Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Monday, October 4, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj Episod 17 : Perkhemahan Haji @ Mina

0
Lama sungguh mengambil masa untuk menyambung kembali cerita perjalanan haji ayah umi tercinta. Sungguhpun begitu cerita yang dicoret-coretkan ini adalah sebagai memori indah keluarga kami dalam masa yang sama sedikit sebanyak melatih kami untuk berbicara menukilkan perjalanan indah tetamu Allah buat umi ayah tatapan bacaan coretan kami zaman berzaman. Bagi umi ayah kini semakin hampir jemaah haji 1431 untuk melangkah pergi menjadi tetamu Allah. Inilah hakikat dunia yang dirasakan baru sahaja perjalanan masanya sedang hampir setahun umi ayah menunaikannya.

Perkhemahan Mina. Setelah bermabit iaitu berhenti seketika di Muzdalifah sejangkau 6 - 7 jam, umi ayah dan jemaah haji yang lain berbaris semula untuk menaiki bas yang disediakan oleh Muasasah Haji untuk menuju ke Perkhemahan Mina. Syarat Wajib Haji yang seterusnya adalah melontar Jamrah A'qobah iaitu pada seawal fajar 10 Zulhijjah sebelum bertahlul awal. Bas menyusuri laluan Muzdalifah yang hening sekita jam 3-4 pagi. Kelihatan himpunan jemaah berwarna putih disana sini. Ada yang hanya berjalan kaki bagi bergerak untuk ke Mina ataupun pelbagai kenderaan lain. Sayu rasa hati umi ayah menyaksikan keagongan Allah di bumi Muzdalifah hingga ke Mina.

Setibanya di perkhemahan Mina, umi ayah diasingkan khemah. Mereka ditempatkan dengan khemah padat namun selesai kerana cabaran Arafah , Muzdalifah & Mina adalah lambang pengorbanan khazanah tinggalan Amal Ibadah Haji Rasulullah saw & para sahabat suatu ketika lalu. Khemah yang punyai tiang-tiang dimana telah tersedia nama jemaah haji. Satu tiang tertera 14 orang jemaah. Suatu bentuk kesatuan baru bilamana umi dan ayah diletakkan bersama jemaah lain. Padat dan menyeronokan bagi yang biasa , sendat bagi yang tidak biasa. Umi dan ayah teruja dan menjadikan cabaran berada disini adalah sedikit pengorbanan yang perlu dan penting untuk dilakukan dalam proses mendapatkan haji mabrur.

Hingga ke saat tib di Mina ayah umi bersama kumpulan kecil mereka sebenarnya telah berada dalam Ihram Haji selama 19 hari.
Suatu jangka masa yang panjang dalam berihram sambil memastikan 19 larangan - larangan dalam Ihram dijaga. Kuku , rambut dan tubuh badan antara cabaran berihram lama. Syukur, Alhamdulillah umi dan ayah tenang menghadapinya.

Fajar 10 Zulhijjah 1431 terbit dengan laungan takbir AidilAdha. Ramai jemaah haji yang berpengalaman untuk terus menunaikan Lontaran Jamrah Qubra seawal pagi tersebut. Umi ayah dan jemaah haji Maktab 77 dijadualkan melakukan lontaran pada jam 5 petang. Tempoh yang panjang untuk ke petang tersebut. Ada yang tidak sabar akan terus pergi namun setelah pulang pelbagai pengalaman melontar diceritakan memandangkan jarak berjalan kaki dianggarkan 3-4 kilometer pergi balik. Waktu pagi adalah waktu puncak dimana pergerakan jemaah haji yang sangat padat hingga dikatakan tubuh badan hanya digerakkan dengan lautan manusia. Ada yang kelemasan.

Umi ayah tetap sabar menunggu giliran yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Bila saat mula ingin bergerak ke Jamrat (tempat lontaran) hanya doa dipanjatkan sambil pergerakan berjalan kaki dipertontonkan suasana sekitar yang menerujakan. Himpunan jemaah haji yang pelbagai warna dan wajah. Subhanallah. Ada kelihatan solat dijalanan. Warga tua bongkok meneruskan berjalan kaki walaupun jaraknya jauh , sayu dan pilu. Syukur tenaga umi ayah masih muda. Segalanya ketentuan Allah swt.

....bersambung.....

No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj Episod 17 : Perkhemahan Haji @ Mina"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort