Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri '09 kami - Part I (Perak)

0
Mengakhiri ramadan kami sekeluarga berpeluang balik ke kampung, (rumah opah) berbuka puasa bersama-sama sepupu sepapat sebalah ayah. sememangnya kami sentiasa berkumpul dan rutinnya ianya berjemaah dalam perihal solat & jamuan makan. Terima kasih mak ngah, wan chik & pak lang yang komited sediakan makanan iftar sekeluarga.

Setelah selesai iftar dan solat maghrib berjemaah beramai, kami mendengar pengumuman penentuan hari raya Aidilfitri bagi tahun ini. sepertimana yang telah dijangkakan, esoknya adalah muktamad hari raya. kami menyelesaikan solat isya' berjemaah dan takbir raya bergema dirumah Mak Ngah bersama opah yang dikasihi.
Seperti yang telah dirancang, malam 1 syawal akan diadakan mesyuarat Dana Infaq. Kali ini adalah menjadi sejarah dimana Mesyuarat Dana Infaq tahun ini merupakan ulangtahun ke-10 penubuhannya. Alhamdulillah permuafakatan ini semakin utuh dengan kehadiran 2 warga baru dalam keluarga kami iaitu Dr.Khairul Bariah (Kak Ngah C02) & Ahtar Aqilah (AZM04). Kali ini mesyuarat juga buat pertama kalinya diadakan di rumah kami Desa KPMP, sempena rumah baru bagi keluarga kami. Alhamdulillah ianya berjalan dengan baik dan sempurna berakhir meeting pada jam 2 pagi kurang sejam dari masa akhir meeting seumpamanya tahun lepas jam 3 pagi.
Pagi Syawal ini , ayah ditugaskan sebagai Imam & khatib hari raya di Masjid Al-Munzirin, SMA Raja Dr Nazrin Shah, Kg Gajah. Seluruh keluarga pun bersolat aidilfitri disitu. Sejurus itu kami sekeluarga berkumpul di rumah opah dan kami ke tanah perkuburan bagi menyempurnakan tanggungjawab kami ke pusara Allahyarham Tok Haji Musa di Kg Bandar Lama. Tahlil dan bacaan yasin dijadikan hadiah kami buat Allahyarham Tok Tersayang.

Saturday, September 19, 2009

Minal Aidil wal faizin

0

Hanya kata mengungkap rasa, ucapan indah penganti kalam : Salam Aidilfitri buat kalian yang sudi mengunjungi blog ini. Maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali kami selama ini. Kami sentiasa menantikan kehadiran kalian ke teratak kami.

Tuesday, September 8, 2009

Ramadan : Tarbiah Buatmu Kakak & Umat Islam

0
Tahun 1430 ini adalah tahun pertama buat Kakak Madihah menjalani ibadah puasa sepenuhnya. Bagi Adiknya Majidah sekadar jam 4 petang setiap petang. Ianya suatu tarbiah bagi mendidik ibadah seumpama ini. Namun bagi Abi apa yang penting adalah ibadah 'SOLAT' pasti diutamakan.

Abi berkata bahawa 'Solat' kunci syurga.... 'Puasa' adalah teratak yang dipilih oleh kita. Jika puasanya terbaik maka taraf hotel yang kita dapat, tapi kalu puasa tak seberapa maka taraf 'dangau' pondok usang je lah milik kita. Namun apa yang penting kuncinya ialah Solat.

Kakak telah melalui Ramadan tahun ini dengan sebaiknya dan sering kali menangis kalu disuruh berbuka oleh Umi. Terkadang Umi & Abi tak beri tarbiah ini secara paksa, namun kekuatan dalaman kakak yang cekal membuatkan kakak tetap sabar dan tabah.

Syabas kakak.... bagi adik kena follow kakak.....

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort