Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Thursday, June 30, 2016

Minal Aidil wal Faizin 1437

0
Salam Aidilfitri buat seluruh yang mengenali kami. Maaf Zahir & Batin daripada kami , moga ukhuwah yang dicipta Allah kan menjadi pengikat silaturahim sesama insan. Didoakan agar setiap yang membaca akan memperolehi keberkatan Ramadan seterusnya punyai keazaman dalam kesinambungan beramal di bulan-bulan lain hendak-Nya. Kepada mereka yang bermusafir , sama-samalah kita doakan agar diberikan kesabaran dan ketenangan berpanjangan seterusnya selamat menuju ke perhentian. 
Salam ta'zim daripada kami untuk semua.
Ayah Bonda tercinta 

Kasih sayang buat Hjh Hindun Yeop Sohor  Kampung Gajah, Perak, kekanda2 di Perak & Bangi, Sanak saudara jauh dan dekat, Ibu bapa mertua & keluarga 15 adik beradik (Kg Pak Badol, Pasir Puteh, Kelantan) , Keluarga angkat Isteri (bapa saudara & keluarga di Kuala Nal, Kelantan). SKDS 83'-87'- SKPPU 88'- Ehya' Asshariff 89'- SMKASAS 90'-91' - Al-Ulum As-Shareiyah 92'-95' - Al-Falah 93' - SKOMK 94' - Madrasah Muhammadiah (Pondok Sg Durian) Kelantan 95'-97' - Batch 97-00 KDPM, MPI. Bangi - Batch BEMATH, OUM 04'-08' Jemaah KPIP - Jemaah ABIM - Jemaah PAS MTD Kg Gajah, PAS Kawasan Pair Salak, Jemaah Masjid Lama Kg Gajah - Majlis Panel Penggubal Soalan Pendidikan Islam Negeri Perak 2009 - 2016, - SK Chenderong Kelubi 2000 - 2003 - SK Lambor Kanan 2003 - 2013 - kembali semula ke SKCK 2013 - 2014 , SK Sentosa, Taman Bandar Baru Kampar, 2015 - 2016 , Warga GPI Daerah Perak Tengah - Saf Panel Penulis Skrip e-Bahan BTP sejak 2004 - 2010 - Seluruh Penyelaras ICT Zon Bota - - Jiran2 Desa KPMP - Ahli Qoriah & makmum2 Kg. Gajah& Jemaah Haji Maktab 77/2009 dan tidaqk lupa juga seluruh group whatsapp/Facebook/Telegram yang entah berapa ada ni.


Doa kami untuk kita semua. Maaf Zahir & Batin Umi 


Bonda Hjh Fatimah bt. Jaafar,  Bapa Hj Zahari b. Mat Piah, 15 adik beradik lain termasuk kembar xseirasku Khalaily Zahari di Kg Pak Badol, Pasir Puteh, Kelantan. Sanak saudara dekat dan jauh, Keluarga dan adik beradik angkat yg juga sepupuku di Kg Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan,  Ibu Mertua tersayang di Kampung Gajah , Perak. Abang2 dan kakak2 ipar serta biras2 jauh dan dekat. SKKN - SMA Padang 9, K.Krai - Team SPM 94' - Team STPM 96' - As-Shabab, K.Krai - Batch 97-00 KDPM, MPI, Bangi - Methodist Girl School, Breakfield, K. Lumpur - SK Seb. Perak - SK Selat Pulau - SK Sg Galah - Muslimat Pasir Salak Bacth BEMATH, OUM 2004-2008 & Jemaah Haji Maktab 77/2009. 


Madihah & Majidah 


Ibu Ayah, sanak saudara , Mak Yang sekeluarga - PASTI Nurul Iman, Kg Gajah - SK Lambor Kanan - SRA Raudatul Najah, Kg Gajah. Sahabata-sahabat dan teman handai di SMKA Tahfiz Model Ulul al-Bab, Kerian, SMA Raja Perempuan Taayah, Ipoh.


Maaf ,

Maaf ,
Maaf ,
Zahir & Batin.

Tuesday, June 14, 2016

Alhamdulillah : Airmata kegembiraan hadiah utama daripada anakanda Kak Ngah 2015

0

Kenangan abadi selama-lamanya
 Alhamdulillah puji-pujian kepada Ilahi , nikmat kejayaan diperolehi menerusi saya sebagai Kak Ngah Majidah. Sesuatu yang tidak disangka dengan pencapaian terakhir sebelumnya perolehi 4A1B namun akhirnya pesanan SMS resultnya dipaparkan memperolehi apa yang kami semua idam-idamkan 5A.
menerima result di pentas utama
Dipagian hari , debaran memuncak dan ketenangan terganggu dengan 1001 perasaan. Rakan-rakan taulan juga sedemikian. Ayah yang pertama kali ingin mengetahui keputusan anak-anak muridnya di sekolah barunya juga sama. Namun tetap menenangkan saya. Usaha telah dilakukan, tawakal dan berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW itulah dijadikan azimat.

gembira bersama yang berjaya
Saya dan Ayah bergerak ke sekolah sebagaimana biasa. Kali ini Ayah tidak ke sekolah kerana ingin turut sama merasai debaran tersebut. Pabila berhimpun di dewan, wajah rakan dan ibu ayah semu yang hadir pelbagai warna-warna cerita sama berdebar.

Apa yang diingati ialah bilamana , namaku adalah nama pertama disebut mendahului rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan result. 5A itulah hasilnya. Syukur Alhamdulillah, tak terkata. Ayah dijemput bersama-sama saya menaiki pentas menerima result tersebut, kelihatan airmata kesyukuran mengalir tanpa dikawal oleh kami berdua.
Syukur...Alhamdulillah

SubhanAllah,
Alhamdulillah,
Allahu Akbar.

Tiada kejayaan tanpa usaha , tawakal dan terpenting ialah doa kejayaan daripada ibu ayah.
Terima kasih semua.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort