Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Saturday, July 25, 2015

2014, syukurku digandakan... Alhamdulillah, Ya Allah

0
Setelah menurut perintah ayah untuk berpindah sekolah ke SK Dato' Sagor, tahun inilah tahun terakhir untuk saya berada di bangku sekolah rendah. Tahun ini juga penentuan, penentuan di mana akan saya meneruskan perjuangan,menambah ilmu pengetahuan untuk membanggakan umi dan ayah yang tercinta.

Alhamdulillah, Anugerah milik Allah
Tokoh Murid SKDS 2014
Sembilan bulan juga, saya dan rakan-rakan seperjuangan bertungkus lumus, belajar dan membuat latihan untuk mencapai target kami, 5A dalam UPSR. Bukan semudah yang disangka, namun, segalanya tiada yang mustahil,kan? Kalau orang lain boleh, mengapa kita tidak boleh? Dengan keberkatan doa daripada umi ayah, guru-guru dan semua, akhirnya, Alhamdulillah, saya dapat menjawab soalan UPSR dengan tenang ( walaupun kena repeat! dikatakan bocor. ). Tak pe. Allah uji sikit je.

Selesai UPSR, bukanlah kebebasan bagi saya sepertimana rakan-rakan yang lain, saya perlu menghadiri kem Khemah Ibadah Peringkat Kebangsaan Kali Pertama ( KISS ) di Pulau Pinang. Pengalaman mewakili negeri buat pertama kalinya amat menyeronokkan dan sukar untuk dilupakan. Terbayang-bayang lagi pengalaman berkenalan dengan rakan-rakan dari negeri-negeri lain. Wakil daripada Sabah, Sarawak dan Labuan juga turut serta. Suatu yang sungguh seronok apabila dikenang semula.

Aktiviti yang sungguh mencabar seprti memegang belut, permainan sunnah iaitu memanah dan banyak lagi menambah seribu satu pengalaman yang penuh makna bagi saya. Setelah lima hari di sana, barulah saya pulang semula ke Perak.
Menerima keputusan dengan kesyukuran
Hoye! 5A

Pulang dengan kejutan teramat sangat bilamana saya yang kerdil ini dinobatkan sebagai Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor 2014, sesuatu yang sangat2 tidak diharap dan disangkakan dengan pelbagai ujian dan cabaran berada 18 bulan di sekolah ini.

Siang dan malam bersilih ganti, akhirnya tibalah tanggal yang mendebarkan, 26 november, tarik penentuan. keputusan UPSR kami bakal diumumkan. Debaran saya sampai ke kemuncak. namun, saya reda apa jua keputusan yang bakal saya terima.

Hadiah UPSR paling bermakna dengan kelahiran adinda baru
Muhammad Uzair Amir Hamzah, 27 November 2014
Alhamdulillah, doa semua selama ini Allah makbulkan, saya antara 13 orang yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Kami berjaya,5A dalam genggaman kami. Syukur saya dan keluarga tidak terkata.

Tika di Kem Sainstis Muda
27.11.2014, esoknya, berita gembira buat saudara mara, sahabat handai dan semua kenalan, Alhamdulillah, saya sekeluarga menerima ahli baru, lelaki, 8.24 a.m. Kalau diingati semula, tarikh ini merupakan tarikh lahir ayah tercinta, Amir Hamzah...( ayah ada geng ) tak payah beli hadiah banyak...hehe..Muhammad Uwais pula lahir pada pukul 7.24 a.m. Selang sejam... Kekuasaan Allah tiada tandingannya. Alhamdulillah. Muhammad Uzair, nama pilihan Umi dan Abi untuk adinda baru kami.

Percutian di Langkawi 2015
Dan Alhamdulillah, saya mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama  Kerian Tahfiz Model Ulul Albab di Gunung Semanggol.Disebabkan adanya aliran tahfiz, saya bersetuju untuk menyambung perjuangan saya di sana. Biarlah keluarga jauh di mata, tetapi terkunci rapat di hati. Jarak bukan bererti pisah kan? Lagipun ada public phone, boleh bergayut. Perjuangan untuk mencari ilmu masih belum berakhir.



Janji untuk menghafal Kalmullah dipegang. Dengan doa umi ayah sebagai semangat untuk terus berjuang. InsyaAllah kejayaan boleh dimiliki.
Bersama Adinda Majidah
di Gunung Lang, Ipoh
Sampai sini jelah dulu....nanti jumpa lagi... Assalamualaikum.
Jumpa lagi... diblog berhabuk ini... Madihah Amir Hamzah.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort