Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Friday, July 17, 2009

Kehadiran PENUH BERMAKNA :MTQ Peringkat Kebangsaan 2009

0
Setelah selesai mengecat ruang tamu teratak kami, maka terlintas bahawa malam ini agak free untuk kami sekeluarga menyaksikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009 di UTP, Seri Iskandar. Dengan azam bahawa bukan senang nak dapat peluang maka tekat meneruskan usaha untuk ke majlis tersebut. Dewan Canselor UTP menjadi saksi kehadiran ramai pengemar ayat2 suci al-Quran.

Malam ini amat bertuah buat kami sekeluarga. Bermula dengan pertemuan bersama sahabat lama (Usth Rogayah Zainun Abidin) kami yang pada mulanya ingin merakamkan photo kenangan astaka tersebut, lantas kami sekeluarga dipelawa untuk terus duduk di pentas utama VIP bertentangan dengan astaka. Duduk di saf ketiga, kami diselindung dengan dif2 VIP lain. Setelah dok sat.... terperasan bahawa ayah adalah satu2nya tetamu di tempat duduk ini berkopiah putih, yang lain tu kesemua bersongkok skima tinggi. Cekal dihati kami terus taat mendengar taklimat. Majlis malam ini bermula dengan bacaan oleh peserta2 tilawah.


Sungguh terharu apabila pada malam ke-3 ini, ramai peserta yang hebat2 belaka. Kebanyakannya adalah bekas finalis AKADEMI AL-QURAN yang rata2 bacaan mereka kelas gitu. Johan menunggu Qari & Qariah juga memperdengarkan bacaan mereka pada malam ini.


Sesungguhnya peluang seumpama ini sukar dilupai. Syukur ALHAMDULILLAH. Moga ALLAH memberkati segala usaha seumpama ini. JOM kesana BERSAMA! JANGAN LEPASKAN PELUANG.

No Response to "Kehadiran PENUH BERMAKNA :MTQ Peringkat Kebangsaan 2009"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort