Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Friday, July 2, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 14 : Konvokesyen???

0
Salam buat pembaca. Lama tidak menyambung cerita ayah dan umi ketika Rehlah Imaniah mereka di Tanah Suci Makkah.

Tahun 2009, yang penuh bermakna buat mereka berdua. Ditahun inilah mereka telah menamatkan pengajian ijazah mereka berdua di Universiti Terbuka Malaysia OUM dalam bidang yang juga sama 'Matematik' Alhamdulillah setelah 4 tahun ayah dan umi sama berganding dalam menempuh pengajian tersebut akhirnya mereka berjaya memperolehi dengan kepujian.

Namun disebalik kegembiraan ingin menghadiri majlis Konvokesyen 'Graduation' serentak itu juga ayah dan umi menerima jemputan sebagai tetamu Allah di Tanah Haram. Ini antara ujian kecil yang Allah berikan buat ayah dan umi. Pada asalnya ayah dan umi yang memohon untuk menunaikan haji dengan giliran kapal terakhir bagi membolehkan untuk hadir di majlis konvo tersebut. Perancangan Allah mengatasi segalanya. Ayah dan Umi melangkah lebih awal sebelum sempat ke konvo tersebut. Bagi ayah dan umi biarlah sahabat2 yang sama belajar memakai jubah graduasi OUM , ayah dan umi berpakaian jubah putih lebih bermakna konvo sebagai tetamu Agong. Alhamdulillah.

Menurut ceritanya, secara kebetulan 3 pasang sahabat sekelas sama belajar di OUM kampus Ipoh telah terpilih menjadi tetamu Allah. Konvokesyen OUM yang ke-7 , berlangsung pada 13-17 November 2009 di PWTC. Ayah dan umi adalah pasangan pertama pada (30 Oktober) dikalangan mereka untuk hadir di bumi barakah tersebut maka tidak sempat ke konvo. Bagi Pak cik Megat Azimuddin menjadi pasangan kedua berlepas iaitu betul-betul pada 14 November jatuh pada hari yang dijadualkan untuk kami semua menerima ijazah manakala Pak Cik Azman Sihab serta isterinya berlepas pada 18 November dan satu-satunya pasangan yang sempat menerima ijazah 'berkonvo' seterusnya bergegas membuat persiapan sebagai tetamu Allah. Alhamdulillah.

Sewaktu di Makkah, ayah telah mengaturkan pertemuan sesama mereka bagi melahirkan rasa syukur serta bertanya pengalaman menerima ijazah dari Pak Cik Azman dan isterinya. Mereka bertemu di Restoren D' Saji milikan Felda Catering di Bangunan As-Safwah Hotel. Kesyukuran dan kegirangan tidak terkata. Ayah Umi dari maktab 77, Pak Cik Azman dari Maktab 79 dan Pak Cik Megat dari maktab 84. Mereka saling berbual sambil sarapan pagi disana. Sememangnya jerih belajar selama 4 tahun bersama menjadi topik perbualan disamping BONUS menjadi sebagai tetamu ALLAH di bumi yang penuh barakah. Alhamdulillah dan airmata menjadi saksi ayah dan umi bersama sahabat yang lain pada ketika itu.

Moga kejayaan yang dikecapi oleh ayah , umi serta mereka kan menjadi penguat semangat untuk saya dan adik berjaya bukan sekadar dunia malah di akhirat kelak. Pencapaian berganda tersebut besar maknanya dalam kehidupan seharian kami sekeluarga. Kami semua berkesempatan mengiring ayah dan umi mengambil ijazah tersebut di Kampus Induk OUM K.Lumpur pada Januari 2010 dan apa yang menariknya iajazah tersebut perlu diambil di bahagian stok bawah bangunan OUM tu sahaja. Namun apa-apa pun kami semua tetap bersyukur. Alhamdulillah.

...bersambung....

No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 14 : Konvokesyen???"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort