Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Friday, August 27, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Episod 16 Mabit @ Muzdalifah

0
Memang lama sungguh saya tak coretkan kisah umi ayah ketika mengerjakan ibadah Haji 1430. Setelah berada di Arafah kurang lebih 20 jam. Menjelang terbenam matahari, umi ayah dan jemaah haji yang lain diberi taklimat khas pergerakan seterusnya iaitu ke Muzdalifah. Pergerakan mereka adalah mengikut KT (Kapal Terbang) iaitu umi ayah dari KT35. Dalam persiapan tersebut ada jemaah yang awal gilrannya untuk ke petak khas menantikan bas. Umi ayah dikhabarkan sekitar jam 7 malam, maka sempatlah mereka menunaikan ibadah solat jamak maghrib isyak terlebih dahulu.

Sejenak waktu yang telah tiba maka pengumuman panggilan dibuat, ayah umi dan kumpulannya ke petak menunggu bas. Kehadiran bas maka terus dipenuhi jemaah, dan biasalah warga emas didahulukan dan ayah berdiri sepanjang perjalanan tersebut. Suasana sekitar dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan jemaah haji yang telah pun tiba.

Muzdalifah adalah kawasan lapang dan bermabit disini adalah salah satu dari 'syarat wajib haji' sekurang-kurangnya selepas tengah malam baru dibenarkan untuk terus mengerjakan rukun dan syarat wajib yang lain dan semestinya selepas di Muzdalifah bergerak menuju ke Mina.

Di Muzdalifah jemaah haji pernuh melaksanakan pelbagai perkara-perkara sunat termasuk mengutip 7 anak batu bagi tujuan lontaran di Jamrat al-Kubra. Menurt umi ayah pelbagai kenangan samaada lucu mahupun iktibar ada disini.

Antara kumpulan - kumpulan lain hanya dipisahkan dengan tali merah belang putih. Seluruh kawasan tersebut Muzdalifah dipenuhi jemaah haji sedunia dan masing-masing beramal dengan amalan yang telah pun dipelajari sebelumnya.

Bagi umi ayah kesempatan ini sambil berzikir, bertasbih dan berdoa juga mereka ambik kesempatan untuk berehat dengan berlapikkan tikar ditanah suci Muzdalifah. 7 biji anak batu dikutip dan suasana tenang dan ibadah penuh pengharapan moga Allah terus memberkati amal ibadah umi & ayah.

......bersambung.....

Saturday, August 21, 2010

Perolehi Pengalaman Ramadan 1431

0
Ramadan muncul kembali. Sememangnya saya ternanti-nantikannya. Umi dan ayah sentiasa mengingatkan tentang kelebihannya, justeru itu saya dan keluarga telah mula berpuasa sunat beberapa kali dalam bulan rejab dan sha'ban sebelumnya.

Beberapa hari sebelumnya , opah saya berangkat menunaikan ibadah umrah ke Makkah. Bersama-samanya ialah Pak Long , Mak Long , Tok Chu & Opah Chu. Pemergian mereka selama 14 hari dan menyambut awal Ramadan disana. Amat teringinnya saya untuk turut serta, lebih-lebih lagi baru tahun lepas umi dan ayah ke Tanah Suci menunaikan haji. Alhamdulillah ,sejurus umi ayah pulang , kami sekeluarga telah pun mendaftar kembali bagi menunaikan haji bersama. Jadual dalam sistem tabung haji kami ialah pada tahun 2030. Moga kan tiba tarikhnya untuk kami sekeluarga ke sana menunaikan rukun ke-5.

Hari pertama puasa tahun ini adalah hari pertama jua buat adik Majidah berbuat demikian. Pelbagai gelagat dapat kami saksikan. Hadir sahaja 1 Ramadan maka genap setahun kami mendiami teratak bahagia di Desa KPMP. Alhamdulillah. Saya memang seronok bila berpuasa dan hari persekolahan sama, kerana dengannya tak terasa lama nak berbuka. Hari pertama balik je dari sekolah adik tengok air masak pun katanya sedap betul.... ishhh....ishhh...Terima kasih umi, umi masak sedap setiap kali berbuka.

Pada hari Ahad 15.8.10 yang lalu , saya mengikut ayah dan angah ke KLIA unuk menjemput semula opah , pak long & mak long pulang dari Makkah. Cepat sungguh masa berlalu. Kami merasai nikmat naik kereta baru angah, Toyota Altis 1.8 tapi plat motorsikal lamanya digunapakai AEQ888. Best juga saya dok belakang tido aje lah. Ke KLIA ambik dan terus balik ke Ipoh. Berbuka puasa dirumah Pak Long.
Masa berbuka sangat meriah, pelbagai juadah disediakan oleh Mak Ngah, Kak Anim , Wan Chik & Umi disana. Kami terawih sekali diimamkan oleh ayah. Hampir semua keluarga ayah berhimpun kecuali Pak Alang yang dok di Bangi, hanya sempat bertemu di KLIA tadi je.

Selang sehari kami berbuka puasa lak dengan opah di teratak opah. Waduh kali ini dengan juadah penuh , kami hanya seramai 7 orang termasuk adik. Inilah nikmat , kata ayah teringat mangsa banjir kat Pakistan. Moga Allah beri limpah banyak pahala pada mereka.

Seminggu Ramadan berlalu, kini kami sering berbuka puasa secara berjemaah di Masjid Jamek Lama, Kg Gajah. seronok dan terharu.... kelak nanti saya nukilkan, Insyallah.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan - Ibadah berpanjangan....

0
'Marhaban Ya Ramadan'
Moga Ibadah ini menjadi bekal di akhirat nanti.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort