Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Monday, June 27, 2011

Alhamdulillah, kini melangkah ke Peringkat Negeri Perak 2011

5
26 JUN 2011 (AHAD), Alhamdulillah segala yang telah diusahakan membuahkan hasil. Usaha dan tawakal menjadi panduan saya seisi keluarga. Bimbingan dan tunjuk akar ustaz - ustazah bersama umi ayah menjadikan bersemangat untuk perolehi kemenangan.

Saya yang kini mewakili Daerah Kampung Gajah dalam pertandingan Syarahan Bahasa Arab , Majlis Ihtifal KAFA Zon 3 Negeri Perak. Zon ini disertai 4 daerah iaitu Daerah Kampung Gajah, Daerah Manjung, Daerah Hilir Perak dan Daerah Seri Iskandar. Kali ini Teluk Intan menjadi tuan rumah , majlis tersebut yang mana terdapat didalam program ini 9 acara.

Giliran ke-6 menjadi telah diundi untuk saya dalam acara Pertandingan Syarahan Bahasa Arab yang pertama kali dipertandingan di Majlis Ihtifal KAFA 2011 ini. Gementar tetap ada dan latihan yang dilakukan membantu untuk menambah keyakinan. Ayah berjaya merakamkan persembahan saya pada pagi itu. Walaupun besar harapannya umi akan hadir namun Allah metakdirkan ianya tidak berlaku. Tok Abah dan Nek Mi dijangka sampai ke lokasi namun terbatal kerana lambat tiba di rumah kami.

Majlis penutup Ihtifal KAFA Zon 3 2011 diadakan di Dewan Rumah Rehat, Teluk Intan. Perasminya pula ialah Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak , Tuan Haji Mohd Yusof. Bilamana penguman oleh ketua jemaah hakim gementar menjadi-jadi.

Alhamdulillah, dengan memperolehi 93% saya Madihah bt. Amir Hamzah dinobatkan selaku Johan acara tersebut. Tempat Kedua memperoleh 86% Kak Siti Sarah bt. Mohd Arshad daripada Al-Munir , Teluk Intan dan ke-3 Kak Rifa'tul Khair bt. Ruduanto daripada At-Ta'lim , Daerah Manjung. Kini melangkah ke Peringkat Negeri Perak pula, yang dijadualkan pada Julai 2011 bertempat di Intim, Ipoh.

Kupohon kesyukuran dan doa mengiringi perjalanan saya selepas ini untuk menjadikan saya lebih yakin dan semangat dalam diri. Insyallah kepercayaan dan kesempatan ini akan dimanfaatkan bersama.

Tuesday, June 21, 2011

Cuti Sekolah & Pengalaman 6/2011 : Episod 2

0
Suatu ketika kami ke Ipoh mengikut program Umi menjahit di Janome Epal, Ipoh. Kami dapati ada pameran Permainan Kanak-kanak yang berasaskan kain dan jahitan. Sempena cuti sekolah, ada kelas menjahit khas buat kanak-kanak pula dengan harga yang sederhana. Ayah merestui kami untuk mencuba kelas ini.



Kami diajar dan dibimbing oleh beberapa kakak pemudahcara. Peringkat pertama kami hanya belajar menggunakan jarum plastik dengan satu projek permainan. Saya dan adik menjadi begitu seronok dan teruja untuk terus bersama dalam kelas ini. Beberapa jahitan telah diperkenalkan oleh mereka dan kami mencuba membuat latihan jahitan daripadanya.


Umi pula sibuk melaksankan tugasnya dengan pakej yang berasingan. Kami seronok bersama dengan aktiviti ini. Ayah pula merayap entah kemana, maklumlah menunggu kami dari pagi hingga petang. Kami pula ambil masa dua hari untuk selesaikan kelas ini. Malam harinya kami sekeluarga menginap di rumah sepupu kami. Alhamdulillah pengalaman ini menjadikan kami rasa seronok dan minat untuk beraktiviti sebegini. Terima kasih ayah umi.

Friday, June 10, 2011

Cuti Sekolah & Pengalaman 6/2011 : Episod 1

0
Alhamdulillah, cuti sekolah hadir kembali. Sebagaimana biasa bagi ayah, cuti sekolah diperuntukkan untuk kami pulang ke kampung halaman umi di Kelantan. Namun pada percutian semester ini, kami terpaksa mengikut jadual ayah jua. Mana tidaknya , seawal cuti ayah ada exam bertulis dan beberapa tugasan khas di Masjid Lama , Kampung Gajah ini.

Kesempatan terluang, saban malam kami akan mengikut ayah dan umi ke Masjid Lama, Kampung Gajah. Pengajian berterusan antara waktu Maghrib dan Isyak di masjid ini menjadikan kami dan para jemaah lain seronok menuntut ilmu bersama. Pelbagai tajuk dan bidang dikupas dan disyarahkan berdasarkan Islam menerusi syariat yang telah dinukilkan dari kitab bacaan kami. Aqidah, Fekah, Muamalat, Munakahat, Jinayah, Tafsiran al-Quran dan Hadis Nabi, Faraoid (Pembahagian Harta Pusaka) dan sebagainya menjadi hidangan pengajian di masjid lama ini.

Pada malam ini (30.5.2011) kami bersama ayah dan umi sepertimana biasa ke masjid, dan pada kali ini jadual pengajian ialah Kuliah Umum Sdra Hakim b. Loqman atau lebih dikenali sebagai Bob Loqman (bekas juri Raja Lawak , pelakon & penulis lirik 'Isabela' nyanyian Amy Search). Ayah menjadi imam solat maghrib dan seterusnya menjadi Pengacara bagi kuliah jemputan khas malam ini. Saya merasa teruja , mendengar pengalaman Abang Bob tu , hingga diakhir kuliah saya meluru bersama adik menuju ayah untuk melihat lebih dekat dengan pengkuliah tersebut.

Tanggal 1.6.2011, kami bersiap2 untuk menuju Kuala Nal, Kuala Krai , Kelantan. Menyusuri Ipoh - Cameron Highland - Gua Musang - Kuala Krai kami tiba jam 9.30 malam. Sebelum pada itu di Cameron Highland, saya dan adik berkesempatan memetik buah-buah stawbery sendiri di ladang yang kami singgahi. Rupa-rupanya lebih untung untuk kita membeli dengan memetik sendiri buah stawbery tersebut berbanding dengan kita terus membeli di kaunter yang telah tersedia. Seronok tak terkata dengan pengalaman ini.

inilah antara hasil kutipan kami. 30 biji RM20.

Kami hanya mengambil masa 3 hari je di Kuala Nal, Kuala Krai. Namun kami berkesempatan menyaksikan acara tahunan kampung tersebut dalam Program Karnival Air Kuala Nal. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Kami hanya sebagai penonton kerana kata ayah kita hadir tengok gelagat peserta sudahlah. Kemuncak permainan mereka pada hari itu ialah panjat tiang licin yang memang seronok melihat aksinya.

ketika kami menyaksikan acara panjat tiang licin

Pada hari Ahad, kami bergerak pula ke rumah Tok Abah di Kg Pak Badol, Pasir Puteh. Beginilah kami , kerana kami punyai Tok Abah dan Tok Ayah bukan apa , umi dipelihara oleh keluarga angkat dan peranan ayah untuk memesrakan semula dengan dua keluarga ini. Namun kali ini di Kg Pak Badol hanya seketika, kami sempat jua bermain puas-puas dengan sepupu-sepupu kami jua. Petang Isnin, ayah menerima panggilan dari kampung , menyatakan bahawa beliau terpaksa menghadiri satu temuduga sebagai pembimbing haji di Kuala Lumpur pada hari Rabu pagi.

Saya bersama adik ketika rehat di Petronas Simpang Pulai, Ipoh.

Apalagi maka bergegaslah persiapan dibuat kerana masa yang ada amat singkat. Kami terpaksa pulang ke Perak pada petang Isnin tu juga. Ahamdulillah , kami bergerak menyusuri kembali Gua Musang dan Cameron Highland dan tiba di Kg Gajah pada jam 11.30 malam. Walaupun seketika kami pulang kampung namun kami bersyukur dapat bertemu Tok Ayah, Tok Abah , Nek Mi serta sanak saudara yang lain bersama.

...bersambung...

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort