Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Friday, December 17, 2010

MATAF (Motivasi Tahfiz al-Furqan) @ cuti sekolah 2010

0
Alhamdulillah, pejam celik - pejam celik dah pun separuh dari cuti persekolahan telah berlalu. Saya serta keluarga masih belum kesempatan untuk balik kampung di Kelantan, memandangkan beberapa program yang melibatkan kami sekeluarga di Perak ini.

Seawal cuti sekolah yang lalu , saya telah menyertai Program Motivasi Tahfiz al-Quran selama 14 hari. Program ini berlangsung di SRA , Teluk Intan. kendalian Pusat Tahfiz al-Furqan. Saya memang minat sangat untuk menyertai program tersebut dan saya adalah peserta termuda dikalangan peserta-peserta yang lain.

Minggu pertama adalah minggu yang sangat hebat dugaannya, maklumlah pertama kali saya tinggal berdikari diasrama dalam program seumpama itu. Mujurlah penawarnya ada bersama iaitu abang dan kakak sepupu turut bersama. Begitu juga kakak-kakak yang hadir turut sama memberi dan membantu mengekalkan semangat seronok dalam menjalani program tahfiz ini.

Umi dan ayah pula hampir selang sehari datang melihat dan mehilangkan rindu saya terhadap mereka. Apa yang pasti pengalaman menghadiri program seumpama ini memberikan saya peluang untuk cekal menghafal al-quran yang akan menjadi impian saya dan juga keluarga.

Hari-hari terakhir dalam kem ini , menjadikan saya sedih untuk mengenangkan rakan kenalan. Tangisan dan gelak ketawa pastinya tidak akan mudah lupa. Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih saya mewakili umi ayah saya kepada seluruh jawatankuasa kem, abang kakak fasi, tukang masak dan sahabat-sahabat dalam menjayakan kem seumpama ini. Disini saya linkkan blog pusat Tahfiz Furqan dan aktiviti yang telah dijalankan.


4.12.10 adalah hari terakhir kami di kem. Majlis penutup dijalankan dengan disertai ibu bapa seluruh peserta. Keriangan untuk pulang ke rumah amat dirasai namun rindu pengalaman disini memungkinkan saya untuk terus meminati al-quran dan akan menjadi pedoman buat saya nanti. Malamnya pula saya bersama keluarga turut serta ke Masjid Lama Kg Gajah dengar celoteh ayah dalam program kuliah maghrib cuti sekolah. Tayangan slide lcd digunakan bagi menarik minat seusia saya untuk tekun melihat dan diam semasa majlis dijalankan.

Hujung minggu 9.12 kami ke Resort Pasir Salak untuk himpunan keluarga Haji Mohammad Perak dalam program yang dikendalikan setiap tahun. Bagi saya dan adik jadual mandi kolam adalah pengisian kami disini. Ramai kami berkumpul, moga ukhuwah keluarga akan dapat dimesra-mesrakan. Insyallah pada 22.12 ini barulah kami akan pulang ke Kelantan, bukan itu sahaja kami akan bergerak ke Kedah terlebih dahulu mengisi percutian. Lain masa kita ketemu lagi.... babai....

No Response to "MATAF (Motivasi Tahfiz al-Furqan) @ cuti sekolah 2010"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort