Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Wednesday, October 27, 2010

Alhamdulillah @ 40jam di Kuala Terengganu

0
KHAMIS 21/10/10, kami sekeluarga dijadualkan ke Kuala Terengganu bagi menziarahi pemergian tetamu Allah ke Baitillahil Haram (ayah nik). Jam 3.45 ptg kami memulakan perjalanan menerusi Simpang pulai - Cameron Highland - Felda Aring - Tasik Kenyir - K.Terengganu.

Dengan perjalanan yang tenang ayah menyusuri jalan-jalan tersebut. sekitar jam 9.00 mlm kami melalui Aring. Malam yang pekat tidak memungkinkan kami menyaksikan keadaan sekeliling. Ayah ditemani cahaya bulan meneruskan perjalanan sunyi tersebut bagi menuju ke lokasi pertamanya Teratak Bahagia Uncle Samad & Auntie Mimi di Gong Badak. Uncle Samad ialah rakan sekelas ayah sewaktu di sekolah rendah. Ayah cekal memandu dan kami pula tidur sepanjang perjalanan dikawasan sunyi Tasik Kenyir. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah Uncle Samad jam 11.30 malam.

Setiba di Gong Badak, Uncle Samad yang kebetulan baru tiba dari Kota Kinabalu, Sabah menyambut kami dengan baik dan dipelawa berehat sahaja pada malam tersebut. Ayah dan uncle menyambung borak-borak mereka hinggalah larut malam. Layanan yang sangat baik diberikan oleh mereka berdua dan kemesraan kami seolah-olah kami telah lama mengenali. Sedangkan umi dan auntie mimi baru kali pertama bertemu dalam sesi reunion SKDS 76' pada hari raya ke-3 baru-baru ini sahaja.

Kami meninggalkan teratak uncle Samad untuk ke rumah ayah nik pada jam 10 pagi. Hari ini dijadualkan ayah nik kenduri selepas solat jumaat. Kelibat kebanyakan sanak saudara telah hadir bersama. Alhamdulillah kami dapat bertemu Tok Ayah dan Tok Abah disini. Sebelah petangnya kami rest di Chalet Bank Negara, Pantai Batu Buruk, K.Terengganu. Aktiviti kami agak terhad tidak kemana-mana memungkinkan ayah untuk berehat atas kepadatan pergerakan dan kesihatannya yang terbatas. Malam hari pun kami ke rumah ayah nik untuk mesra sekeluarga sebelum kami berangkat pulang ke Perak semula.

Sabtu, kami bersiap-siap untuk bergerak pulang. Tengaharinya pula sekali lagi kami menerima jemputan dari uncle Samad dan auntie Mimi untuk lunch bersama di Teratak Bahagia mereka. Dengan juadah yang bersahaja hebatnya kami menjamu selera. Terima kasih tidak terhingga buat Uncle dan Auntie Mimi. Lunch tersebut menjadi bekal perjalanan kami yang jauh untuk pulang semula ke Kg Gajah.

Alhamdulillah , jam 11.00 malam kami selamat sampai diteratak kami semula dengan rasa penuh kesyukuran terhadap nikmat limpahan dari Tuhan. Jazakallahu Khairan Kasiro buat semua di Kuala Terengganu.

No Response to "Alhamdulillah @ 40jam di Kuala Terengganu"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort