Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Thursday, July 22, 2010

Deko Ikan Pilai

0
Bermula dengan pujukan Mak Ngah ketika mana ayah dan umi ke Makkah tempohari, ikan pilai menjadi ikan peliharaan kami berdua. Memang seronok melihat kilauan dan kelibat ikan tersebut. Setelah beberapa bulan, seekor dari ikan pilai tersebut telahpun mati kurang vitamin kot. Sedih saya kerana ikan tersebut amanah Mak Ngah Ju buat saya.

Baru-baru ini kami mengunjungi sebuah nursery di Ipoh, secara tak sengaja ayah membeli pasu kaca petak beserta seekor lagi ikan pilai. Bila dibawa pulang kelihatan sangat cantik namun hanya satu pasu sahaja dan ikan yang lama masih dalam bekas plastik biasa. Ayah sentiasa menjaga dan mengawal kami dari memberikan makanan kepada ikan tersebut.

Selang seminggu ayah sekali lagi pulang dari Ipoh hadiah mengejut buat kami dengan dua lagi pasu serta seekor lagi ikan pilai. Kini koleksi ikan pilai kami menjadi tiga. Seekor ikan untuk saya , seekor ikan untuk adik , seekor lagi untuk ayah manakala pasu ketiga-tiganya dihadiahkan untuk umi.

Jadilah sekarang ini deko rumah kami dengan koleksi ikan pilai yang menarik dan kilauannya menyerlah seadanya. Hanya ayah sahaja yang kawal diet ikan tersebut agar kualiti air tersebut bersih sentiasa. Terima kasih ayah umi benarkan kami melayan haiwan peliharaan kami.

Friday, July 9, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 15 : Al-Hajj Arafah

0
8hb. Zulhijjah 1430 adalah tarikh yang dijadualkan kepada seluruh jemaah haji termasuk ayah dan umi ke Padang Arafah. Mereka telah pun mendengar taklimat pergerakan jemaah di perkarangan lobby maktab 77 sehari sebelum agar bersedia dengan sebarang keadaan.

Menurut umi, 8hb Zulhijah ini amat hening keadaannya disekitar Al-Haram. Jemaah haji sememangnya padat dan persiapan pergerakan ke Arafah akan bermula. Sebagaimana biasa ayah dan umi setelah dhuha, maka mereka menyusuri pemandangan aras 3 Al-Haram sambil berdoa mengadap terus Kaabah dengan penuh kesyukuran. Air mata sering mengiringi doa ayah umi bilamana berhadapan dengan Kaabah. Kami di Tanahair sentiasa doakan mereka agar tenang dan tabah menghadapi ujian di Tanah Haram.

Pada asalnya ayah dan umi dijadualkan bergerak pada jam 2 pm, namun kuasa Allah mengatasi segalanya, bumi Allah
yang jarang dibasahi hujan kini menutupi bumi barakah ini. Hujan yang sememangnya lebat luar biasa keadaannya pada hari mereka ingin bergerak, malah dikhabarkan pada ketika itu bahawa terdapat beberapa tempat di Bandar Makkah ini menghadapi banjir kilat yang hebat. Begitu juga dilaporkan kepada ayah umi bahawa Arafah juga dilimpahi air hinggakan kawasan perkhemahan penginapan jemaah malaysia tenggelam dengan air hujan.

Subhanallah ini lah kekuasaan Allah yang amat besar nikmatnya. Makkah yang purata turun hujan hanya 4-5 hari setahun dan kali ini hujan turun bertepatan ketikamana jemaah haji mula bergerak menghadapai 'yaumul Arafah'. Ayah dan umi menyaksikan jua beberapa keadaan takungan air hujan dan akhirnya mereka mula bergerak ke Arafah pada malam hari setelah Isya'. Pergerakan yang teratur dibawah kelolaan Tabung Haji , telah menjadikan pergerakan mereka lancar dan tiba dilokasi penginapan Arafah sekitar jam 11.00 malam.

Dengan karpet serta khemah yang basah, mereka tiba dalam keadaan gelap menyusuri kumpulan2 yang telahpun hadir awal di khemah tersebut. Mereka ditempatkan 10 orang jemaah bagi satu-satu tiang dimana keadaan ini agak rumit bagi yang tidak biasa. Namun ayah dan umi sememangnya telah bersedia sebarang jua keadaan dan mereka tenag, redho dan sabar dengan ujian pertama di Arafah ini. Suasana bersama jemaah yang pelbagai usia dan latar belakang memang menjadikan malam ini sebagai malam yang dingin sambil wujud keriuhan jemaah haji lain. Ayah umi yang dipisahkan dengan khemah yang berjauh terus mendapatkan posisi untuk terus tidur. Menurut ayah yang bertubuh kecil , malam tu tidur dengan titisan air hujan turun dari khemah atasnya suatu pengalaman menarik dan sesungguhnya pengalaman pendakian ayah ke beberapa gunung semenanjung Malaysia sebelum ini menjadikan ianya ujian ayah yang pastinya dilalui beliau.

...bersambung..

Friday, July 2, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 14 : Konvokesyen???

0
Salam buat pembaca. Lama tidak menyambung cerita ayah dan umi ketika Rehlah Imaniah mereka di Tanah Suci Makkah.

Tahun 2009, yang penuh bermakna buat mereka berdua. Ditahun inilah mereka telah menamatkan pengajian ijazah mereka berdua di Universiti Terbuka Malaysia OUM dalam bidang yang juga sama 'Matematik' Alhamdulillah setelah 4 tahun ayah dan umi sama berganding dalam menempuh pengajian tersebut akhirnya mereka berjaya memperolehi dengan kepujian.

Namun disebalik kegembiraan ingin menghadiri majlis Konvokesyen 'Graduation' serentak itu juga ayah dan umi menerima jemputan sebagai tetamu Allah di Tanah Haram. Ini antara ujian kecil yang Allah berikan buat ayah dan umi. Pada asalnya ayah dan umi yang memohon untuk menunaikan haji dengan giliran kapal terakhir bagi membolehkan untuk hadir di majlis konvo tersebut. Perancangan Allah mengatasi segalanya. Ayah dan Umi melangkah lebih awal sebelum sempat ke konvo tersebut. Bagi ayah dan umi biarlah sahabat2 yang sama belajar memakai jubah graduasi OUM , ayah dan umi berpakaian jubah putih lebih bermakna konvo sebagai tetamu Agong. Alhamdulillah.

Menurut ceritanya, secara kebetulan 3 pasang sahabat sekelas sama belajar di OUM kampus Ipoh telah terpilih menjadi tetamu Allah. Konvokesyen OUM yang ke-7 , berlangsung pada 13-17 November 2009 di PWTC. Ayah dan umi adalah pasangan pertama pada (30 Oktober) dikalangan mereka untuk hadir di bumi barakah tersebut maka tidak sempat ke konvo. Bagi Pak cik Megat Azimuddin menjadi pasangan kedua berlepas iaitu betul-betul pada 14 November jatuh pada hari yang dijadualkan untuk kami semua menerima ijazah manakala Pak Cik Azman Sihab serta isterinya berlepas pada 18 November dan satu-satunya pasangan yang sempat menerima ijazah 'berkonvo' seterusnya bergegas membuat persiapan sebagai tetamu Allah. Alhamdulillah.

Sewaktu di Makkah, ayah telah mengaturkan pertemuan sesama mereka bagi melahirkan rasa syukur serta bertanya pengalaman menerima ijazah dari Pak Cik Azman dan isterinya. Mereka bertemu di Restoren D' Saji milikan Felda Catering di Bangunan As-Safwah Hotel. Kesyukuran dan kegirangan tidak terkata. Ayah Umi dari maktab 77, Pak Cik Azman dari Maktab 79 dan Pak Cik Megat dari maktab 84. Mereka saling berbual sambil sarapan pagi disana. Sememangnya jerih belajar selama 4 tahun bersama menjadi topik perbualan disamping BONUS menjadi sebagai tetamu ALLAH di bumi yang penuh barakah. Alhamdulillah dan airmata menjadi saksi ayah dan umi bersama sahabat yang lain pada ketika itu.

Moga kejayaan yang dikecapi oleh ayah , umi serta mereka kan menjadi penguat semangat untuk saya dan adik berjaya bukan sekadar dunia malah di akhirat kelak. Pencapaian berganda tersebut besar maknanya dalam kehidupan seharian kami sekeluarga. Kami semua berkesempatan mengiring ayah dan umi mengambil ijazah tersebut di Kampus Induk OUM K.Lumpur pada Januari 2010 dan apa yang menariknya iajazah tersebut perlu diambil di bahagian stok bawah bangunan OUM tu sahaja. Namun apa-apa pun kami semua tetap bersyukur. Alhamdulillah.

...bersambung....

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort