Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Monday, June 27, 2011

Alhamdulillah, kini melangkah ke Peringkat Negeri Perak 2011

5
26 JUN 2011 (AHAD), Alhamdulillah segala yang telah diusahakan membuahkan hasil. Usaha dan tawakal menjadi panduan saya seisi keluarga. Bimbingan dan tunjuk akar ustaz - ustazah bersama umi ayah menjadikan bersemangat untuk perolehi kemenangan.

Saya yang kini mewakili Daerah Kampung Gajah dalam pertandingan Syarahan Bahasa Arab , Majlis Ihtifal KAFA Zon 3 Negeri Perak. Zon ini disertai 4 daerah iaitu Daerah Kampung Gajah, Daerah Manjung, Daerah Hilir Perak dan Daerah Seri Iskandar. Kali ini Teluk Intan menjadi tuan rumah , majlis tersebut yang mana terdapat didalam program ini 9 acara.

Giliran ke-6 menjadi telah diundi untuk saya dalam acara Pertandingan Syarahan Bahasa Arab yang pertama kali dipertandingan di Majlis Ihtifal KAFA 2011 ini. Gementar tetap ada dan latihan yang dilakukan membantu untuk menambah keyakinan. Ayah berjaya merakamkan persembahan saya pada pagi itu. Walaupun besar harapannya umi akan hadir namun Allah metakdirkan ianya tidak berlaku. Tok Abah dan Nek Mi dijangka sampai ke lokasi namun terbatal kerana lambat tiba di rumah kami.

Majlis penutup Ihtifal KAFA Zon 3 2011 diadakan di Dewan Rumah Rehat, Teluk Intan. Perasminya pula ialah Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak , Tuan Haji Mohd Yusof. Bilamana penguman oleh ketua jemaah hakim gementar menjadi-jadi.

Alhamdulillah, dengan memperolehi 93% saya Madihah bt. Amir Hamzah dinobatkan selaku Johan acara tersebut. Tempat Kedua memperoleh 86% Kak Siti Sarah bt. Mohd Arshad daripada Al-Munir , Teluk Intan dan ke-3 Kak Rifa'tul Khair bt. Ruduanto daripada At-Ta'lim , Daerah Manjung. Kini melangkah ke Peringkat Negeri Perak pula, yang dijadualkan pada Julai 2011 bertempat di Intim, Ipoh.

Kupohon kesyukuran dan doa mengiringi perjalanan saya selepas ini untuk menjadikan saya lebih yakin dan semangat dalam diri. Insyallah kepercayaan dan kesempatan ini akan dimanfaatkan bersama.

5 Response to Alhamdulillah, kini melangkah ke Peringkat Negeri Perak 2011

Anonymous
August 19, 2011 at 8:39 PM

madihah peringakat negeri dapat nombor berapa?

August 25, 2011 at 9:08 AM

Salam buat pembaca,

Sehingga kini Ogos 2011 , Peringkat Negeri Perak belum ditetapkan tarikhnya. Berkemungkinan Oktober 2011, akan berlangsungnya. Pohon doa dari kalian pembaca semua.

Terima kasih.

sakinah
September 17, 2011 at 2:40 PM

oh..ye ke..sya pun wakil syarahan bhasa arab juga tpi sya tumpas di tangan kak sarah di zon 2.. tahniah ye madihah awak menang.. semoga berjaya... nk tanya sikit madihah tahun berapa?

September 19, 2011 at 10:19 AM

terima kasih kak sakinah,

saya tahun 3, di SK Lambor Kanan. ini saja belajar nak beranikan diri. doakan saya ya kak...

sakinah
October 9, 2011 at 6:58 PM

oo..tahun 3..brani la madihah ni..insya'allah akak akn doakan madihah menang..tahun depan klau akk ada rezeki kita jumpa ye masa ihtifal..

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort