Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Wednesday, February 10, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 5

0
1 November 2009,
Selawat dan salam setiap diperbanyakkan. Sedih dan terharu meruntun dijiwa. Siapa sangka Allah telah pilih ayah dan umi hadir menjadi tetamunya seusia mereka kini. Diriwayatkan dalam sebuah hadis mafhumnya : "Rasullullah SAW berkata, Barangsiapa menziarahi kuburku, maka sesungguhnya mereka seumpama telah menziarahi diriku ketika masih hidup".Ayah dan umi adalah insan bertuah yang diberikan nikmat dan rahmat yang melimpah ruah. Alhamdulillah.

Menurut cerita Umi.
Pada pagi 1 Nov. 2009, Jam 545 pg ayah dan umi menjadi penumpang pertama menuruni pesawat SV5015 di Tanah Haram, Madinahtul Munawarah. Mereka disambut oleh beberapa orang kakitangan Tabung Haji dan Pihak Muassasah di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Madinah. Mereka dibawa ke kaunter pemeriksaan imegration Arab Saudi. Bagi pihak lelaki, telah diambil cop kesemua sepuluh jari tangan dan bagi wanita hanya ibu jari sahaja. Ini adalah syarat terkini kemasukkan jemaah haji ke Arab Saudi bagi mengetatkan kawalan keselamatan. Subuh pada pagi ini didirikan disekitar kawasan airport sahaja. Mereka diarahkan terus menaikki bas khas yang telah disediakan.

Perjalanan menuju ke Hotel penginapan hanya memakan masa selama 20 minit. Hotel Sakan Ar-Rawdah, adalah lokasi penginapan rombongan ayah umi di Madinah. Dijadualkan untuk tinggal di bandar Islam Pertama dalam dunia ini selama 9 hari.

Sejurus tiba di perkarangan Hotel Sakan A-Rawdah, Allah telah menemukan umi dan ayah dengan Pakcik Mokhtar iaitu abang sepupu ayah. Pakcik Ta ini adalah jemaah haji berstatus 'stand by'. Pada hari Khamis sebelum berangkat tempohari Pakcik Ta ada datang menziarahi ayah umi di Kg. Gajah. Menurut beliau, mereka diminta untuk siap sedia bila2 masa sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh hadir di kampung tersebut iaitu sekitar minggu pertama November. Namun Allah telah menetapkan bahawa mereka diarahkan bertolak awal sedikit dari ayah umi iaitu pada 31 November, tapi flight pagi 10.30 pg Malaysia, manakala ayah umi pada 9.30 malamnya. Ditakdirkan sama sampai ke Madinah kerana Pakcik Ta dan Makcik Yam turun flight di Jeddah, dan menaiki bas menempuh 450 km ke Madinah. Maka mereka bertembung sama tiba di Madinah, inilah kuasa & ketentuan Allah.

Suasana pagi itu amat dingin, ayah dan umi mengambil sarapan pagi yang telah disediakan di dewan makan hotel berkenaan. Langkah pertama ialah berusaha untuk menghubungi sanak saudara di tanahair. Celcom Pakej Jemaah Haji mula digunakan , namun agak kecewa dan hampa kerana gagal menghubungi sesiapa pun. Maka ayah telah mendapatkan 2 sim card tempatan bagi memudahkan menghubungi antara satu sama lain ayah & umi. Talian yang menjadi pilihan iaitu 'Zain Telecomunication'. Dengan talian tersebut beliau telah menghubungi Wanchik untuk mendapatkan suara kami (saya dan adik). Seronok dan teruja kami dapat mendengar suara umi ayah buat pertama kalinya dari Bumi Barakah Madinah.Ayah dan Umi mengambil masa pagi ini untuk berehat seketika, menghilangkan rasa letih diperjalanan.

Sepanjang hari pertama dan kedua di Madinah, diisi dengan ruang menziarahi makam Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan merebut peluang beriktikaf di pinggiran raudah dan juga study masa2 yang sesuai untuk memasuki raudah. "apa yang diantara rumahku dan mimbarku adalah taman, salah satu taman didalam syurga" -hadis nabi.

.....bersambung....

No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 5"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort