Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Monday, April 4, 2011

Kos haji kali pertama kekal, kali kedua naik RM4,360

0
Tambang untuk menunaikan fardu haji bagi bakal jemaah yang pertama kali terpilih untuk mengerjakan ibadat itu tahun ini kekal sama seperti tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


NONE
Beliau berkata kerajaan tidak menaikkan tambangnya walaupun kos sebenar meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan pengurusan jemaah di Mekah dan Madinah serta syarat baru yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.



"Pelbagai perkara dan pertimbangan diambil kira untuk mengekalkan kos ini terutama untuk menjaga kebajikan jemaah yang setia dan lama menunggu giliran yang berumur lebih 75 tahun, serta termasuk pertimbangan prestasi dan keuntungan Tabung Haji (TH) tahun lepas," katanya kepada pemberita di Gurun hari ini.


Jamil Khir berkata subsidi untuk seorang jemaah tahun ini adalah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lepas.



Namun menurut beliau, bagi jemaah yang menunaikan ibadat haji bagi kali kedua, mereka dikenakan kos sebenar iaitu tanpa subsidi.


Beliau juga berkata syarat baru kerajaan Arab Saudi untuk meluaskan ruang bilik untuk jemaah dari 3.5 meter persegi kepada 4.0 meter persegi untuk seorang, bermakna bilik yang yang dikongsi lima orang terpaksa dikurangkan bilangan penghuninya.

mecca

Beliau juga menasihati jemaah yang pernah menunaikan haji supaya tidak memohon bagi memberi peluang terutama kepada warga emas yang berumur 75 tahun ke atas yang masih ramai menunggu giliran untuk mengerjakan haji.



Mengenai soal kuota, Jamil Khir berkata TH masih berusaha mendapat kuota tambahan dari kerajaan Arab Saudi memandangkan setengah juta pendeposit telah mencukupkan simpanan mereka untuk tujuan menunaikan fardu haji selain untuk memendekkan tempoh menunggu giliran dari 20 tahun kepada 10 tahun.



"Kerajaan memohon sebanyak mungkin mengikut kemampuan TH mengurus jemaah termasuk penerbangan dan pengangkutan di Mekah dan Madinah serta keluasan ruang tempat berhimpun jemaah Malaysia di Padang Arafah yang disediakan Arab Saudi,"
tambahnya.



- Bernama

Wednesday, March 9, 2011

Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Episod 20 : Tawaf Ifadhah

0
Lama sungguh catatan ini terberhenti. Namun segala perjalanan masih segar dalam ingatan ayah umi. Telah berada 4 hari di Bumi Rahmat 'Mina' mereka dijadualkan untuk kembali semula ke Kota Makkah. Ianya berlaku setelah semua jemaah haji selesai melontar di Hari Tasyrik yang ke-3 dengan tiga lontaran.
Jadual berkumpul semula menantikan pergerakkan bas ke Kota Makkah disusun atur dengan begitu sistematik oleh pihak Muassasah lantikan Tabung Haji Malaysia. Ayah , umi dan kumpulan maktab 77 bergerak dengan penuh rasa pilu meninggalkan bumi gersang 'Mina' menuju Kota Barakah.

Perjalanan mereka sangat lancar, jika sering kedengaran pelbagai masalah kan timbul untuk sampai ke hotel Makkah. Pernah diceritakan sehingga mengambil masa 8-12 jam dan ada juga diceritakan sehingga mengambil masa seharian dengan perjalanan yang hanya sekitar 21 km. Namun menurut umi dan ayah , perjalanan mereka hanya mengambil masa 45 minit ke sejam sahaja. Alhamdulillah.

Rehat yang cukup diperlukan dan dalam masa yan
g sama Kaabah sememangnya beg itu padat ketika ini kerana kebanyakkan jemaah haji tertumpu untuk menyelesaikan Rukun Haji seterusnya ialah Tawaf Ifadhah (Tawaf Haji). Ayah dan umi mengambil keputusan untuk menyelesaikannya diwaktu malam.

Ruang maghrib dan Isyak. Bezanya kali ini adalah ketika mana tawaf dilaksanakan ayah dan umi telah pun selesai Tahalul Awal. Maka tawaf kali ini dikerjakan dengan lengkap berpakaian kemas (jubah) kerana kain Ihram telah pun dibuka setelah lontaran Jamrahtul Qubra 10 Zulhijjah tempohari.

Keputusan diambil untuk mengerjakan tawaf di tingkat 3, Masjidil Haram. Beza melakukan tawaf tingkat 1, 2, dan tingkat 3 dikongsikan bersama.

Tingkat 1
  • Paling seronok kerana kita dapat hampir dengan kaabah
  • Perjalanan tawaf menjadi singkat. Jika situasi tidak padat , kita hanya mungkin mengambil masa sekitar 20-30 minit sahaja untuk 7 pusingan.
  • Namun bilamana waktu puncak (musim haji @ akhir Ramadan) 7 pusingan tersebut mungkin akan mengambil masa lebih 1 jam dan pergerakkan sangat perlahan dan padat.
  • Kita akan merasai betapa Indahnya kebesaran ALLAH.
  • Zon paling sendat ialah antara rukun yamani ke penjuru hajarul aswad.
Tingkat 2
  • Tenang dan seronok tak bersempit-sempitan.
  • Hati mudah mengawal rasa marah dan dalam masa yang sama tarbiah hati penguat untuk terhalang nak marah.
  • Perjalanan 7 pusingan mengambil masa 45 minit - sejam. itu sudah pasti kerana jarak pusingan yang agak jauh.
  • Kabaah masih dapat diperhatikan jelas disisi kita.
  • Lokasi Murid2 tahfizul quran di tingkat ini dari Asar ke Isyak. Sangat terharu untuk menyaksikannya.
  • Namun halangannya adalah jumlah tiang yang menyokong struktur masjidil haram memungkinkan kita sering terbabas haluan. Tapi yang pasti panduan dan pedoman terlalu banyak.
Tingkat 3
  • Tenang, tiada banyak tiang.
  • View kaabah yang jauh.
  • Pergerakkan lancar namun mengambil masa 50 minit ke sejam perjalanan untuk 7 pusingan bagi orang muda.
  • Dapat sesekali melihat Indahnya umat Islam beribadat dengan tawaf tanpa berhenti kecuali solat fardu dijalankan.
  • Angin dan udara agak kaut ditingkat ini.
Tawaf Ifadhah ayah dan umi dilaksanakan di tingkat 3 atas faktor padat dan memerlukan ketenangan dalam menyelesaikan ibadah ini. Namun stamina tubuh badan amat menduga dan sudah pasti ianya menjadi ujian hebat bagi menghabiskan rukun tersebut.

Alhamdulillah, ayah dan umi dapat selesaikan akhirnya pada kira2 jam 8 malam. Sujud syukur mereka pada yang Maha Esa. Sejurus itu berakhirlah tempoh penuh ihram dengan bertahalul thani.

....coretan bersambung....

Tuesday, March 1, 2011

Bersama ayah @ Reunion al-Ulum

0
Kenangan bersama

Apa yang dirancang dengan berkat kerjasama pastinya akan berhasil kejayaan. Inilah yang berlaku kepada sahabat-sahabat ayah. Facebook telah menemukan ayah bersama sahabat-sahabat lamanya ketika menuntut di SMA al-Ulum as-Shareiyah, Batu 20, Bagan Datoh. Bermulanya idea seawal bulan September 2010 lalu, ayah telah mengatur pertemuan maya , meeting alaf baru menerusi FB. Hari ke hari saban masa mereka bersama telah mencipta sejarah untuk bertemu setelah hampir 16-17 tahun tidak ketemui.

Kami sekeluarga seringkali dapat melihat ayah bila pulang dari sekolah, maka laptop adalah temannya untuk meninjau perbincangan bagi setiap apa yang dirancangkan. Hasiln
ya pada 26-27 Febuari 2011 , maka pertemuan tersebut direalisasikan. Namun kami sekeluarga merancang untuk pergi bersama akhirnya tidak kesampaian. Berat dirasakan oleh ayah bilamana terpaksa meninggalkan saya dan umi tercinta atas faktor kesihatan umi. Ayah bersama adik Majidah hadir bersama sahabat-sahabat ayah ke Felda Residence Trolak.

Diceritakan semuala oleh adik, bermula dengan sesi penyembelihan dan melapah kambing di Rumah auntie Aza Sg Kerang. Mereka berkerjasama memastikan kambing yang menjadi santapan ketika bbq malam nanti sedap. Bagi sahabat ayah yang lain, mereka berkumpul dan membanting tulang ke Felda Trolak Timur untuk menyiang ikan pula.


Suasana menjadi riuh rendah bilamana sahabat-sahabat ayah berkumpul dan anak-anak mereka masing-masing menunjukkan bakat. Adik Majidah pun tak kurang hebatnya, sifat adik yang rapat, mudah didekati maka sekejap sahaja dah dapat kawan baru.

Malam harinya , mereka berkonvoi menuju Felda Trolak Timur kira-kira 20km dari lokasi penginapan. Teratak Bonda auntie Tini menjadi sasaran. Acara dimulakan dengan Tahlil ringkas dan doa selamat diketuai oleh ayah kami sendiri. Seterusnya sesi bakar membakar (bbq) hidangan utama ialah kambing, ayam, ikan, sosej, jagung dan bebola ikan. Makan sekenyang-kenyang sambil keriuhan bergema hinggakan jiran tempatan menutup rapat pintu rumahnya. Sesi bertukar-tukar hadiah juga diadakan dan ianya menjadi tanda rapatnya ukhuwah yang selama ni terpisah. Pulang ke Felda Residence dengan kekenyang. Alhamdulillah.

Solat Subuh berjemaah bersama penghuni lain disamping mendengar tazkirah tentang 'Topik : Adab Berkerja Suatu Ibadah' disampaikan oleh Ust Halim dari Sungkai. Tapi, sahabat-sahabat ayah yang lain mendengar dan menghayati kuliah tersebut menerusi corong surau. Inilah kecanggihan surau residence tersebut. mmmmm....

Mini sukaneka diadakan setelah sarapan. Pelbagai acara dan hadiah disediakan. Masyallah telatah ibu ayah dapat dipertontonkan oleh anak2 masing. Paling mencuit hati ialah acara bungkus mayat hidup. Tengok gambar terasa nak guling-guling je.Hari ini setelah sukaneka, beberapa sahabat ayah yang lain turut serta bersama untuk bertemu di Hot Spring Sg Klah.

Acara 'Bungkus Mayat Hidup'

'Menjejak Ukhwah Hadirnya Barakah'

Laman FB menjadi lokasi tumpuan setelah mengakhiri program , dengan mengabadikan memori 2 hari tersebut. Komen dan senda gurau yang menjadi pengikat ukhuwah bersama dapat sedikit sebanyak menghilangkan tekanan kerja ayah dan sahabat2nya yang sememangnya antara insan-insan yang sibuk dalam jadual seharian mereka. Insyallah nextime, saya dan umi tidak akan terlepas lagi program ayah seumpama ini.Makan tengahari dan enjoys mandi manda bersama di hot spring menjadi acara terakhir pertemuan ini.

Terima kasih ayah yang sudi berikan hadiah untuk kakak , suatu hadiah yang tidak pernah disangkakan. Walaupun suatu ketika dulu , ayah memang berjanji untuk saya memilikinya. Ayah yang memang minat dengan semua jenis RC, memiliki Heli T-Rex250 RC hebat kini untuk kami 4wd RC Drift Car. Inilah ayah kami bilamana keluar rumah kursus, bengkel dan program lama, maka pulangnya pasti mengingatkan dengan sesuatu untuk kami sekeluarga.




Monday, February 7, 2011

Ceria bersama seisi keluarga

0
Alhamdulillah , sememangnya hidup berkeluarga bahagia sentiasa menjadi impian semua.

Golek-golek bersama di Hari Keluarga sebelah ayah.

Kami juga merasai nikmatnya bilamana walaupun berjauhan di Kelantan, namun kemeriahan bersama keluarga ayah di Perak pun tiada tandingannya.

Ini Abang Huzaifah kami.

Cuti adalah kesempatan terbaik. Kami akan ditemukan oleh ayah dan umi bersama sepupu sepapat bagi kami sentiasa dapat bemesra bersama. Tahun Baru Cina bari ini pun kami ramai berkumpul. Sempat juga kami menziarahi pusara Tok Haji Musa bersama Pak Lang, Uda dan sepupu-sepupu kami.

Dirumah sepupu kami sebelah umi Afif, Afnan, Arfan & Afnaf.
Siap ada water front & river side lagi kat rumah mereka.

birthday Along, sepupu kami yang sulung

Monday, January 3, 2011

@ Proton Fest Kelantan : Kami bersama Hijaz & Rabbani

0
Pengalaman seketika berada di Festival Proton Kelantan. Tak sengaja ayah singgah sambil-sambil mencari keperluan persekolahan kami. Betapa teruja nya kami ketika mengetahui bahawa Hijaz dan Rabbani ada pada ketika tu. Sememangnya kami adalah peminat no.1 team nasyid ini.
Terima kasih ayah. Kami sempat berpeluang beberapa kali naik pentas untuk bernasyid bersama Hijaz dan Rabbani pada ketika itu. Walaupun ada segelintir orang yang hadir berbunyi asyik kami je naik.... sedangkan kami hanya ingin bernasyid bersama. Bukannya selalu, betul tak?

Alhamdulillah pengalaman ini amat bermakna sekali.

Friday, December 17, 2010

MATAF (Motivasi Tahfiz al-Furqan) @ cuti sekolah 2010

0
Alhamdulillah, pejam celik - pejam celik dah pun separuh dari cuti persekolahan telah berlalu. Saya serta keluarga masih belum kesempatan untuk balik kampung di Kelantan, memandangkan beberapa program yang melibatkan kami sekeluarga di Perak ini.

Seawal cuti sekolah yang lalu , saya telah menyertai Program Motivasi Tahfiz al-Quran selama 14 hari. Program ini berlangsung di SRA , Teluk Intan. kendalian Pusat Tahfiz al-Furqan. Saya memang minat sangat untuk menyertai program tersebut dan saya adalah peserta termuda dikalangan peserta-peserta yang lain.

Minggu pertama adalah minggu yang sangat hebat dugaannya, maklumlah pertama kali saya tinggal berdikari diasrama dalam program seumpama itu. Mujurlah penawarnya ada bersama iaitu abang dan kakak sepupu turut bersama. Begitu juga kakak-kakak yang hadir turut sama memberi dan membantu mengekalkan semangat seronok dalam menjalani program tahfiz ini.

Umi dan ayah pula hampir selang sehari datang melihat dan mehilangkan rindu saya terhadap mereka. Apa yang pasti pengalaman menghadiri program seumpama ini memberikan saya peluang untuk cekal menghafal al-quran yang akan menjadi impian saya dan juga keluarga.

Hari-hari terakhir dalam kem ini , menjadikan saya sedih untuk mengenangkan rakan kenalan. Tangisan dan gelak ketawa pastinya tidak akan mudah lupa. Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih saya mewakili umi ayah saya kepada seluruh jawatankuasa kem, abang kakak fasi, tukang masak dan sahabat-sahabat dalam menjayakan kem seumpama ini. Disini saya linkkan blog pusat Tahfiz Furqan dan aktiviti yang telah dijalankan.


4.12.10 adalah hari terakhir kami di kem. Majlis penutup dijalankan dengan disertai ibu bapa seluruh peserta. Keriangan untuk pulang ke rumah amat dirasai namun rindu pengalaman disini memungkinkan saya untuk terus meminati al-quran dan akan menjadi pedoman buat saya nanti. Malamnya pula saya bersama keluarga turut serta ke Masjid Lama Kg Gajah dengar celoteh ayah dalam program kuliah maghrib cuti sekolah. Tayangan slide lcd digunakan bagi menarik minat seusia saya untuk tekun melihat dan diam semasa majlis dijalankan.

Hujung minggu 9.12 kami ke Resort Pasir Salak untuk himpunan keluarga Haji Mohammad Perak dalam program yang dikendalikan setiap tahun. Bagi saya dan adik jadual mandi kolam adalah pengisian kami disini. Ramai kami berkumpul, moga ukhuwah keluarga akan dapat dimesra-mesrakan. Insyallah pada 22.12 ini barulah kami akan pulang ke Kelantan, bukan itu sahaja kami akan bergerak ke Kedah terlebih dahulu mengisi percutian. Lain masa kita ketemu lagi.... babai....

Sunday, December 12, 2010

'Pereratkan Keluarga, Ukhuwah Sejagat' - KPMP ke-12

0

Thursday, November 25, 2010

Titisan Airmata : 'Ketulusan Hati'

0

Kenangan yang sama sekali tidak akan kami lupakan buat ayah & umi 1430

Monday, November 15, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Episod 19 : Rindu menjadi tetamu ALLAH

0
Tidak sedar airmata umi ayah gugur setiap kali menonton 'Khabar Haji' Astro Oasis sepanjang musim haji 2010 ini. Kini genap setahun umi ayah menunaikan haji dan berada di Arafah untuk melakukan wukuf disana. Kerinduan yang bersangatan dari mereka membawa kami juga turut sama menyaksikan siaran tersebut setiap hari hingga berakhirnya episod itu kelak.

Episod Arafah telah pun ayah dan umi ceritakan sebelum ini. Namun bilamana mereka mengenang proses pengibadatan menunaikan haji sememangnya Arafah tidak akan dilupakan. Rahmat dan keberkatan yang Allah turunkan dalam suasana di Padang Arafah menjadikan sentuhan jiwa dan rohani yang suci.

Himpunan terbesar umat Islam yang menjadi lambang penyatuan aqidah & keimanan kepada ALLAH. Ayah dan umi sering mengesa kami untuk terus menerus berdoa memohon penuh pengharapan agar sentiasa menjadi tetamu ALLAH di bumi Arafah 10 Zulhijjah.

Ya Allah Ya tuhan kami, kuatkan Iman kami. Permudahkan kami sekeluarga menjadi hamba-hamba-Mu seterusnya menjadi tetamu-Mu di bumi yang diberi keberkatan oleh-Mu. Jadikan kami dikalangan insan-insan yang dapat menjadi tetamu-Mu Ya ALLAH dalam usia yang muda. Amin Ya Rabbal alamin.

Wednesday, October 27, 2010

Alhamdulillah @ 40jam di Kuala Terengganu

0
KHAMIS 21/10/10, kami sekeluarga dijadualkan ke Kuala Terengganu bagi menziarahi pemergian tetamu Allah ke Baitillahil Haram (ayah nik). Jam 3.45 ptg kami memulakan perjalanan menerusi Simpang pulai - Cameron Highland - Felda Aring - Tasik Kenyir - K.Terengganu.

Dengan perjalanan yang tenang ayah menyusuri jalan-jalan tersebut. sekitar jam 9.00 mlm kami melalui Aring. Malam yang pekat tidak memungkinkan kami menyaksikan keadaan sekeliling. Ayah ditemani cahaya bulan meneruskan perjalanan sunyi tersebut bagi menuju ke lokasi pertamanya Teratak Bahagia Uncle Samad & Auntie Mimi di Gong Badak. Uncle Samad ialah rakan sekelas ayah sewaktu di sekolah rendah. Ayah cekal memandu dan kami pula tidur sepanjang perjalanan dikawasan sunyi Tasik Kenyir. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah Uncle Samad jam 11.30 malam.

Setiba di Gong Badak, Uncle Samad yang kebetulan baru tiba dari Kota Kinabalu, Sabah menyambut kami dengan baik dan dipelawa berehat sahaja pada malam tersebut. Ayah dan uncle menyambung borak-borak mereka hinggalah larut malam. Layanan yang sangat baik diberikan oleh mereka berdua dan kemesraan kami seolah-olah kami telah lama mengenali. Sedangkan umi dan auntie mimi baru kali pertama bertemu dalam sesi reunion SKDS 76' pada hari raya ke-3 baru-baru ini sahaja.

Kami meninggalkan teratak uncle Samad untuk ke rumah ayah nik pada jam 10 pagi. Hari ini dijadualkan ayah nik kenduri selepas solat jumaat. Kelibat kebanyakan sanak saudara telah hadir bersama. Alhamdulillah kami dapat bertemu Tok Ayah dan Tok Abah disini. Sebelah petangnya kami rest di Chalet Bank Negara, Pantai Batu Buruk, K.Terengganu. Aktiviti kami agak terhad tidak kemana-mana memungkinkan ayah untuk berehat atas kepadatan pergerakan dan kesihatannya yang terbatas. Malam hari pun kami ke rumah ayah nik untuk mesra sekeluarga sebelum kami berangkat pulang ke Perak semula.

Sabtu, kami bersiap-siap untuk bergerak pulang. Tengaharinya pula sekali lagi kami menerima jemputan dari uncle Samad dan auntie Mimi untuk lunch bersama di Teratak Bahagia mereka. Dengan juadah yang bersahaja hebatnya kami menjamu selera. Terima kasih tidak terhingga buat Uncle dan Auntie Mimi. Lunch tersebut menjadi bekal perjalanan kami yang jauh untuk pulang semula ke Kg Gajah.

Alhamdulillah , jam 11.00 malam kami selamat sampai diteratak kami semula dengan rasa penuh kesyukuran terhadap nikmat limpahan dari Tuhan. Jazakallahu Khairan Kasiro buat semua di Kuala Terengganu.

Tuesday, October 26, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Episod 18 : Melontar @ Jamrat, Mina

0
..... Sesungguhnya bermabit di Mina punya rahsia haji yang tersendiri. Bagi mereka yang sering membiasakan diri dalam keselesaan mungkin ianya sedikit teruji. Namun , Alhamdulillah, umi dan ayah merasakan Mina tempat yang selesa dan ujian yang ada dilalui dengan penuh kesyukuran dan ketabahan.

Mabit Di Mina , adalah salah satu syarat wajib haji. Jemaah haji akan ditempatkan dikawasan khas yang jarak ke tempat melontar adalah sejauh 3 - 3.5km dan hitungan pergi balik sekitar 7km. Perjalanan ini adalah suatu keperluan kerana kewajipan melontar adalah dengan keupayaan diri sendiri. Semangat dan kesihatan jemaah amat dituntut dalam tempoh ini.

Melontar Jamrah Qubra pada 10 Zulhijah adalah suatu yang penting kerana dengan selesainya ibadat tersebut maka jemaah haji akan boleh melakukan tahlul awal. Iaitu terlepas dari 10 larangan Ihram kecuali 3 yang berhubungkait dengan 'Munakahad'. Umi dan ayah melaksanakan Lontaran Jamrah Qubra mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Muassasah pada jam 5 petang Aidiladha tersebut.

Perjalanan dan jarak yang agak jauh ini , sebenarnya menguji ketahanan minda jemaah haji. Panorama sekeliling juga mempunyai nilai keinsafan dan kesayuan bahawa peri penting keilmuan dan kesihatan yang mantap. Syukur Alhamdulillah, kesedaran ini wujud dalam matlamat ayah dan umi dengan mendaftar haji seawal 2002 bagi membolehkan melaksanakan haji dalam usia mudanya. Kini setelah pulang dari mengerjakan haji kami berempat saya, adik, ayah dan umi kembali mendaftar untuk menunaikan haji bersama dan hitungan perkiraan dalam sistem buat kami berempat 2030. Moga azam kami pada tahun tersebut menjadi kenyataan agar dapat menjadi tetamu Allah bersama-sama keluarga bahagian.

Thursday, October 14, 2010

Cinta Sayang Resort : Nantikan kehadiran kami...

0
Maklumat terkini:

1- 10 bilik telah ditempah
2- Aturcara seperti tahun sebelum
3- pakaian batik pada malam Ahad
( Dinner + Solat hajat + Bacaan Yaasin + Mesyuarat Infaq Tahunan Ke-12)
4- Jgn lupa! 1 keluarga 1 acara (pagi ahad) pakaian:
ikut tema keluarga masing2.
5. Acara akhir di RFC . ( Lunch)

Pesanan drpd S/U Infaq 004 :
Pak Uda Abdul Aziz Musa.

Thursday, October 7, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Adik !!!

0
Moga kalian kan menjadi anak-anak yang Solehah dunia & akhirat.
Dalami Ilmu jangan sampai jemu, kelak kan jadi insan teguh beriman membawa amalan bekalan abadi. Selamat Hari Ulangtahun kelahiran buat Madihah & Majidah. Umi ayah sayang diri-mu

Monday, October 4, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj Episod 17 : Perkhemahan Haji @ Mina

0
Lama sungguh mengambil masa untuk menyambung kembali cerita perjalanan haji ayah umi tercinta. Sungguhpun begitu cerita yang dicoret-coretkan ini adalah sebagai memori indah keluarga kami dalam masa yang sama sedikit sebanyak melatih kami untuk berbicara menukilkan perjalanan indah tetamu Allah buat umi ayah tatapan bacaan coretan kami zaman berzaman. Bagi umi ayah kini semakin hampir jemaah haji 1431 untuk melangkah pergi menjadi tetamu Allah. Inilah hakikat dunia yang dirasakan baru sahaja perjalanan masanya sedang hampir setahun umi ayah menunaikannya.

Perkhemahan Mina. Setelah bermabit iaitu berhenti seketika di Muzdalifah sejangkau 6 - 7 jam, umi ayah dan jemaah haji yang lain berbaris semula untuk menaiki bas yang disediakan oleh Muasasah Haji untuk menuju ke Perkhemahan Mina. Syarat Wajib Haji yang seterusnya adalah melontar Jamrah A'qobah iaitu pada seawal fajar 10 Zulhijjah sebelum bertahlul awal. Bas menyusuri laluan Muzdalifah yang hening sekita jam 3-4 pagi. Kelihatan himpunan jemaah berwarna putih disana sini. Ada yang hanya berjalan kaki bagi bergerak untuk ke Mina ataupun pelbagai kenderaan lain. Sayu rasa hati umi ayah menyaksikan keagongan Allah di bumi Muzdalifah hingga ke Mina.

Setibanya di perkhemahan Mina, umi ayah diasingkan khemah. Mereka ditempatkan dengan khemah padat namun selesai kerana cabaran Arafah , Muzdalifah & Mina adalah lambang pengorbanan khazanah tinggalan Amal Ibadah Haji Rasulullah saw & para sahabat suatu ketika lalu. Khemah yang punyai tiang-tiang dimana telah tersedia nama jemaah haji. Satu tiang tertera 14 orang jemaah. Suatu bentuk kesatuan baru bilamana umi dan ayah diletakkan bersama jemaah lain. Padat dan menyeronokan bagi yang biasa , sendat bagi yang tidak biasa. Umi dan ayah teruja dan menjadikan cabaran berada disini adalah sedikit pengorbanan yang perlu dan penting untuk dilakukan dalam proses mendapatkan haji mabrur.

Hingga ke saat tib di Mina ayah umi bersama kumpulan kecil mereka sebenarnya telah berada dalam Ihram Haji selama 19 hari.
Suatu jangka masa yang panjang dalam berihram sambil memastikan 19 larangan - larangan dalam Ihram dijaga. Kuku , rambut dan tubuh badan antara cabaran berihram lama. Syukur, Alhamdulillah umi dan ayah tenang menghadapinya.

Fajar 10 Zulhijjah 1431 terbit dengan laungan takbir AidilAdha. Ramai jemaah haji yang berpengalaman untuk terus menunaikan Lontaran Jamrah Qubra seawal pagi tersebut. Umi ayah dan jemaah haji Maktab 77 dijadualkan melakukan lontaran pada jam 5 petang. Tempoh yang panjang untuk ke petang tersebut. Ada yang tidak sabar akan terus pergi namun setelah pulang pelbagai pengalaman melontar diceritakan memandangkan jarak berjalan kaki dianggarkan 3-4 kilometer pergi balik. Waktu pagi adalah waktu puncak dimana pergerakan jemaah haji yang sangat padat hingga dikatakan tubuh badan hanya digerakkan dengan lautan manusia. Ada yang kelemasan.

Umi ayah tetap sabar menunggu giliran yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Bila saat mula ingin bergerak ke Jamrat (tempat lontaran) hanya doa dipanjatkan sambil pergerakan berjalan kaki dipertontonkan suasana sekitar yang menerujakan. Himpunan jemaah haji yang pelbagai warna dan wajah. Subhanallah. Ada kelihatan solat dijalanan. Warga tua bongkok meneruskan berjalan kaki walaupun jaraknya jauh , sayu dan pilu. Syukur tenaga umi ayah masih muda. Segalanya ketentuan Allah swt.

....bersambung.....

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort