Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Thursday, October 22, 2009

BerILMU Untuk Beribadah Persiapan Utama

0
Pada 10 - 11 Oktober baru2 ini, ayah dan umi telah menghadiri Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Perak. Ianya dijalankan di Institut Tadbiran Islam (INTIM), Ipoh. Menurut ayah umi kursus ini adalah kursus penutup bagi kursus2 bersiri yang telah dihadiri sepanjang Mac - Julai tahun ini.

Peserta2 adalah terdiri daripada seluruh bakal Haji Negeri Perak yang berjumlah kurang lebih 2000 orang. Antara pengisiannya adalah amali menjalankan ibadah Haji Dan Umrah dari mula hingga akhir. Sesungguhnya bagi menyempurnakan ibadah haji ini sememangnya memerlukan ilmu pengetahuan dan persiapan yang rapi. Memang untuk menunaikan haji ini senang untuk yang berduit namun kemantapan Ilmu itu yang utama. Ilmu dan amal adalah pelengkap ibadah yang sempurna.


Diharapkan moga ALLAH mengurnia, menerima dan meredhoi segala amal ibadah ayah dan umi dalam menyempurnakan ibadah haji pada tahun ini, InsyaALLAH.

Tahun 2009 / 1430 ini amat bermakna buat kami, ayah dan umi menerima nikmat berganda2. Syukur ALHAMDULILLAH. Pada 22 Oktober ayah telah dilantik secara hakiki ke DG32 Guru Cemerlang seterusnya pada 15 November ini ayah dan umi dijadualkan untuk menghadiri Konvokesyen OUM (Pengajian Jarak Jauhnya) di PWTC, Kuala Lumpur. Pada jangkaannya pula 18 November mereka akan berangkat menjadi tetamu ALLAH ke Tanah Suci menerusi 'flight terakhir' dan satu bonus besar buat ayah ianya dengan menyambut ulangtahun (tahun Hijri) kelahirannya 5 Zulhijjah di Mekah serta 27 November ulangtahun (dalam Masihi) adalah jangkaan tarikh wukuf di Arafah.


Tiada kata dan kalam yang terungkap dari ayah dan umi melainkan 'Syukur ALHAMDULILLAH' moga kita sentiasa berada dalam golongan yang mensyukuri nikmat dan istiqomah beramal ikhlas untuk-Nya. Amin Ya Rabb.

No Response to "BerILMU Untuk Beribadah Persiapan Utama"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort