kelam kabutnya menjadi2. Dengan menyerahkan kelasnya pada rakan sejawat beliau bergegas ke TH Cawangan Bota yang terletak 10 km dari sekolahnya. Dihatinya terharu bercampur ceramuk deq kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan. Sememangnya tahun ini sistem TH agak kelam kabut, lantas menjadikan ayah umi kami pun begitu juga.

Langkah 1 : Syukur....... , tenangkan diri, lantas ayah mewar-warkan berita gembira ini kepada rakan taulan dan sahabat handai yang dia sempat.

Langkah 2 : Petangnya ke Bandar Teluk Intan untuk membeli persiapan terakhir. Termasuklah membeli 2 buah basikal baru buat kami.

Langkah 3 : Plan sesuatu atas kehadiran tetamu yang akan berkunjung ke rumah saban waktu dan masa. Kongsi kegembiraan bersama.

3 hari mengatur situasi, kami yang masih dalam sesi persekolahan pun terpaksa diuruskan. Jumaat pagi 30hb. Oktober 09, pihak sekolah mengadakan bacaan Yasin khusus buat ayah umi. Ianya serentak SK Lambor Kanan & sekolah umi SK Sungai Galah. Ayah umi telah diberi peluang untuk berucap dan antara ucapan ayah adalah memohon agar terhapus dosa sesama manusia yang sememangnya perlu dilakukan oleh orang akan bermusafir.

Begitulah serba sedikit gambaran yang dihadapi oleh ayah umi , pg-tghri - ptg - mlm - tgh mlm, sepanjang 3 hari ini menerima tetamu. Alhamdulillah kegembiraan dan keakraban ayah umi bersama teman , jiran , sahabat handai , sanak saudara dan yang paling jauh Che Haris dari Kedah pun sudi datang menziarah ayah umi walaupun hanya sejam setengah je hadirnya dan terus pulang semula ke Alor Setar. Kami sememangnya tahu ayah punyai ramai teman dan juga keramahannya membuatkan rahmat mencurah2, syukur Alhamdulillah.

kita sambung lagi.....selepas ini...

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort