Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Monday, March 8, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 7 : Tip Raudhah

2
Raudhah :- "Apa diantara rumahku dan mimbar, adalah sebuah raudhah (taman) diantara taman - taman di Syurga"

1hb hingga 9hb November 2009, adalah tarikh yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Tabung Haji untuk ayah dan umi berada di bumi bertuah Madinatul Munawarah. Dalam tempoh itu ayah dan umi hanya berfokus untuk ziarah dalam dan luar Masjidil Nabawi. Rutin biasa di bumi bertuah ini bermula jam 4.30 pg. Bersiap bergerak ke Masjid yang terletak beberapa ratus meter dari penginapan Hotel Sakan Ar-Raudhah. Jika kita terlewat dari jam berkenaan sudah pastinya jemaah akan dapat masuk masjid namun hanya dibahagian belakang sahaja.

Ayah berkongsi cerita untuk sama-sama kita mencuri pengalamannya. Pernah suatu ketika beliau berazam untuk memperolehi saf pertama atau sekurang2nya saf kedua untuk tujuan solat Jumaat. Tindakan dilakukan seawal jam 9.30 pagi , ayah mula bergerak ke Babul Salam , Masjidil Nabawi bagi mendapatkan targetnya disitu. Apa yang berlaku ketika tempoh masa masuk waktu Jumaat pada hari ini pada 12.13 tghri iaitu 2 jam 30 minit lagi , Babul Salam telah pun ditutup untuk dimasuki oleh jemaah, ini kerana saf pertama hingga ke-5 telah pun penuh.

Pada ketika itu ayah terpaksa berhelah dengan memasuki pintu kedua dikawasan Masjid Abu Bakar, itu pun terpaksa berdiri selama sejam sebelum ruang raudhah dibuka kembali dari tempoh lawatan pihak muslimat. Sejurus sahaja halangan bagi kawasan lawatan pihak muslimat itu dibuka semula untuk kaum muslimin kira-kira jam 10.45 pagi, ketika itulah ayah dapat duduk menyambung iktikaf beliau tadi yang mulaya berdiri kepada posisi duduk. Kesempatan dapat duduk ini adalah kerana jemaah muslimin tadi meluru ke kawasan raudhah untuk iktikaf disana, ayah pula menyatakan kesabaran untuk terus hadir sahaja di masjid Saidina Abu Bakar r.a tadi. Bagi ayah perancangan yang teratur perlu dibuat untuk mendapat sesuatu bagi mengelakkan kita melanggar adab2 hadir di masjid lebih2 lagi Masjidil Nabawi.

Berkongsi tip - tip untuk mendapatkan tempat di Kawasan Raudhah (Musim Haji) hindari berebut2, melanggar saf solat jemaah lain & batasi adab dalam masjid :
  • SABAR paling PENTING. (2 jam beriktikaf)
  • Ketahui waktu mula dan akhir kain halangan muslimat dipasang atau dirungkaikan untuk kegunaan lawatan ziarah dalaman. (Biasa tengahari jam 11.45 pg, 2.45 ptg & 7.45 mlm)
  • Kita kena hadir didalam masjid Saidina Abu Bakar r.a. 40 minit sebelum masa tersebut.
  • Masuk dan Solat Tahiyatal Masjid serta Solat Hajat mohon Allah permudahkan matlamat kita untuk solat di kawasan Raudhah.
  • Rapat2 kekiri masjid sekiranya punyai ruang kosong untuk menghampiri kawasan Raudhah tersebut.
  • Bila mana petugas yang ingin membuka atau menutup ruang tersebut pastikan kita hadir sebagai salah seorang jemaah dlam kawasan kepungan tersebut. maka Insyallah kita akan dapat menikmati ruang Raudhah yang tenang beberapa ketika pada masa itu sebelum diarahkan beredar keluar oleh pihak berkuasa.
Ini adalah tip yang dipraktikkan dan berjaya membawa ayah untuk memperolehi nikmat hadir di kawasan Raudhah. Bagi ayah kata kuncinya adalah SABAR & BERTAWAKAL.

Begitu juga umi, menurut umi setelah mengambil iktibar ayah, umi juga mengkaji dan merancang untuk memperolehi nikmat dan kelebihan di kawasan Raudhah. Masa ziarah dalam muslimat adalah bermula jam 8.00 pg hingga 10.45 pg, 1.30 ptg - 2.30 ptg, & 8.00 mlm - 11.45 mlm. Ayah pesan kat umi untuk menjadi jemaah bagi kumpulan2 akhir muslimat ke kawasan Raudhah. Untuk makluman pembaca jemaah muslimat akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk bergerak secara teratur dan beradab maju dari belakang (tempat muslimat) ke bahagian hadapan. Kumpulan2 ini mengikut benua2 dan bangsa2 jemaah tersebut.
Contohnya Jemaah Asia Tenggara, India , Eropah dsbnya.

Menjadi jemaah yang berada didalam kumpulan2 akhir ziarah tersebut akan membawa pengajaran besar iaitu KESABARAN dan KEJITUAN kita untuk beribadah. tenang dan tidak gopoh beribadat serta yakinkan diri bahawa kita adalah Hamba ALLAH yang lemah dan dhoif disisi ALLAH.

Moga tip - tip ini dapat dimanfaati bersama taulan pembaca dan mohonlah kita atas keredhoaan Allah sentiasa bersama akhirat dan dunia seisinya.

....bersambung....

2 Response to Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 7 : Tip Raudhah

March 8, 2010 at 9:48 PM

Raudhah sangat sesak...kena sabar...insyaAllah ade ruang untuk kita...dan tidak perlu "tamak"...beri peluang untuk jemaah lain pulak....

March 8, 2010 at 10:30 PM

ya saya sangat setuju, sememangnya bilamana kita beri ruang pada jemaah lain Allah akan beri kita sebesar2 ruang buat kita...... ianya telah etrbukti dengan nyata...

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort