Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Tuesday, February 23, 2010

Kenangan @ Febuari 2010

1
Menjadikan pengisian program Nilam Rakan Taulan dalam perhimpunan. Bacaan ini telah dibimbing oleh Umiku sayang. Buku tersebut telah dihadiahkan oleh umi yang dibeli khas di Tanah Suci baru-baru. Judul buku 'Goodnight Story From The Porphet Muhammad SAW'

Bacaan kisah 'Sirah Kelahiran Nabi Muhammad SAW' di perhimpunan pagi Isnin 22.2.2010 baru2 ni. Latihan memberanikan diri.

Ketika menerima hadiah pencapaian ketiga keseluruhan sekolah KAFA, masa exam tempoh hari ayah ngan umi di Tanah Suci Makkah Al-Mukaramah.

Mencuba basikal unik bersama adik Majidah @ Teluk Intan

Menarik sungguh motosikal ini!

Bila le gamaknya ayah ingin miliki seumpama ini?

Friday, February 19, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 6

0
Bumi Madinah bumi penuh bertuah, disana tersimpan jasab 'HabibuLLAH Nabi Muhammad SAW'. Barangsiapa hadir ke tanah Arab Saudi, jangan sesekali kita meninggalkan niat untuk hadir bersama menziarahi Tanah Haram 'Madinahtul Munawarah'.

Seharian berada di bumi bertuah Madinah, ayah kembali bertenaga bersama umi untuk menjadi tetamu junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Menurut ayah dan umi, sejam atau 2 jam sebelum masuk waktu solat akan kelihatan berbondong-bondong jemaah untuk menuju ke Masjidil Nabawi.

Sakan Ar-Rawdah hanya sekitar 250 meter dengan Masjidil Nabawi. Rata-rata peluang diambil adalah bagi memenuhi tuntutan berjemaah di masjid tersebut. Jemaah haji KT35 kami dijadualkan untuk mendengar taklimat pertama bertempat di dewan makan hotel tingkat 1. Ayah dan Umi diberi taklimat oleh Ustaz Alaudin dari petugas Tabung Haji. Menurut Umi , taklmat pertama ini lebih menjurus tentang kelebihan berada di bumi Madinah Al-Munawarah. Bumi yang menjadi saksi kehadiran insan ulung kekasih Allah dan tersimpan semangat dan kekuatan sahabat2, para tabi' & tabi' tabien.

Mengambil peluang dan kesedaran dalam diri pengorbanan dalam jiwa oleh pencinta agama. Taklimat telah disampaikan dengan penerangan demi penerangan termasuk beberapa jadual ziarah. Esok 3 Nov. 2009, ayah , umi dan ahli jemaah kumpulan Maktab 77 dijadualkan untuk menziarahi 'dalam'. Ini bermaksud secara ayah umi akan dipandu untuk menziarahi dan ditunjuk ajar tentang adab menziarahi makam nabi Muhammad SAW. Ayah dan Umi dibawa menziarahi 'dalam' mengikut seorang sheikh arab yang memimpin sama bacaan doa bagi memohon keredhoaan Allah SWT.

Pada 5hb Nov. 2009, kumpulan ayah & umi dijadualkan untuk ziarah luar. Ziarah Luar di Madinah ini bermaksud jemaah dibawa menaiki bas untuk menziarahi beberapa tempat bersejarah dalam kalendar perkembangan Islam di bumi Allah ini.Seawal jam 6 pagi ayah dan umi dikehendaki berkumpul di loby hotel. Setelah mengambil sarapan ringkas, ayah dan umi diberi taklimat khas dan menaiki bas yang disediakan oleh pihak tabung haji. Lokasi pertama ialah Masjid Quba'. Masjid Quba' adalah masjid pertama dibina oleh Rasulullah SAW ketika sampai dibumi Madinah.

Menurut sebuah hadis yang bermaksud "Barangsiapa berwuduq dirumahnya (kediaman) lalu menunaikan solat 2 rokaat di Masjid Quba' ganjaran pahalanya seumpama menunaikan umrah" Inilah yang dikehendaki dan dituntut oleh Rasulullah SAW dan kelebihan yang harus dirasai oleh jemaah haji apabila menjejaki kesana. Rombongan lawatan ziarah tersebut diketuai oleh seorang mutawwiz Ust Amin Siddiq salah seorang penuntut Universiti Madinah yang bertugas dengan Lembaga Tabung Haji dimusim haji.

Sejurus itu ayah dan umi dibawa ke Bukit Uhud. Dari jauh kelihatan tersergam Jabal Uhud yang berwarna kemerah-merahan. Peristiwa Peperangan Uhud disingkap kembali oleh mutawwiz untuk menjadikan iktibar buat ayah dan umi dalam ziarah tersebut. Lapangan syuhada' Uhud jelas kelihatan dan terasai jauhnya diri ummah kini tentang sumbangan kita terhadap perkembangan Islam di bumi Allah ini. Setelah beberapa ketika ayah & umi kami dibawa pula ke Kebun Tamar, Madinah. Disini jelas kelihatan pohon tamar , seumpama pohon kelapa sawit kita di Malaysia.

Ayah dan umi menikmati hidangan teh '0' dibawah pohonan tersebut dan sempat membeli beberapa jenis produk tamar untuk dikirimkan ke tanahair sempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Kemudian lawatan tersebut bersambung semula dan lokasi seterusnya adalah Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh. Pelbagai sejarah tersingkap dengan rasa hiba untuk menjadikan jiwa hamba semangat jiwa bersemangat waja menghadapi kehidupan seharian selari dengan tuntutan Islam.

....bersambung....

Wednesday, February 10, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 5

0
1 November 2009,
Selawat dan salam setiap diperbanyakkan. Sedih dan terharu meruntun dijiwa. Siapa sangka Allah telah pilih ayah dan umi hadir menjadi tetamunya seusia mereka kini. Diriwayatkan dalam sebuah hadis mafhumnya : "Rasullullah SAW berkata, Barangsiapa menziarahi kuburku, maka sesungguhnya mereka seumpama telah menziarahi diriku ketika masih hidup".Ayah dan umi adalah insan bertuah yang diberikan nikmat dan rahmat yang melimpah ruah. Alhamdulillah.

Menurut cerita Umi.
Pada pagi 1 Nov. 2009, Jam 545 pg ayah dan umi menjadi penumpang pertama menuruni pesawat SV5015 di Tanah Haram, Madinahtul Munawarah. Mereka disambut oleh beberapa orang kakitangan Tabung Haji dan Pihak Muassasah di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Madinah. Mereka dibawa ke kaunter pemeriksaan imegration Arab Saudi. Bagi pihak lelaki, telah diambil cop kesemua sepuluh jari tangan dan bagi wanita hanya ibu jari sahaja. Ini adalah syarat terkini kemasukkan jemaah haji ke Arab Saudi bagi mengetatkan kawalan keselamatan. Subuh pada pagi ini didirikan disekitar kawasan airport sahaja. Mereka diarahkan terus menaikki bas khas yang telah disediakan.

Perjalanan menuju ke Hotel penginapan hanya memakan masa selama 20 minit. Hotel Sakan Ar-Rawdah, adalah lokasi penginapan rombongan ayah umi di Madinah. Dijadualkan untuk tinggal di bandar Islam Pertama dalam dunia ini selama 9 hari.

Sejurus tiba di perkarangan Hotel Sakan A-Rawdah, Allah telah menemukan umi dan ayah dengan Pakcik Mokhtar iaitu abang sepupu ayah. Pakcik Ta ini adalah jemaah haji berstatus 'stand by'. Pada hari Khamis sebelum berangkat tempohari Pakcik Ta ada datang menziarahi ayah umi di Kg. Gajah. Menurut beliau, mereka diminta untuk siap sedia bila2 masa sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh hadir di kampung tersebut iaitu sekitar minggu pertama November. Namun Allah telah menetapkan bahawa mereka diarahkan bertolak awal sedikit dari ayah umi iaitu pada 31 November, tapi flight pagi 10.30 pg Malaysia, manakala ayah umi pada 9.30 malamnya. Ditakdirkan sama sampai ke Madinah kerana Pakcik Ta dan Makcik Yam turun flight di Jeddah, dan menaiki bas menempuh 450 km ke Madinah. Maka mereka bertembung sama tiba di Madinah, inilah kuasa & ketentuan Allah.

Suasana pagi itu amat dingin, ayah dan umi mengambil sarapan pagi yang telah disediakan di dewan makan hotel berkenaan. Langkah pertama ialah berusaha untuk menghubungi sanak saudara di tanahair. Celcom Pakej Jemaah Haji mula digunakan , namun agak kecewa dan hampa kerana gagal menghubungi sesiapa pun. Maka ayah telah mendapatkan 2 sim card tempatan bagi memudahkan menghubungi antara satu sama lain ayah & umi. Talian yang menjadi pilihan iaitu 'Zain Telecomunication'. Dengan talian tersebut beliau telah menghubungi Wanchik untuk mendapatkan suara kami (saya dan adik). Seronok dan teruja kami dapat mendengar suara umi ayah buat pertama kalinya dari Bumi Barakah Madinah.Ayah dan Umi mengambil masa pagi ini untuk berehat seketika, menghilangkan rasa letih diperjalanan.

Sepanjang hari pertama dan kedua di Madinah, diisi dengan ruang menziarahi makam Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan merebut peluang beriktikaf di pinggiran raudah dan juga study masa2 yang sesuai untuk memasuki raudah. "apa yang diantara rumahku dan mimbarku adalah taman, salah satu taman didalam syurga" -hadis nabi.

.....bersambung....

Saturday, February 6, 2010

Alhamdulillah dapat hadiah @ Hari Anugerah Sekolah Lambor

3
Semalaman saya tak tido dok terbayang nak dapat hadiah pada hari ini (Sabtu, 6.2.2010). Selepas solat Isya bersama adik & umi , saya terus tidur dengan harapan cepat sampai pagi ini. Alhamdulillah pagi ni ayah kejutkan saya pun dengan mudah saya bangun. Solat Subuh dan bersiap ikut ayah macam biasa ke sekolah. Hari ini hari bersejarah untuk keringat dan usaha 2009, saya menerima 4 hadiah dari pihak sekolah.
  • PERTAMA dalam kedudukan dalam kelas Tahun 1/2010
  • Pencapaian Terbaik 7 mata pelajaran (BMK,BMP,M3,SN,PAI,BI,BA)
  • Tokoh Murid Terbaik 'Kem Bestari Solat' Tahun 1
  • JAUHARI EMAS dalam Program NILAM
Ayah dan umi sangat gembira dan bersyukur sama atas kejayaanku ni. Moga saya akan terus mengekalkan prestasi seumpama ini untuk peringkat seterusnya. Insyallah tahun depan adik pun menjejaki pencapaian ini. Amin Ya Rabb...

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort