Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Tuesday, October 26, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Episod 18 : Melontar @ Jamrat, Mina

0
..... Sesungguhnya bermabit di Mina punya rahsia haji yang tersendiri. Bagi mereka yang sering membiasakan diri dalam keselesaan mungkin ianya sedikit teruji. Namun , Alhamdulillah, umi dan ayah merasakan Mina tempat yang selesa dan ujian yang ada dilalui dengan penuh kesyukuran dan ketabahan.

Mabit Di Mina , adalah salah satu syarat wajib haji. Jemaah haji akan ditempatkan dikawasan khas yang jarak ke tempat melontar adalah sejauh 3 - 3.5km dan hitungan pergi balik sekitar 7km. Perjalanan ini adalah suatu keperluan kerana kewajipan melontar adalah dengan keupayaan diri sendiri. Semangat dan kesihatan jemaah amat dituntut dalam tempoh ini.

Melontar Jamrah Qubra pada 10 Zulhijah adalah suatu yang penting kerana dengan selesainya ibadat tersebut maka jemaah haji akan boleh melakukan tahlul awal. Iaitu terlepas dari 10 larangan Ihram kecuali 3 yang berhubungkait dengan 'Munakahad'. Umi dan ayah melaksanakan Lontaran Jamrah Qubra mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Muassasah pada jam 5 petang Aidiladha tersebut.

Perjalanan dan jarak yang agak jauh ini , sebenarnya menguji ketahanan minda jemaah haji. Panorama sekeliling juga mempunyai nilai keinsafan dan kesayuan bahawa peri penting keilmuan dan kesihatan yang mantap. Syukur Alhamdulillah, kesedaran ini wujud dalam matlamat ayah dan umi dengan mendaftar haji seawal 2002 bagi membolehkan melaksanakan haji dalam usia mudanya. Kini setelah pulang dari mengerjakan haji kami berempat saya, adik, ayah dan umi kembali mendaftar untuk menunaikan haji bersama dan hitungan perkiraan dalam sistem buat kami berempat 2030. Moga azam kami pada tahun tersebut menjadi kenyataan agar dapat menjadi tetamu Allah bersama-sama keluarga bahagian.

No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Episod 18 : Melontar @ Jamrat, Mina"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort