Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Tuesday, January 5, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 2

0
Tanggal 31 Okt 2009, jam 5.45 pg.

Kami dikejutkan dari tidur untuk bergerak bersama ke umah Opah (1.5km dari umah kami) bagi menyempurnakan solat subuh berjemaah. Hasrat ini memang dipinta oleh Opah untuk berjemaah bersama umi ayah di umahnya. Sayu dan pilu solat subuh pada pagi tersebut bilamana ayah adakalanya seakan sebak dalam bacaannya. Sejurus itu, kami mengadakan bacaan yassin khusus untuk keselamatan kami sekeluarga, walaupun 5 majlis bacaan yassin telah diadakan oleh pelbagai pihak untuk ayah umi, namun pagi ini agak pilu bilamana ayah menyatakan bahawa setiap kali membaca yassin maka ayah akan teringatkan Allahyarham Tok Hj Musa. Menurut ayah, Allahyarham telah menghembuskan nafasnya ketika mana ayah sedang membacakan yassin terakhir untuk tok, dan Tok Hj Musa mengembuskan nafasnya hanya dihadapan ayah pada ketika itu iaitu umurku 2 bulan dalam kandungan.

Selesai sahaja bacaan yassin dan tahlil, ayah umi bermaaf-maafan bersama Opah , Mak Ngah dan Wanchik. Pelbagai amanat diberikan dan amanah menjaga kami dua beradik juga dilafazkan pada ketika itu. Kami berdua hanya diam dan tidak berkata apa. Kemudian kami pulang semula ke Desa KPMP untuk persiapan terakhir ayah umi. Pada ketika ini tetamu ayah umi masih tak berhenti2 , ada sahaja yang hadir untuk mendoakan bersama. Malam tadi pun sekitar jam 1 pagi pun ada rakan ayah yang hadir, Alhamdulillah, terima kasih bebanyak buat mereka semoga Allah sentiasa bersama sahabat2 handai dan rakan taulan mendoakan pemeliharaan ayah umi untuk menjalani ibadah kepada-Nya.

Jam 9 pagi, ayah , umi , saya & adik mula bergerak ke rumah Opah, dimana kami dirancangkan agar mulakan langkah musafir ini dari rumah Opah. Sungguh terharu kami apabila kelihatan ramai sahabat handai, jiran tertangga dan juga jemaah setempat hadir menunggu untuk sama2 mendoakan perjalanan haji ayah & umi. Sebelum melangkah , opah , mak ngah dan wan chik telah bertungkus lumus menyediakan sarapan pagi 'special' buat kami iaitu Nasi Langguni iaitu salah satu dari 'favouirte' ayah umi. Terima kasih semua.

Tn. Hj. Mohamad Isa (Penyelaras Masjid, Pej. Agama Kg Gajah) telah mengetuai bacaan doa pagi tersebut sebagai pengharapan pemeliharaan terhadap perjalanan Ibadah ayah umi ke Baitullahil Haram, Makkah & Madinah. Azan juga dilaungkan oleh bilal Masjid Sultan Azlan Shah, Kg. Gajah iaitu Yop Deris. Bersalam-salam dan lambaian akhir buat hadirin, kami terus menaiki kereta Uda Naza Citra menuju destinasi ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah dalam perjalanan , kami tidak tidur malah mendengar dan berpeluang bermuzakarah bersama ayah umi dan juga Uda. Banyak pengalaman Uda dikongsikan bersama ayah umi sebagai panduan terakhir bekalan ke Tanah Suci. Ayah umi yang keletihan namun setia mendengar dan sambil memperolehi manfaat secukupnya dari Uda. Terima kasih Uda.

Seksyen 7, Bangi. Lokasi tuju kami petang ini bagi berehat seketika. Kami menunggu kehadiran Tok Abah dan barisan Pak2 serta Mak2 Sedara sebelah kelate akan berkumpul di rumah Pak Alang. Alhamdulillah , sudah kami tak berkesempatan untuk pulang Kelate namun kami dapat berkumpul di Rumah Pak Alang , Bangi ini. Sememangnya adik beradik umi ramai maklumlah 15 orang semuanya dan umi anak yang ketiga dalam keluarga serta ayah kami menantu sulung keluarga mereka.

Ayah mengambil kesempatan berbual dengan Tok Abah kami, hingga mereka tak sedar jam telah menunjukkan pukul 5.30 ptg. Kami dijadualkan untuk bergerak ke Kelana Jaya jam 6 ptg. Setelah sakan berbual, kami mengambil kesempatan bergambar kenangan beramai2. Sungguh mesra kelihatan pada petang tu. Kami bersyukur punyai keluarga yang sehati sejiwa. Dipihak keluarga ayah, beliau adalah orang yang terakhir bagi melaksanakan ibadah haji, kerana yang lain telah pun pergi sebelum ini. Di pihak umi, ayah dan umi adalah pemangkin semangat kepada seluruh keluarga kerana yang pertama pergi. Moga ayah umi sentiasa doakan kami sekeluarga yang lain akan menjejaki ke Mekah lebih2 lagi Tok Abah & Nek Mi kami. Insyallah.

Bersambung.....

No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 2"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort