Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Wednesday, March 17, 2010

Pulang bertemu Tok Abah & Tok Ayah @ Kelate

0
Seawal pagi ahad lepas kami sama2 telah pun bersiap untuk pulang bertemu Tok Ayah & Tok Abah di Kelate. Ayah memandu dengan relex kali ini bagi memastikan keselamatan kami terjamin menuju destinasi. Lokasi pertama ialah rumah Tok Ayah di Kg Kuala Nal, Kuala Krai. Melalui Puncak Cameron Highland kami tiba dengan mengambil masa 6 jam termasuk berhenti di beberapa persinggahan untuk rehatkan badan.

Kecetekkan air sungai Nal menggamit kami untuk turun mandi bersama dengan arus air yang mengalir. Petang Isnin kami bingkas turun ke sungai mandi dengan panorama kebun tembikai dan jagung penduduk tempatan. Kami sempat bergambar dengan hasil tembikai yang semakin membesar. Sungguh cantik pertumbuhan kebun dan sungai yang cetek mengimbau kembali ayah ketika berada di sungai Perak suatu ketika dahulu.

Selasa 16.3 , Kg Pak Badol, Melor menjadi lokasi kami dalam misi berkunjung rumah Tok Abah. Tok Abah ialah abah kandung umi dan Tok Ayah ialah ayah yang membesarkan umi. Untuk itu keluarga kami agak besar. Umi sahaja pun 15 orang adik beradik kandung dan 6 adik beradik angkat. Sebelum ke rumah Tok Abah kami dibawa bersiar2 di Kota Bharu. KB ini kian berubah dan sangat pesat. Sistem jalan sehala terkini amat memudahkan perjalanan kami dan kali ini kewujudan KB Trade Centre adalah tarikan terbaru KB yang terkini.

Kami mengambil kesempatan untuk mengunjungi 'Radix Chicken House' RCH yang terbaru dibuka baru sekitar 10 hari beroperasi. Apalagi kami menjamah makanan yang ada sana seadanya. Kedai buku 'Jaafar Rawas' menjadi lokasi kami seterusnya saya dan adik berpeluang membeli buku pilihan kami sendiri disamping menemai ayah untuk membeli 12 naskhah al-quran yang diwakafkan oleh penderma budiman untuk sekolah kami.

Perjalanan kami masih belum berakhir...... kini kami berehat menikmati suasana sekitar Rumah Tok Abah yang dihidangi kehijauan dan kolam ikan dalam sangkar Cik Lie....

No Response to "Pulang bertemu Tok Abah & Tok Ayah @ Kelate"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort