Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Friday, July 9, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 15 : Al-Hajj Arafah

0
8hb. Zulhijjah 1430 adalah tarikh yang dijadualkan kepada seluruh jemaah haji termasuk ayah dan umi ke Padang Arafah. Mereka telah pun mendengar taklimat pergerakan jemaah di perkarangan lobby maktab 77 sehari sebelum agar bersedia dengan sebarang keadaan.

Menurut umi, 8hb Zulhijah ini amat hening keadaannya disekitar Al-Haram. Jemaah haji sememangnya padat dan persiapan pergerakan ke Arafah akan bermula. Sebagaimana biasa ayah dan umi setelah dhuha, maka mereka menyusuri pemandangan aras 3 Al-Haram sambil berdoa mengadap terus Kaabah dengan penuh kesyukuran. Air mata sering mengiringi doa ayah umi bilamana berhadapan dengan Kaabah. Kami di Tanahair sentiasa doakan mereka agar tenang dan tabah menghadapi ujian di Tanah Haram.

Pada asalnya ayah dan umi dijadualkan bergerak pada jam 2 pm, namun kuasa Allah mengatasi segalanya, bumi Allah
yang jarang dibasahi hujan kini menutupi bumi barakah ini. Hujan yang sememangnya lebat luar biasa keadaannya pada hari mereka ingin bergerak, malah dikhabarkan pada ketika itu bahawa terdapat beberapa tempat di Bandar Makkah ini menghadapi banjir kilat yang hebat. Begitu juga dilaporkan kepada ayah umi bahawa Arafah juga dilimpahi air hinggakan kawasan perkhemahan penginapan jemaah malaysia tenggelam dengan air hujan.

Subhanallah ini lah kekuasaan Allah yang amat besar nikmatnya. Makkah yang purata turun hujan hanya 4-5 hari setahun dan kali ini hujan turun bertepatan ketikamana jemaah haji mula bergerak menghadapai 'yaumul Arafah'. Ayah dan umi menyaksikan jua beberapa keadaan takungan air hujan dan akhirnya mereka mula bergerak ke Arafah pada malam hari setelah Isya'. Pergerakan yang teratur dibawah kelolaan Tabung Haji , telah menjadikan pergerakan mereka lancar dan tiba dilokasi penginapan Arafah sekitar jam 11.00 malam.

Dengan karpet serta khemah yang basah, mereka tiba dalam keadaan gelap menyusuri kumpulan2 yang telahpun hadir awal di khemah tersebut. Mereka ditempatkan 10 orang jemaah bagi satu-satu tiang dimana keadaan ini agak rumit bagi yang tidak biasa. Namun ayah dan umi sememangnya telah bersedia sebarang jua keadaan dan mereka tenag, redho dan sabar dengan ujian pertama di Arafah ini. Suasana bersama jemaah yang pelbagai usia dan latar belakang memang menjadikan malam ini sebagai malam yang dingin sambil wujud keriuhan jemaah haji lain. Ayah umi yang dipisahkan dengan khemah yang berjauh terus mendapatkan posisi untuk terus tidur. Menurut ayah yang bertubuh kecil , malam tu tidur dengan titisan air hujan turun dari khemah atasnya suatu pengalaman menarik dan sesungguhnya pengalaman pendakian ayah ke beberapa gunung semenanjung Malaysia sebelum ini menjadikan ianya ujian ayah yang pastinya dilalui beliau.

...bersambung..

No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 15 : Al-Hajj Arafah"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort