Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Sunday, January 24, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 4

0
1 November 2009 (Madinah)

Alhamdulillah ayah dan umi telah mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Madinahtul Munawarah tepat jam 5.45 pagi waktu tempatan. Terharu dan pilu hingga menitis air mata mereka berdua. Kaki ayah & umi adalah jemaah pertama turun dari pesawat SV5015 telah disambut oleh Petugas Tabung Haji yang sememangnya bersiap sedia menantikan kehadiran kami. "Assalamualaikum, dan selamat datang ke bumi Haram Madinahtul Munawwarah" salam diungkap oleh petugas dijawab ayah & umi dengan rasa syukur tidak terhingga pada Allah Rabbul jalil.

Di kawasan imigration , bagi jemaah haji lelaki ayah terpaksa menggunakan kesepuluh2 jarinya untuk kebenaran masuk yang sebelum ini hanya gunakan ibu jari sahaja. Jemaah Haji wanita, umi hanya gunakan 2 ibu jarinya untuk kebenaran masuk kebumi Arab Saudi ini. Serasa ini adalah rentetan kawalan rapi pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Setelah selesai ayah dan umi menaiki bas yang telah disediakan. Untuk makluman pesawat yang mereka naiki tadi itu mengandungi 93 jemaah haji muasasah (kelolaan Lembaga Tabung Haji sepenuhnya. Kos RM9980.00 seorang bagi kapal terbang, penginapan, pengangkutan madinah-mekah-arafah-mina & makan-minum) manakala selebihnya sekitar 250 orang jemaah lain dalam pesawat ini adalah group 'pakej' (kelolaan anak syarikat Tabung Haji @ swasta dengan kos RM18K keatas setiap seorang) namun perbezaan ini ketara kerana group pakej dapat menjadi tetamu Allah tanpa iku 'Q' Tabung Haji, tu pasai kosnya agak tinggi.

5-7 km, itulah jarang diantara Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Madinah menuju Hotel Sakan Ar-Rawdah, Madinah iaitu berhampiran sangat dengan Masjidil Nabawi. Sepanjang perjalanan mata ayah dan umi sentiasa meliar menyaksikan suasana sekitar bandar 'Madinah' yang kini banyak berubah wajah. Menurut ayah jika dibandingkan pada kehadiran beliau ketika umrah 1996 lalu, banyak berubah terutama sistem jalanraya dan pembangunan semakin terancang.

Setibanya di Hotel Sakan Ar-Rawdah, kami terus mendapatkan bilik penginapan. Ayah bersama 2 rakan jemaah iaitu Cikgu Nasir (Cikgu SM Teknik Seri Iskandar) dan Abg Din (pegawai pertanian, Padang Kangar, Parit) duduk sebilik. Disini seumpama hotel 3 bintang dengan keindahan bilik yang mempunyai pemandangan jelas Masjidil Nawawi (lihat gambar) memang lintas langsung menarik dari bilik kami. Umi pula duduk bersama Makcik Yah (Sabariah dari Changkat Lada) & Makcik Na dari Kg. Bahagia, Teluk Intan. Walaupun berasingan bilik namun arasnya sama iaitu tingkat 10.

Setelah segala urusan penginapan dan barangan telah diselesaikan, ayah & umi mengambil sarapan yang telah disediakan oleh pihak hotel. Step kedua, mereka mencari2 sim card bagi phone iaitu untuk perhubungan ayah dan umi. Masa ini memang kebanyakan jemaah gairah nak menghubungi tanahair bagi menyatakan keselamatan mendarat dan situasi semasa di bumi Madinah. Setelah giat survey ayah dan umi setuju memilih Zain Telecomunication sebagai line perantara mereka. Kami di tanahair juga dihubungi oleh mereka. Bagi ayah & umi sayu tetap ada bila mendengar bisikan suara kami yang berada dipangkuan wanchik Azizah. Kami di Malaysia, pulang malam tu bersama Uda Aziz dan Wanchik terus ke Teluk Intan tido kat sana. Paginya baru pulang ke Kg. Gajah dengan Mak Ngah pula.

Solat Zohor 1 November 2009, adalah solat berjemaah pertama ayah di Masjidil Nabawi. Sesudah itu ayah terus menuju ziarah makam Rasulullah saw secara langsung beliau meneliti perjalanan jemaah yang hadir. Sememangnya ramai dan agak bersesak. Namun doa yang berterus dari ayah memaparkan rasa syukurnya atas kesempatan Allah buat mereka ayah & umi. Bagi umi pula, hari pertama ini doa dan selawat berpanjang hanya mampu demi menjalani fitrah manusia normal. Ayah dan umi akan bertemu ketika mana ingin makan dan minum sambil berbincang bertikar2 pandangan menyatakan tanda syukur pada-Mu Ya Allah.

bersambung...

No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 4"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort