Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Tuesday, December 11, 2012

TIP MENANGANI ANAK : Kehadiranmu dinanti-nantikan...

0

1.Jangan pukul anak dari lutut keatas


2.Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menamp
ar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3.Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

4.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.

5.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15.Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22.Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Anak2 perlukan sentuhan dan belaian ,bukan dengan memukul atau mengherdik.



:: SELAMAT MENANGANI ANAK-ANAK ::

Tuesday, October 23, 2012

Ulu Chepor , kami berehlah

0
Sudah lama aku tidak tulis dalam BLOG ini...ini ialah catatan yang terbaru untuk BLOG walaupun sudah lama dilakukan iaitu pada tarikh 16September 2012...aku sekeluarga pergi ke IPOH...nak tahu kami buat apa?mari lihat...

Bakar Ikan
Aku bangun pagi-pagi dan menyiapkan barang-barang untuk ke tempat itu...dalam jam 11.30 pagi kami bertolak...kmi pergi tanpa mandi. hanya gosok gigi dan basuh muka...dapat agak tak kami pergi mana...sabar ye...

Baiklah,kami telah sampai didestinasinya iaitu  AIR TERJUN ULU CHEPOR...sekarang hanya menunggu UDA kelibat UDA sekeluarga sahaja...selepas beberapa minit udapun sampai...kami mendirikan khemah dan membuat unggun api...

menyelerakan
Uda membenarkan anaknya pergi mandi air terjun...begitu juga kami...aku rasa sangat seronok...bukan senang aku dapat  mandi air terjun...di Kampung Gajah rasanya mana ada air terjun..Sungai Perak adalah...airnya dalam pula...

Ini ialah peristiwa yang paling kelakar dalam diriku...sewaktu aku mandi,aku mengajak Hanif iaitu anak uda pergi keatas sedikit...aku lupa yang uda kata kalau mandi jangan jauh sampai mereka tak nampak...sedang aku meredah air terjun yang agak deras itu,kakiku terlanggar batu yang licin...akibatnya aku tersepit dicelah batu yang besar dan menyebabkan ibu jari kakiku luka,tangan dan kakiku lebam..rasa nak nangis pun ada...akumenahan saje...

Rezeki
Aroma ikan bakar telah masuk ke lubang hidungku...he..he..perutku terasa lapar kerana terlalu lama berendam...tibalah masa untuk aku makan tengahhari...lauk nya IKAN BAKAR...jangan telan air liur ye...he..he..

Selamat Menjamu Selera ...

Sunday, September 2, 2012

Aidilfitri 1433 kami syukuri.

0
Alhamdulillah , tahun ini kami berhari raya sepenuhnya di Perak. Sesuatu yang berat sebelah dimata rakan dan sahabat ayah. Namun sebenarnya atas nasihat doktor , umi kami tidak dibenarkan untuk travel jauh dan lama dalam kereta.

Berita gembira buat kami, dan iringan doa kami untuk umi bagi meniti saat gembira setelah 9 tahun menanti. Aidilfitri kami dengan sederhana akan tetapi meriah dengan semangat kekeluargaan. Keakraban keluarga menjadi tonggak kebahagian yang kami rasakan. 

Disini sahaja dikongsikan suasana kami bergembira dihari raya, ditambah pula tahun ini ayah kami bertugas selaku Imam dan khatib Aidilfitri di Masjid Jamek Lama, Kg Gajah. 

Keluarga Besar kami di Hari Raya ke-2
Hari raya ke-2, di rumah Nenda kami diadakan majlis berendoi sambil open house hari raya. Meriah berkerjasama sesama keluarga kami. Alhamdulillah. Maka kami mengambil kesempatan bergambar bersama kenangan full house.

Keluarga Pak Long

Keluarga Mak Ngah

Keluarga Pak Alang

Keluarga Pak Uda

Keluarga Wanchik
Inilah keluarga kami ...

       
Keluarga Pengantin Baharu - Sepupu kami Along
Keluarga  Sepupu kami Doktor - Angah



Keluarga Ibu bapa baharu - Sepupu kami Kak De
Berita Umi kami yang sedang mengandung adik kami setelah 9 tahun menjadi suatu kesyukuran dan kegembiraan kami untuk menantikan saat-saatnya. Doakan umi kami sihat, cekal dan bersemangat melalui liku-liku ini. Kami akan teruja menantikan bersama. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Terima kasih Allah, umi dan ayah. 

Thursday, August 16, 2012

Maaf Zahir Batin, Minal Eidil wal Faizin

0

Salam Aidilfitri buat seluruh yang mengenali kami. Maaf Zahir & Batin daripada kami , moga ukhuwah yang dicipta Allah kan menjadi pengikat silaturahim sesama insan. Didoakan agar setiap yang membaca akan memperolehi keberkatan Ramadan seterusnya punyai keazaman dalam kesinambungan beramal di bulan-bulan lain hendak-Nya.

Kepada mereka yang bermusafir , sama-samalah kita doakan agar diberikan kesabaran dan ketenangan berpanjangan seterusnya selamat menuju ke perhentian. Salam ta'zim daripada kami untuk semua.

Ayah

Bonda tercinta - Hjh Hindun Yeop Sohor  Kampung Gajah, Perak, kekanda2 di Perak & Bangi, Sanak saudara jauh dan dekat, Ibu bapa mertua & keluarga 15 adik beradik (Kg Pak Badol, Pasir Puteh, Kelantan) , Bapa angkat Isteri (bapa saudara & keluarga di Kuala Nal, Kelantan).

SKDS 83'-87'- SKPPU 88'- Ehya' Asshariff 89'- SMKASAS 90'-91' - Al-Ulum As-Shareiyah 92'-95' - Al-Falah 93' - SKOMK 94' - Madrasah Muhammadiah (Pondok Sg Durian) Kelantan 95'-97' - Batch 97-00 KDPM, MPI. Bangi - Batch BEMATH, OUM 04'-08'
Jemaah KPIP - Jemaah ABIM - Jemaah PAS MTD Kg Gajah, PAS Kawasan Pair Salak, Jemaah Masjid Lama Kg Gajah - Majlis Panel Penggubal Soalan Pendidikan Islam Negeri Perak, - SK Chenderong Kelubi - SK Lambor Kanan - Warga GPI Daerah Perak Tengah - Saf Panel Penulis Skrip e-Bahan BTP sejak 2004 - 2010 - Seluruh Penyelaras ICT Zon Bota - - Jiran2 Desa KPMP - Ahli Qoriah & makmum2 Kg. Gajah& Jemaah Haji Maktab 77/2009.

Doa kami untuk kita semua. Maaf Zahir & Batin
Umi

Bonda Hjh Fatimah bt. Jaafar,  Bapa Hj Zahari b. Mat Piah, 15 adik beradik lain termasuk kembar xseirasku Khalaily Zahari di Kg Pak Badol, Pasir Puteh, Kelantan. Sanak saudara dekat dan jauh, Keluarga dan adik beradik angkat yg juga sepupuku di Kg Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan,  Ibu Mertua tersayang di Kampung Gajah , Perak. Abang2 dan kakak2 ipar serta biras2 jauh dan dekat.

SKKN - SMA Padang 9, K.Krai - Team SPM 94' - Team STPM 96' - As-Shabab, K.Krai - Batch 97-00 KDPM, MPI, Bangi - Methodist Girl School, Breakfield, K. Lumpur - SK Seb. Perak - SK Selat Pulau - SK Sg Galah - Muslimat Pasir Salak Bacth BEMATH, OUM 2004-2008 & Jemaah Haji Maktab 77/2009.

Madihah & Majidah

Mak Yang sekeluarga - PASTI Nurul Iman, Kg Gajah - SK Lambor Kanan - SRA Raudatul Najah, Kg Gajah.

Wednesday, July 4, 2012

Ke Mahabbah IKIM.fm Perak 2012

0
Upin & Ipin d' Karnival Mahabbah IKIM.fm Perak
1 Julai 2012 - Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak lokasi Mahabbah IKIM.fm Perak 2012.  Saya , adik , ayah dan umi berkesempatan sama suasana mahabbah itu. Pelbagai acara diatur oleh pihak penganjur namun saya dan adik diberi kesempatan oleh ayah untuk mengambil pengalaman memasukki pertandingan mewarna bersama Upin dan Ipin. Seronok tak terkata bila ayah dan umi membenarkan untuk kami turut serta dalam pertandingan tersebut.Walaupun jarak rumah kami ke tempat itu 42 km , namun seawal pagi kami siap dan bergerak.

Kenangan bersama Kak Ati, Dj IKIM.fm Slot Kanak-kanak 
Saingan sangat hebat, kami baharu nak belajar. keputusannya 4 orang wakil dari bangsa cina telah memenangi pertandingan tersebut.

mewarna bersama

Walaubagaimanapun, kami rasa seronok. Jangan tak tahu, pada mulanya ayah suruh saya naik pentas untuk bergambar dengan Upin & Ipin , akhirnya serentak dengan itu pencarian menari serupa Upin & Ipin dicari. Lagu 'chicken dance' dimainkan, apa lagi goyang2 jugasaya dan adik. Dengan tak disangka-sangka Upin memilih saya sebagai pemenang. Gelak besar ayah, macamana saya boleh menang. Terima kasih Upin pilih saya.

Adik dengan Dj Kak Siti Rohani  
Dalam pada itu, antara lain target saya ialah mengunjungi gerai ana muslim. Saya adalah salah seorang peminat novel ana muslim. 7-8 koleksi ana muslim telah dimiliki, maka hari ini saya pilih satu lagi novel 'Ana Saaaaayaang Snow' menjadi pilihan. Saya tahu bahawa ayah tidak akan melarang saya untuk beli buku, kerana syarat yang dikenakan adalah membacanya sampai habis. Sekali lagi terima kasih ayah.

 Inilah pengalaman saya di Karnival Mahabbah IKIM.fm sambil mengenali Juruhebah radio yang selama ini hanya mendengar sahaja suaranya, akhirnya dapat kami bersua muka dengan mereka terutama Kak Ati , Kak Siti Rohani & Dj Erwan.  Moga bertemu kembali dengan karnival macam ini lagi. Terima kasih semua.

Tuesday, May 15, 2012

Alhamdulillah, langkah pertama kini bermula kembali 2012.

0
SABTU, 12 Mei 2012 suatu tarikh yang dinanti-nati dengan debaran saya untuk mempersembahkan usaha saya bagi Pertandingan Syarahan Bahasa Arab , Intifal KAFA Peringkat Daerah Kampung Gajah. Bertempat di SRA Manabil lil Ulum, Kampung Pasir Salak telah diadakan Ihtifal KAFA Peringkat Daerah Kampung Gajah untuk kesekian kalinya.
sedang bersyarah
Sekali lagi saya diberi tugas untuk mewakili SRA Raudatul Najah, Kampung Gajah sebagai peserta Syarahan Bahasa Arab. Namun kali ini , saingan hebat telah dapat dirasai menerusi 10 peserta lain. Alhamdulillah setelah ditenangkan oleh umi dan ayah serta doa dari insan disekeliling , maka saya cuba yang terbaik. Dengan usaha kali ini Allah pinjamkan kejayaan sementara untuk saya dibenarkan ke peringkat seterusnya.

Menerima hadiah dari Pegawai Tadbir Agama Kampung Gajah

2 mata mengatasi saingan ditempat kedua, membuktikan bahawa saya perlu berusaha lebih lagi. Apa yang pasti ketenangan amat penting bila membuat persembahan tersebut. Terima kasih umi, ayah, semua asatizah , ahli keluarga  dan sahabat - sahabat kerana doa kalian untuk kajayaan saya ini.

Doa berterusan mohon dilafazkan untuk saya terus tawaduk dan berjaya di peringkat seterusnya kelak. Sebarang kata-kata semangat adalah pemangkin kejayaan saya didunia dan akhirat.

Thursday, April 5, 2012

Syukur, dan akan terus mencuba lagi

0
Alhamdulillah, tanggal 31hb Mac 2012 yang lalu, saya telah mewakili Zon Bota ke Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2012. Saya menyertai pertandingan Hafazan Juzuk 30 (Rendah). Sebelum pada itu , saya telah memperolehi Johan Peringkat Zon Bota yang menampilkan 16 buah sekolah.

Kali ini mencuba nasib peringkat Daerah Perak Tengah. Namun sebagaimana jangkaan , saya gagal menjawab satu daripada 6 soalan yang dikemukakan oleh Hakim Fatih. Maka bersandar dengan itulah saya bersyukur dengan hanya memperolehi tempat kedua secara keseluruhan.
Pengumuman keputusan dibuat oleh ayah saya sendiri selaku Pengerusi Jemaah Hakim Daerah Perak Tengah. Pasrah dan akur dengan keputusan hakim yang muktamad.

Selesai sahaja majlis tersebut, ayah , umi , saya dan adik dibawa oleh ayah ke satu majlis kenduri selebriti Imam Muda Hassan di Kg Sungai Wangi, Ayer Tawar. Seronok melihat sendiri pasangan tersebut yang telah diijabkabulkan pada bulan sebelumnya. Manis dan segak kedua-dua mereka. Tahniah dan syabas buat Imam Muda Hassan & Ustazah Ulfa. Kami berkemsempatan bergambar dengan mereka.

Moga rumah tangga yang dibina oleh Imam Muda Hassan dan kita semua kelak memperolehi rahmat disisi-Nya.

Saturday, March 24, 2012

Umi & Bunga Tulip

0

Namun kami sempat singgah di Tanah Rata , Cameron Highland untuk melihat sendiri Eddible Garden disana. Sedang asyik membelek taman bunga disitu, kami terserempak dengan sekumpulan kecil bunga tulip yang original. Umi amat teruja , sambil menjerit.
Kami sangat memahami kerana itulah idamannya selama ini bagi menyaksikan flora tersebut dengan kaca mata sendiri. Gambar dan replika kuntum plastik sudah biasa ditemui.

Apalagi , handphone berkedip2 mencari sudut terbaik gambar bunga tersebut.
Bukan semua tempat dan masa boleh hidup bunga berkenaan. Ini peluangnya untuk menikmati bunga tersebut. Kepuasan dihati umi jelas kelihatan, hingga sukar nak ajak balik... samalah macamana kami juga bertemu dengan Rumah Arnah, yang mana puluhan arnab bebas bermain dalam satu kawasan yang cantik. Terima kasih ayah.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort