Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Friday, February 19, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 6

0
Bumi Madinah bumi penuh bertuah, disana tersimpan jasab 'HabibuLLAH Nabi Muhammad SAW'. Barangsiapa hadir ke tanah Arab Saudi, jangan sesekali kita meninggalkan niat untuk hadir bersama menziarahi Tanah Haram 'Madinahtul Munawarah'.

Seharian berada di bumi bertuah Madinah, ayah kembali bertenaga bersama umi untuk menjadi tetamu junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Menurut ayah dan umi, sejam atau 2 jam sebelum masuk waktu solat akan kelihatan berbondong-bondong jemaah untuk menuju ke Masjidil Nabawi.

Sakan Ar-Rawdah hanya sekitar 250 meter dengan Masjidil Nabawi. Rata-rata peluang diambil adalah bagi memenuhi tuntutan berjemaah di masjid tersebut. Jemaah haji KT35 kami dijadualkan untuk mendengar taklimat pertama bertempat di dewan makan hotel tingkat 1. Ayah dan Umi diberi taklimat oleh Ustaz Alaudin dari petugas Tabung Haji. Menurut Umi , taklmat pertama ini lebih menjurus tentang kelebihan berada di bumi Madinah Al-Munawarah. Bumi yang menjadi saksi kehadiran insan ulung kekasih Allah dan tersimpan semangat dan kekuatan sahabat2, para tabi' & tabi' tabien.

Mengambil peluang dan kesedaran dalam diri pengorbanan dalam jiwa oleh pencinta agama. Taklimat telah disampaikan dengan penerangan demi penerangan termasuk beberapa jadual ziarah. Esok 3 Nov. 2009, ayah , umi dan ahli jemaah kumpulan Maktab 77 dijadualkan untuk menziarahi 'dalam'. Ini bermaksud secara ayah umi akan dipandu untuk menziarahi dan ditunjuk ajar tentang adab menziarahi makam nabi Muhammad SAW. Ayah dan Umi dibawa menziarahi 'dalam' mengikut seorang sheikh arab yang memimpin sama bacaan doa bagi memohon keredhoaan Allah SWT.

Pada 5hb Nov. 2009, kumpulan ayah & umi dijadualkan untuk ziarah luar. Ziarah Luar di Madinah ini bermaksud jemaah dibawa menaiki bas untuk menziarahi beberapa tempat bersejarah dalam kalendar perkembangan Islam di bumi Allah ini.Seawal jam 6 pagi ayah dan umi dikehendaki berkumpul di loby hotel. Setelah mengambil sarapan ringkas, ayah dan umi diberi taklimat khas dan menaiki bas yang disediakan oleh pihak tabung haji. Lokasi pertama ialah Masjid Quba'. Masjid Quba' adalah masjid pertama dibina oleh Rasulullah SAW ketika sampai dibumi Madinah.

Menurut sebuah hadis yang bermaksud "Barangsiapa berwuduq dirumahnya (kediaman) lalu menunaikan solat 2 rokaat di Masjid Quba' ganjaran pahalanya seumpama menunaikan umrah" Inilah yang dikehendaki dan dituntut oleh Rasulullah SAW dan kelebihan yang harus dirasai oleh jemaah haji apabila menjejaki kesana. Rombongan lawatan ziarah tersebut diketuai oleh seorang mutawwiz Ust Amin Siddiq salah seorang penuntut Universiti Madinah yang bertugas dengan Lembaga Tabung Haji dimusim haji.

Sejurus itu ayah dan umi dibawa ke Bukit Uhud. Dari jauh kelihatan tersergam Jabal Uhud yang berwarna kemerah-merahan. Peristiwa Peperangan Uhud disingkap kembali oleh mutawwiz untuk menjadikan iktibar buat ayah dan umi dalam ziarah tersebut. Lapangan syuhada' Uhud jelas kelihatan dan terasai jauhnya diri ummah kini tentang sumbangan kita terhadap perkembangan Islam di bumi Allah ini. Setelah beberapa ketika ayah & umi kami dibawa pula ke Kebun Tamar, Madinah. Disini jelas kelihatan pohon tamar , seumpama pohon kelapa sawit kita di Malaysia.

Ayah dan umi menikmati hidangan teh '0' dibawah pohonan tersebut dan sempat membeli beberapa jenis produk tamar untuk dikirimkan ke tanahair sempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Kemudian lawatan tersebut bersambung semula dan lokasi seterusnya adalah Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh. Pelbagai sejarah tersingkap dengan rasa hiba untuk menjadikan jiwa hamba semangat jiwa bersemangat waja menghadapi kehidupan seharian selari dengan tuntutan Islam.

....bersambung....

No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 6"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort