Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Monday, December 12, 2011

Coretan Musim Cuti Sekolah 2011

1

Rombongan sekolah ke Sekitar Melaka


Di Zoo Melaka
SRA Raudatul Najah, Kampung Gajah bawa saya ke Perlis sebagai hadiah kemenangan saya dalam Syarahan B.Arab di Peringkat Negeri baru-baru ini.

Kenangan di Pesta Buku AinMaisarah, Taman Tasik Titiwangsa

Jatuh hati hidangan Nasi Arab Saba Restoren, Cyberjaya

Ketibaan Tok Abah & Nek Mi dari Makah al-Mukaramah

"Sebaik kesenangan wanita solehah"



Tuesday, November 1, 2011

Tahniah buat sepupu kami selaku Johan Nasyid Ihtifal KAFA Perak 2011

0

Persembahan Azizul Adha & Azizul Hanif b. Hj Abdul Aziz, SRI al-Ummah, Chemor, Ipoh.

Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah, kejayaan diraih selaku Johan Syarahan B.Arab & Nasyid, Majlis Ihtifal KAFA Negeri Perak 2011

1
Meraikan kejayaan bersama

23 OKTOBER 2011, bersamaan 25 Zulkaedah 1432 sejarah tercipta buat diri kakak dengan dinobatkan selaku Johan Syarahan Bahasa Arab Peringkat Perak sempena Majlis Ihtifal KAFA Perak 2011. Ianya telah berlangsung selama 3 hari 21-23 Oktober 2011.

Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Perak ini adalah yang ke-19 tahun diadakan. Pelbagai acara dipertandingkan dalam tempoh 3 hari berlangsung tersebut. Namun bagi acara Syarahan Bahasa Arab & Rawi Marhaban , kali pertama dipertandingkan. Umi menawarkan diri selaku guru pengiring, mengiringi kakak menginap di Sek Menengah Agama Raja Perempuan Taayah, Ipoh. Undian giliran menentukan kakak pada peserta ke-8, iaitu terakhir ke pentas.

sedang berjuang dalam persembahan Syarahan B.Arab

Pada awalnya, kakak gemuruh juga untuk berhadapan dengan pesaing-pesaing hebat. Maklumlah usia 9 tahun berdepanan dengan 11 dan 12 tahun yang jauh lebih berkeyakinan, namun alhamdulillah setelah dapat ditenangkan oleh umi, ayah, & opah maka segala-galanya berserah pada Allah. Tenang dan bersahaja persembahan pada kali ini, dan ianya memberikan harapan setidak-tidaknya menjadi di kedudukan 3 terbaik.

Debaran

Majlis penutup diadakan di Sek Izzudin Shah , Ipoh dengan disempurnakan oleh YB Najmuddin Alias, wakil Menteri Besar Perak. Ketika mana pengumuman dibuat, debaran memuncak. dan alhamdulillah kejayaan diperolehi dengan nikmat yang tidak terhingga. Terima kasih semua.

Menerima hadiah

Nasyid

Bagi acara Nasyid Kategori Lelaki pula, 2 orang sepupu kakak , Azizul Adha & Azizul Hanif telah berjaya merangkul Juara juga. Mewakili kumpulan yang diberi nama 'Shoutul Ummah' Kegembiraan ini disambut bersama keluarga dan opah yang sentiasa mengikuti, mendoakan kejayaan kami.

Moga kejayaan ini memberikan pengalaman dan pemangkin untuk terus maju dalam bidang yang diceburi. Berikut secara ringkas keputusan pada hari tersebut :-

Syarahan Bahasa Arab (L)
1. Abdullah Azam b. Abdul Fatah (Teluk Intan) - 85%
2. Md Mahfuz b. Zamri (Bidor) - 78%
3. Ad Ikhwan Helmi b. Nordin (K.Kangsar) - 74%
4. Md Hayat Aziz b. Nik Wan Megat (Selama) - 72%

Syarahan Bahasa Arab (P)
1. Madihah bt. Amir Hamzah (Kampung Gajah) - 86%
2. Nursyazwana bt. Shaharom (Ipoh) - 84%
3. Nurul Iman bt. Muhd Rizal (K.Kangsar) - 83%
4. Nur Atiqah bt. Asan (Selama) - 77%

Nasyid (L)
1. Shoutul Ummah (SRAR al-Ummah, Chemor)
2. Nur Wildan (SRAR An-Nur, K.Kangsar)
3. Humaira' Mumtaz (SRAR Al-Ammar, Bagan Serai)
4. Shoutul Ummah (SRAR Seri Al-Ummah, Manjong)

Nasyid (P)
1. Zahratun Humara (Changkat Lada, Kg Gajah)
2. An-Najwa (Selama)
3. Shoutun Najihan (K.Kangsar)
4. Shoutul Umairah (Ipoh)

Tilawah (L)
1. Nor Adzli Fitri b. Md Isa (Parit Buntar)
2. Ad Luqman Nurhakim b. Azhar (Sungai Siput)
3. Md Hareez Imran b. Md Hamizon (Slim River)

Tilawah (P)
1. Nurhazira Nabila bt. Md Kamel (Ipoh)
2. Nurul Syafiqah bt. Mat Isa (Taiping)
3. Nur Alia Amani bt. Sulaiman (Gerik)

Hafazan (L)
1. Md Syaqiq al-Azidi b. Abd. Razak (Taiping)
2. Md Hariz Hazmi b. Hassan (Pengkalan Hulu)
3. Md Salahuddin b. Md Fauzi (Teluk Intan)
4. Md Shouqi b. Sofian (Batu Gajah)

Hafazan (P)
1. Humaira bt. Mohd Hatta (Kamunting)
2. Hannah Balqis bt. Zainuddin (Kuala Kangsar)
3. Shasha Najihah bt. Saiful Adli (Manjung)
4. Anis Raudah bt. Azin (Batu Gajah)

Acara-acara lain :-
Syarahan Bahasa Melayu, Seni Khat, Marhaban Rawi, dan Bercerita kisah dari al-Quran.

Tuesday, October 18, 2011

Tok Abah & Nek Mi Doakan Kejayaan Madihah di Makah...

0
Setelah 2 tahun ayah dan umi melaksanakan tuntutan rukun ke-5, alhamdulillah berkat doa dan usaha ahli keluarga maka tahun ini Tok Abah & Nek Mi pula menjadi tetamu Allah mengerjakan haji. Bulan ini , bulan yang paling padat untuk ayah dan umi, mana tidaknya setiap minggu kami keluar bermusafir atas urusan keluarga yang pelbagai.

Oktober minggu pertama, Pak Long & Mak Long mengahwinkan anaknya Kak De (Kak Farahanim) di Ipoh. Kami semua keluarga sebelah ayah menginap 3 hari 2 malam di home stay, Ipoh. Penghargaan kahs buat umi tersayang dengan hasil tangannya maka pakaian kami selaku 'Muslimah Girl' menjadi kenyataan. Cantik dan angun pakaian yang dijahit sendiri oleh umi. Manakala seminggu selepas tu, kami pula bersama rombongan menghantar mempelai ke Klang, dan kali ini kami menginap di Cystal Crown, Klang.

Pada malam harinya pula , Pak Lang (Razak) bermurah hati membelanja kami ikan bakar Tanjung Harapan bersebelahan muara dan Perlabuhan Klang. Hampir RM1000 jua malam tu saja , dengan 10 hidangan terbaik. Syukur alhamdulillah, sememangnya Pak Lang seorang yang pemurah , nama pun Abdul Razak.

Keesokkan harinya, keluarga sebelah ayah bermesyuarat infaq kali ke-12. Pelbagai program diatur bersama kesepakatan dan keakraban begitu kuat sesama mereka. Kami tumpang dengor je sambil dengan itu , meraikan adik Majidah menyambut ulangtahun kelahirannya ke-8 kek buatan Mak Lang, terima kasih semua. Jam 1230 pm rombongan pengantin mula bergerak.

Oktober 14 2011 pula, sekali lagi kami bermusafir ke Lembah Klang & Putrajaya. Kali ini misi keberangkatan Tok Abah & Nek Mi ke Makah. Ayah dan umi ditugaskan untuk menyelenggara kelengkapan haji mereka. Berdasarkan pengalaman yang mereka miliki. Memang agak kelam kabut kami lihat ayah dan umi , hinggakan saat-saat akhir pun terpaksa ke kedai untuk persiapan akhirnya. Namun kami berbangga punyai sanak saudara yang sangat prihatain dan bekerjasama memastikan hasrat Tok Abah & Nek Mi pergi. Kewangan, kelengkapan barangan, fasiliti, persiapan dokumen dan lain-lainnya.

Inilah dinamakan kerjasama. Walaupun Tok Abah dan Nek Mi ini melangkah ke Makah dengan tiket selaku pembantu warga mas iaitu Nyang Su, maka ilmu dan perbincangan bersama ustaz2 dan ayah sendiri diharap menjadi bekalan berguna buat mereka semua.

Terharu dan titisan airmata jelas sesekali membasahi wajah mereka, saya sempat memohon doa untuk kejayaan dalam pertandingan Syarahan B.Arab peringkat seterusnya yang akan berlangsung pada 23.10.2011 ini. Permergian Tok Abah dan Nek Mi ke Tanah suci diiringi doa agar haji mabrur akan diperolehinya amin.

Malam sebelumnya sempat ayah dan umi melarikan diri untuk jemputan ke rumah adik angkat ayah terakhir menemuinya pada 1995 lalu. Kini Bandar Seri Mahkota lokasi dituju. Beliau merupakan salah seorang pendidik di SK Bandar Seri Mahkota dan juga penulis novel. Hingga kini 4 buah novel telah dapat dihasilkan dan Laila Kamalia nama penanya menjadi pilihan. http://lailakamilia.blogspot.com , terima kasih atas jemputan dan layanan makam malam tersebut kepada auntie Ina & uncle ady.

Ini adalah diantara perjalanan kami sekeluarga dalam bulan Oktober dan masih belum terhenti lagi kerana perjalanan masih ada lagi seminggu dua nie... kini persiapan akhir untuk saya ke Ipoh. Doa ayah umi dan kalian penguat saya untuk terus berjaya, Insyallah.

Wednesday, September 14, 2011

Aidilfitri 2011, Hari Kemenangan & Kesyukuran

0

A : 3 bersaudara anak2 Allahyarham Hj Abdul Rahman, Pondok Sg Durian, Kelantan.
B : Bersama Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, setelah Solat Aidilfitri 2011
C : Khutbah Aidilfitri 1432 oleh al-Fadhil Dr. Abdul Basit. (Abu Anas Madani)
D : Bergambar kenangan Aidilfitri 1432 di Kg Kuala Nal, Kuala Krai.


E : Beratur giliran mendapat duit raya bersama ibu2 saudara.
F : Nek Mi memantau genggaman duit syiling yang diselup oleh kami.
G : Daging 2 ekor biri-biri yang dicincang sebagai santapan bersama Nasi Arab umi.
H : Kambing yang telah dipisahkan dengan kulitnya.
I : Cik Mail sedang melapah dan memisahkan kulit kambing.


J, K & L : Gambaran keadaan kereta sewaktu perjalanan pulang Kelantan - Perak.
M : Orkid Cameron Highland.


N : Umi bergambar bersama Ustazah Siti Khadijah & cahaya mata pertama mereka.
O : Ayah sewaktu berucap di Majlis 2nd Reunion Batch 1976 sekolah rendah mereka.
P : Makan sate dan tunggu hadiah.
Q : Kenangan beramai , tetamu Reunion Batch 76 ayah di rumah kami.
R : Ambil kesempatan bergambar dengan 'magic ball' simbol perasmian.


S : Kenangan Keluarga Rumpun Hjh Konek (Keluarga Hj Abd Mutalib) ribon kuning.
T : sedaaaapnya...
U : Pemberi Tazkirah & Khalifah Tahlil bergambar.
V : Full House Keluarga Onyang Hj Abd Mutalib & Onyang Hjh Ngah Rokiah
W : Keratan akhbar Sinar Harian 9.9.2011 m.s. 36


X : Melapah daging untuk Majlis Keluarga Onyang Tok Bayan pula.
Y : Berbaris ambil duit raya dari Tok Chu dipentas.
Z : Dewan Sultan Abdullah, Pasir Salak Resort penuh dan melimpah.
AA : Bergambar kenangan Full House Keluarga Onyang Tok Bayan.


AB : Bergambar di RFC Laguna Merbok.
AC : Selera setelah kelaparan
AD : Berhari raya di Kubur Panjang, Kedah rumah Pakcik Haris
AE : Ayah bersama sahabat setianya di Teratak Bahagia, Kedah.

Thursday, August 25, 2011

Berkesempatan bertemu Imam Muda Hassan Adli

0

Tanggal 24 Ramadan 1432, saya bersama adik dan ayah menghadiri suatu program khas Solat Tarawih & Tazkirah Ramadan di Surau Ubudiah, Kg Setia, Kg Gajah. Pada malam tersebut dijadualkan untuk menjadi imam solat tarawih dan penyampai tazkirah ialah insan yang kami minati menerusi layar tv realiti , Imam Muda Hassan Adli, juara program Imam Muda Musim ke-2. Kesempatan ini dapat bertemu rapat dan mesra bersama di dua tempat termasuk di Masjid al-Munzirin , Sek. Men. Agama Raja Dr Nazrin Shah, Kg. Gajah.

Alhamdulillah kami dapat bertemu dengannya yang mudah mesra. Ayah pula tidak menyangka bahawa Abang Ipar Imam Muda Hassan adalah rakannya suatu ketika dulu dan kini dilantik sebagai pengurus kepada IM Hassan sendiri.





Menjamu selera bersama

Kami berpeluang menjadi makmum dan mendengar tazkirah beliau yang ringkas dan padat. Insyallah , ayah akan mengatur untuk IM Hassan akan dapat berkesempatan memberi kuliah perdana , di Masjid Lama , Kg. Gajah pula.

Monday, July 4, 2011

Majlis Kesyukuran & Khatam al-Quran

0
Khatam al-Quran bersama adik , sepupu dan teman.

3 Julai 2011 , menjadi tarikh pilihan ayah untuk mengadakan Majlis Kesyukuran & Khatam AQ. Alhamdulillah , majlis yang berjaya diadakan oleh umi ayah dalam kesibukan tugas harian. Sekolah saya sendiri pun baru je selesai Temasya Sukan Sekolah dan Larian 1 Malaysia. Meskipun umi yang baru pulang dari Kursus KSSR di Telok Batik Resort selama 3 hari, namun masih sempat menguruskan masa untuk membuat persiapan terhadap majlis ini.

Dekorasi kerja tangan Ibu saudara (wanchik Azizah & Umi tersayang)

Dedicated to Autie Azizah & Uncle Zul

Penghargaan yang sangat tidak terhingga juga buat sanak saudara , mak-mak sedara dan sepupu sepapat teristimewa Wanchik Azizah yang menyiapkan deko pelamin buat kami. Ayah membuat majlis ini atas kesyukuran beliau yang kini telah pun menjadi pegawai siswazah dan genap 11 tahun. Disamping itu juga memanjatkan kesyukuran di atas keselamatan diri, keluarga dan khas buat ninda tercinta yang telah 10 hari ditimpa musibah di kakinya.

Guru - guru PASTI & Muslimat sama membimbing.

Majlis yang sederhana ini dijalankan mulai jam 11 pagi. Ayah yang tiada anak lelaki untuk membantu diluar bertugas awal sesudah subuh. Umi pula tugasan didalam rumah yang sememangnya punyai bahagian yang padat. Kami bantu mana yang termampu dan bimbingan ayah umi sendiri.
Doa dilafazkan sendiri.

Majlis Khatam al-Quran saya didokongi oleh Ninda Hjh Hindun bersama skuad kebajikan Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak yang juga bekas guru saya ketika mana kami di PASTI Nurul Iman suatu ketika dahulu. Sesudah majlis tersebuut , ayah mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat. Alhamdulillah kehadiran sanak saudara , sahabat handai jiran tetangga dan rakan kenalan amat bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih semua kerana hadir memeriahkan suasana.

'Semoga al - Quran sentiasa bertakhta dihati ini. Amin Ya Rabb'

Monday, June 27, 2011

Alhamdulillah, kini melangkah ke Peringkat Negeri Perak 2011

5
26 JUN 2011 (AHAD), Alhamdulillah segala yang telah diusahakan membuahkan hasil. Usaha dan tawakal menjadi panduan saya seisi keluarga. Bimbingan dan tunjuk akar ustaz - ustazah bersama umi ayah menjadikan bersemangat untuk perolehi kemenangan.

Saya yang kini mewakili Daerah Kampung Gajah dalam pertandingan Syarahan Bahasa Arab , Majlis Ihtifal KAFA Zon 3 Negeri Perak. Zon ini disertai 4 daerah iaitu Daerah Kampung Gajah, Daerah Manjung, Daerah Hilir Perak dan Daerah Seri Iskandar. Kali ini Teluk Intan menjadi tuan rumah , majlis tersebut yang mana terdapat didalam program ini 9 acara.

Giliran ke-6 menjadi telah diundi untuk saya dalam acara Pertandingan Syarahan Bahasa Arab yang pertama kali dipertandingan di Majlis Ihtifal KAFA 2011 ini. Gementar tetap ada dan latihan yang dilakukan membantu untuk menambah keyakinan. Ayah berjaya merakamkan persembahan saya pada pagi itu. Walaupun besar harapannya umi akan hadir namun Allah metakdirkan ianya tidak berlaku. Tok Abah dan Nek Mi dijangka sampai ke lokasi namun terbatal kerana lambat tiba di rumah kami.

Majlis penutup Ihtifal KAFA Zon 3 2011 diadakan di Dewan Rumah Rehat, Teluk Intan. Perasminya pula ialah Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak , Tuan Haji Mohd Yusof. Bilamana penguman oleh ketua jemaah hakim gementar menjadi-jadi.

Alhamdulillah, dengan memperolehi 93% saya Madihah bt. Amir Hamzah dinobatkan selaku Johan acara tersebut. Tempat Kedua memperoleh 86% Kak Siti Sarah bt. Mohd Arshad daripada Al-Munir , Teluk Intan dan ke-3 Kak Rifa'tul Khair bt. Ruduanto daripada At-Ta'lim , Daerah Manjung. Kini melangkah ke Peringkat Negeri Perak pula, yang dijadualkan pada Julai 2011 bertempat di Intim, Ipoh.

Kupohon kesyukuran dan doa mengiringi perjalanan saya selepas ini untuk menjadikan saya lebih yakin dan semangat dalam diri. Insyallah kepercayaan dan kesempatan ini akan dimanfaatkan bersama.

Tuesday, June 21, 2011

Cuti Sekolah & Pengalaman 6/2011 : Episod 2

0
Suatu ketika kami ke Ipoh mengikut program Umi menjahit di Janome Epal, Ipoh. Kami dapati ada pameran Permainan Kanak-kanak yang berasaskan kain dan jahitan. Sempena cuti sekolah, ada kelas menjahit khas buat kanak-kanak pula dengan harga yang sederhana. Ayah merestui kami untuk mencuba kelas ini.



Kami diajar dan dibimbing oleh beberapa kakak pemudahcara. Peringkat pertama kami hanya belajar menggunakan jarum plastik dengan satu projek permainan. Saya dan adik menjadi begitu seronok dan teruja untuk terus bersama dalam kelas ini. Beberapa jahitan telah diperkenalkan oleh mereka dan kami mencuba membuat latihan jahitan daripadanya.


Umi pula sibuk melaksankan tugasnya dengan pakej yang berasingan. Kami seronok bersama dengan aktiviti ini. Ayah pula merayap entah kemana, maklumlah menunggu kami dari pagi hingga petang. Kami pula ambil masa dua hari untuk selesaikan kelas ini. Malam harinya kami sekeluarga menginap di rumah sepupu kami. Alhamdulillah pengalaman ini menjadikan kami rasa seronok dan minat untuk beraktiviti sebegini. Terima kasih ayah umi.

Friday, June 10, 2011

Cuti Sekolah & Pengalaman 6/2011 : Episod 1

0
Alhamdulillah, cuti sekolah hadir kembali. Sebagaimana biasa bagi ayah, cuti sekolah diperuntukkan untuk kami pulang ke kampung halaman umi di Kelantan. Namun pada percutian semester ini, kami terpaksa mengikut jadual ayah jua. Mana tidaknya , seawal cuti ayah ada exam bertulis dan beberapa tugasan khas di Masjid Lama , Kampung Gajah ini.

Kesempatan terluang, saban malam kami akan mengikut ayah dan umi ke Masjid Lama, Kampung Gajah. Pengajian berterusan antara waktu Maghrib dan Isyak di masjid ini menjadikan kami dan para jemaah lain seronok menuntut ilmu bersama. Pelbagai tajuk dan bidang dikupas dan disyarahkan berdasarkan Islam menerusi syariat yang telah dinukilkan dari kitab bacaan kami. Aqidah, Fekah, Muamalat, Munakahat, Jinayah, Tafsiran al-Quran dan Hadis Nabi, Faraoid (Pembahagian Harta Pusaka) dan sebagainya menjadi hidangan pengajian di masjid lama ini.

Pada malam ini (30.5.2011) kami bersama ayah dan umi sepertimana biasa ke masjid, dan pada kali ini jadual pengajian ialah Kuliah Umum Sdra Hakim b. Loqman atau lebih dikenali sebagai Bob Loqman (bekas juri Raja Lawak , pelakon & penulis lirik 'Isabela' nyanyian Amy Search). Ayah menjadi imam solat maghrib dan seterusnya menjadi Pengacara bagi kuliah jemputan khas malam ini. Saya merasa teruja , mendengar pengalaman Abang Bob tu , hingga diakhir kuliah saya meluru bersama adik menuju ayah untuk melihat lebih dekat dengan pengkuliah tersebut.

Tanggal 1.6.2011, kami bersiap2 untuk menuju Kuala Nal, Kuala Krai , Kelantan. Menyusuri Ipoh - Cameron Highland - Gua Musang - Kuala Krai kami tiba jam 9.30 malam. Sebelum pada itu di Cameron Highland, saya dan adik berkesempatan memetik buah-buah stawbery sendiri di ladang yang kami singgahi. Rupa-rupanya lebih untung untuk kita membeli dengan memetik sendiri buah stawbery tersebut berbanding dengan kita terus membeli di kaunter yang telah tersedia. Seronok tak terkata dengan pengalaman ini.

inilah antara hasil kutipan kami. 30 biji RM20.

Kami hanya mengambil masa 3 hari je di Kuala Nal, Kuala Krai. Namun kami berkesempatan menyaksikan acara tahunan kampung tersebut dalam Program Karnival Air Kuala Nal. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Kami hanya sebagai penonton kerana kata ayah kita hadir tengok gelagat peserta sudahlah. Kemuncak permainan mereka pada hari itu ialah panjat tiang licin yang memang seronok melihat aksinya.

ketika kami menyaksikan acara panjat tiang licin

Pada hari Ahad, kami bergerak pula ke rumah Tok Abah di Kg Pak Badol, Pasir Puteh. Beginilah kami , kerana kami punyai Tok Abah dan Tok Ayah bukan apa , umi dipelihara oleh keluarga angkat dan peranan ayah untuk memesrakan semula dengan dua keluarga ini. Namun kali ini di Kg Pak Badol hanya seketika, kami sempat jua bermain puas-puas dengan sepupu-sepupu kami jua. Petang Isnin, ayah menerima panggilan dari kampung , menyatakan bahawa beliau terpaksa menghadiri satu temuduga sebagai pembimbing haji di Kuala Lumpur pada hari Rabu pagi.

Saya bersama adik ketika rehat di Petronas Simpang Pulai, Ipoh.

Apalagi maka bergegaslah persiapan dibuat kerana masa yang ada amat singkat. Kami terpaksa pulang ke Perak pada petang Isnin tu juga. Ahamdulillah , kami bergerak menyusuri kembali Gua Musang dan Cameron Highland dan tiba di Kg Gajah pada jam 11.30 malam. Walaupun seketika kami pulang kampung namun kami bersyukur dapat bertemu Tok Ayah, Tok Abah , Nek Mi serta sanak saudara yang lain bersama.

...bersambung...

Tuesday, May 3, 2011

Syukur , Alhamdulillah. Berjaya di Peringkat Pertama

0
Menyampaikan persembahan di hadapan VIP , Majis Penutup Ihtifal

Alhamdulillah, dalam usia 9 tahun ini saya diberi peluang untuk mewakili SRA Raudatul Najah, Kampung Gajah, Perak ke Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Intifal KAFA Peringkat Daerah Kampung Gajah. Dengan kehadiran 22 buah sekolah sekitar daerah ini, saya mengambil pendekatan sederahana mengikut arahan guru dan umi bersedia awal.

Ketika sedang beraksi dihadapan hakim

Latihan demi latihan dijalankan, dan minat dan keazaman ini berjaya dilatihkan dalam diri saya untuk memasuki pertandingan ini. Tanggal 30 April 2011 (Sabtu) bertempat SRA Sungai Ranggam, kami bergerak dan Ihtifal dijalankan dengan jumlah pertandingan kesemuanya 12 acara.

Bagi acara Syarahan Bahasa Arab , ini adalah kali pertama dipertandingkan. Debaran dan kekalutan juga berlaku namun , dorongan berterusan guru, ustaz, ustazah, umi , ayah & opah akhirnya saya berjaya menjadi johan.
menerima hadiah & Piala Pusingan

Terima kasih atas doa dan harapan yang diberi, moga saya perlu tabah dan bersedia untuk ke peringkat seterusnya. Insyallah, saya akan berusaha untuk berjaya, mencari pengalaman dan keyakinan diri dalam dakwah yang ingin disampaikan.

Bersama umi, adik, Wanchik & Opah tercinta. Pemberi semangat.

Doa kalian ustaz, ustazah, umi , ayah , keluarga dan rakan-rakan amat diharapkan berterusan. Amin ya Rabb. Jadikanlah diri ini insan yang bersyukur dan tidak sombong. Amin.

Friday, April 15, 2011

Tanda-Tanda Gangguan Syaitan

0

1. Terhalang untuk mengingati Allah dan untuk beribadat

Disebut dalam Surah Al-Maaidah ayat 91 yang maksudnya:

[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

2. Dadanya terasa sesak dan hatinya terasa keras
Allah berfirman dalam Surah Al-An’aam, ayat 43 yang maksudnya:

[43] Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.


3. Membenci dan memusuhi orang di sekelilingnya.
Di dalam Surah Al-Maaidah ayat 91, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

[91] Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

4. Sering lupa
Syaitan sentiasa berusaha untuk menjadikan kita lupa terhadap sesuatu kebaikan. Di dalam Surah Yusuf ayat 42, Allah SWT berfirman yang maksudnya:

[42] Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: “Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu”. (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.

5. Selesa menyendiri
Syaitan selalu menyenangi perpecahan. Umar bin Al-Khathab RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

“Barangsiapa di antara kalian yang ingin mendapatkan wangi syurga, maka hendaklah ia selalu bersama jemaah, kerana sesungguhnya syaitan senang bersama orang yang sendirian dan ia akan lebih menjauh dari dua orang.” (Hadith Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)

6. Merasa tertekan atau wujud gangguan jiwa.
Syaitan juga membuat seseorang yang telah dirasukinya merasa tertekan. Hatinya selalu merasakan keraguan di dalam ibadatnya, kepercayaannya terhadap Allah, hilang keyakinan diri, kecewa dengan kehidupannya dan lain-lain lagi. Dalam Surah Al-An’am ayat 71, Allah SAW berfirman maksudnya:

[71] Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan ugama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): “Marilah bersama-sama kami. “Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

7. Rasa takut yang luar biasa
Orang yang telah terpengaruh dengan syaitan selalu mempunyai rasa takut yang luar biasa. Mereka mudah merasakan ketakutan sehinggakan kadangkala mereka tidak tahu apa yang ditakuti itu. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran ayat 175 yang bermaksud:

[175] Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Semoga kita sentiasa terlindung daripada kejahatan syaitan dan semoga Allah sentiasa memelihara hati kita daripada lalai mengingati-Nya.

Download Ayat Scan Jin Dalam Badan

Dari FB Al-hikmah

Thursday, April 7, 2011

Penampilan Pertama ...

0
menantikan giliran

Baru-baru ini saya telah menyertai Pertandingan Hafazan Juzuk 30, Majlis Tadarus al Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Zon Bota. Ini penampilan saya yang pertama dengan bimbingan umi , ayah dan guru-guru. Persiapan yang sederhana dari awal telah meyakinkan saya untuk menyertainya.

suasana ketika ujian Hafazan dijalankan

Bagi ayah kemenangan bukan matlamat utama, yang penting menghafal pastikan niat kerana Allah agar kekal dalam ingatan. Keinginan umi dan ayah yang sangat tinggi untuk kami menghafal al-quran menjadikan mereka sering memastikan saya memegang dan mengulangkaji bacaan tersebut. Pada pertandingan tersebut saya diundi dengan giliran ke-16.

Sememangnya sekolah-sekolah Zon Bota ini sangat banyak dan saingannya hebat sekali. Namun dengan usia saya 9 tahun ini menjadikan saya sebagai peserta termuda dalam pertandingan tersebut. 64% markah yang saya perolehi memunkinkan saya menduduki tempat ke-4 , dibelakang peserta dari SK Bota Kiri yang memperolehi 67%.

ketika menyampaikan Syarahan Bahasa Arab

Dalam pada itu pula kini saya sedang berlatih untuk menyertai pertandingan Syarahan Bahasa Arab, Peringkat Zon Kampung Gajah mewakili Sekolah Rendah Agama Raudatul Najah (Sekolah KAFA). Ianya akan diadakan pada hujung bualan ini Insyallah.

Hayya bil Arabiah

Ayah pula telah memberikan saya peluang untuk menyampaikan persembahan Syarahan Bahasa Arab tersebut di perhimpunan pagi sekolah Lambor Kanan. Alhamdulillah , ini latihan saya untuk bersemangat dan yakin berhadapan dengan orang ramai. Moga usaha saya ini akan dipermudahkan Allah untuk terus berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort