Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Friday, April 2, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj - Part 9 : LabbaikaALLAHUMMA Labbaik....

0
9hb. November, 2009 , rombongan jemaah haji ayah & umi KT35 dijadualkan akan melakukan wida (selamat tinggal) Masjidil Nabawi, Madinah untuk bergerak menuju ke Tanah Suci Mekah. Rakan sebilik ayah umi telah memutuskan untuk menuruti bersama ayah bagi mengerjakan samaada haji ifrad ataupun haji tamattu'. Setelah berbincang dan bermuzakarah sesama mereka ayah memutuskan untuk melakukan haji ifrad. Antara cabaran pilihan tersebut adalah berkeadaan lama dalam ihram yang mana akan mengambil masa 20 hari, InsyaAllah.

Jam 11.00 pg jemaah haji KT33, KT34 & KT35 dijadualkan wida' Maqam Nabi Muhammad saw , solat zohor dan bersedia menaiki bas jam 3.30 ptg. Ayah dan umi melakukan wida' bersama ketika zohor dan bersediakan beg pakaian lebih awal dari itu di loby hotel.

Air mata sayu pilu membasahi pipi ayah umi ketika mana melaksanakan wida' tersebut. Doa dan selawat yang berterusan dipanjatkan kehadrat ALLAH swt agar segala amal ibadah diterima dan diredhoi ALLAH. Tiada kata yang dapat diungkapkan kata umi kepadaku. Umi memang sayu meninggalkan bumi bertuah yang tersimpan didalamnya jasad Rasulullah saw.

Umi & ayah menaikki bas no. 2 (KT35) jam 3.30 ptg iaitu hampir sangat dengan waktu Asar namun telah pun diarahkan untuk melakukan solat secara jama'qasar atau solat bersama jemaah di hotel kerana pengurusan pergerakkan jemaah yang perlu diselaraskan. Hakikat yang berlaku ayah dan umi dok dalam bas tersebut hampir 1 jam setengah baru mula bergerak ke Zulhulaifah atau lebih dikenali sebagai 'bir ali' iaitu tempat miqat ihram samaada haji atau umrah.

Ayah umi bersama 5 pasangan yang lain tekad bersepakat melakukan ihram haji bagi menunaikan haji ifrad. Mereka bersolat maghrib isya' secara jama takdim dan solat sunat ihram 2 rakaat bagi menyempurnakan niat ihram haji tersebut. lantas bertalbiah sepanjang masa.

Dalam perjalanan yang jaraknya 467 km mengambil masa 5-6 jam , panorama malam sahaja menjadi teman. Rezeki Allah sentiasa mencurah2 kerana sememangnya menjadi resam orang Arab (koparat) menghulurkan sedekah makanan berkotak2 sepanjang perjalanan seingatnya 3 check point disinggahi mengedarkan sedekah makanan tersebut, setiap bas yang lalu pasti singgah untuk mengambilnya. Bayangkan betapa banyak bas setiap masa seumpama itu mengangkut jemaah haji madinah - ke makkah.

Hati mereka berdebar bilamana menghampiri Kota Suci Makkah. Suasana pagi yang hening namun kelihatan cahaya Masjidl Haram semakin hampir. Ayah dan umi terus menerus membaca doa dan diselang selikan dengan talbiah. Sayu dan terharu bilamana langkahan ayah umi memasuki kota suci Haram yang penuh dengan hikmah dan nikmah buat tetamu Allah.

..bersambung....

No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj - Part 9 : LabbaikaALLAHUMMA Labbaik...."

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort