Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Monday, April 4, 2011

Kos haji kali pertama kekal, kali kedua naik RM4,360

0
Tambang untuk menunaikan fardu haji bagi bakal jemaah yang pertama kali terpilih untuk mengerjakan ibadat itu tahun ini kekal sama seperti tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


NONE
Beliau berkata kerajaan tidak menaikkan tambangnya walaupun kos sebenar meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan pengurusan jemaah di Mekah dan Madinah serta syarat baru yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.



"Pelbagai perkara dan pertimbangan diambil kira untuk mengekalkan kos ini terutama untuk menjaga kebajikan jemaah yang setia dan lama menunggu giliran yang berumur lebih 75 tahun, serta termasuk pertimbangan prestasi dan keuntungan Tabung Haji (TH) tahun lepas," katanya kepada pemberita di Gurun hari ini.


Jamil Khir berkata subsidi untuk seorang jemaah tahun ini adalah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lepas.



Namun menurut beliau, bagi jemaah yang menunaikan ibadat haji bagi kali kedua, mereka dikenakan kos sebenar iaitu tanpa subsidi.


Beliau juga berkata syarat baru kerajaan Arab Saudi untuk meluaskan ruang bilik untuk jemaah dari 3.5 meter persegi kepada 4.0 meter persegi untuk seorang, bermakna bilik yang yang dikongsi lima orang terpaksa dikurangkan bilangan penghuninya.

mecca

Beliau juga menasihati jemaah yang pernah menunaikan haji supaya tidak memohon bagi memberi peluang terutama kepada warga emas yang berumur 75 tahun ke atas yang masih ramai menunggu giliran untuk mengerjakan haji.



Mengenai soal kuota, Jamil Khir berkata TH masih berusaha mendapat kuota tambahan dari kerajaan Arab Saudi memandangkan setengah juta pendeposit telah mencukupkan simpanan mereka untuk tujuan menunaikan fardu haji selain untuk memendekkan tempoh menunggu giliran dari 20 tahun kepada 10 tahun.



"Kerajaan memohon sebanyak mungkin mengikut kemampuan TH mengurus jemaah termasuk penerbangan dan pengangkutan di Mekah dan Madinah serta keluasan ruang tempat berhimpun jemaah Malaysia di Padang Arafah yang disediakan Arab Saudi,"
tambahnya.



- Bernama

No Response to "Kos haji kali pertama kekal, kali kedua naik RM4,360"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort