Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Sunday, January 24, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Ayah & Umi Bertemu Rakan Blogger Manzlie-PDKM d' Makah

5
Suatu ketika ayah & umi di Tanah Haram, mereka telah menemui salah seorang blogger aktif Manzlie-PDKM. Imbas kembali pertemuan mereka bersama salah seorang blogger yang sangat aktif. Beliau yang berasal dari Melaka, kini bertugas sebagai salah seorang Exsecutive Khas , di As-Safwah Hotel, Makkah al-Mukaramah.

Hotel tersebut hanya 80 meter dari Masjidil Haram. Beliau yang sebelum ini ayah hanya mengenalinya menerusi chat ym dan juga blog PDKM (Pengalaman Di Kota Mekah) , telah dapat ditemukan oleh Allah swt di sana. Kelihatan beliau sangat sibuk dengan tugas namun sempat melayan rakan blogger yang berkunjung sebagai tetamu Allah di sana. Ayah sempat berbual seketika pada pertemuan tersebut dan sememangnya beliau ramah melayani tetamu Allah.

Gambar kenangan bersama Manzlie-PDKM & Tn. Hj. Yamin blogger lelawangsa. Photo diambil ketika bersarapan pagi di As-Safwah Hotel, Makah Al-Mukaramah.

Ahad lepas 10.1.2010 baru2 ni, beliau telah pun menganjurkan satu gathering blogger yang setia bersamanya di Taman Setia Wangsa, K.Lumpur. Jauh untuk kami hadir bersama dalam program tersebut.

Anywere, sesiapa sahaja yang ingin atau berminat mengetahui perkembangan Tanah Suci dan perihal suasana Masjidil Haram dari masa kesemasa silalah berkunjung ke B.L.O.G. nya ini dan sudah pasti anda akan dapat mengetahui suasana semasa Masjidil Haram dan photo2 Kaabah yang menarik....

* Buat Sdra Manzlie & Tn.Hj. Yamin, teruskan usaha pereratkan rasa cinta untuk kita dan Yang Maha Pencipta.

5 Response to Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Ayah & Umi Bertemu Rakan Blogger Manzlie-PDKM d' Makah

January 26, 2010 at 4:00 PM

Salam,
Terima kasih atas ucapan dan kenangan berserta gambar di Makkah,khusus di Safwah Hotel.Saya baru saja update en3 baru hari ini.Lama agaknya berehat dan menumpukan perhatian atas hal-hal keluarga.

Salam saya kepada umi dan ayah.InsyAllah bertemu lagi hendaknya.

January 26, 2010 at 11:28 PM

Salam ukhwah,

Terima kasih kerana ingatan dan lawatan ke blog saya.En3 terkini baru sahaja saya update semalam.Walaupun terlewat,tapi saya rasa ia ternyata banyak signifikennya.

Diharap kita adapat terus berkongsi pengalaman.Semoga Allah memberkati usaha kita bersama.

Salam saya untuk ayah dan ibu anda.Jumpa lagi nanti.

January 27, 2010 at 10:12 PM

Salam ukhuwah kami sambut dengan penuh takzim. Terima kasih atas kunjungan balas cikgu.

Insyallah ayah dan umi sentiasa mengukuhkan ukhuwah sesama insan.

Maaf lewat respon. sya sibuk uruskan segalanya.

February 6, 2010 at 11:07 PM

salam...pada 10.01.10 cikgu ade menghadiri ke PDKM gathering di Masjid Muazd Setiawangsa ....ramai dapat kenalan maya ke alam realiti...& telah bertemu dengan En Mazlie @ Cik Li

February 10, 2010 at 3:40 PM

Pada tarikh tersebut, saya tak dpt hadir atas jemputan tu kerana ada urusan lain yang menghalangnya. terasa terlepas satu ruang ukhuwah yg harmoni sesama rakan maya dialam realiti.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort