Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Showing posts with label CORETAN PENULIS. Show all posts
Showing posts with label CORETAN PENULIS. Show all posts

Wednesday, June 20, 2018

REHLATUL GHUFRAN BIL UMRAH Part II

0
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. Bertemu kita kembali.
Baiklah, saya sambung...

Seperti yang kita semua tahu, Umrah yang pertama merupakan kewajipan bagi sesiapa yang mampu. Ibadah Umrah terdiri daripada niat di miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi kaabah, saie dan tahlul atau cukur. Dalam umrah, tiada wuquf dan melontar.

Sejurus tiba di bumi anbiya' ini, kami menuju ke Bir Ali, salah satu daripada 4 miqat untuk mandi ihram, solat sunat ihram, solat zuhur dan asar secara jama takhir dan berniat ihram. saya, angah, umi ayah dan abang (Uwais) semua niat ihram. so, nampaklah ramai yang lelaki tengah pakai kain ihram. Waktu nie dah rasa macam berdebar sikit. baru tersedar yang saya dalam perjalanan untuk menunaikan umrah di Baitullah hil Haram.

selesai makan, perjalanan diteruskan. lafaz talbiah menjadi teman.

Malam itu, umrah pertama saya dibimbingi umi dan ayah. sebelum memasuki pintu baitullah, doa sentiasa meniti di bibir terutama doa  memasuki pintu masjidil haram.


Ayah pesan banyak kali, masa pertama kali tengok kaabah merupakan waktu makbul doa dan itu yang saya pegang. macam- macam perasaan ada. teruja, takut, berdebar. bibir ni terkumat-kamit baca doa di atas. saat pertama kali nampak kaabah, Alahurabbi. rasa sayu sangat. terus mata berair-air. seolah-olah rindu dengan kaabah tu datang walaupun baru pertama kali tengok. Alhamdulillah, doa saya utuk ke sini bersama keuarga terjawab juga. terima kasih ya Allah.


tawaf, saie dan tahlul. alhamdulillah selesai. lupa pulak. disebabkan perjalanan yang jauh dan memnatkan. Uwais tak buat umrah lagi. dia penat so tertidur. angah temankan dia. so, esoknya kami bergerak ke tanaim untuk niat ihram kedua dan menyelesaikan umrah uwais. kesian dia lama sangat dalam ihram. sekejap terpakai lebai, lepastu tersapu minyak wangi sedangkan itu semua larangan ihram. tapi dia dimaafkan sebab dia masih 'separa' mumaiyiz, umi kata.ya Allah adikku.




sebelum itu , pagi tu kami pergi ke perkampungan melayu di Makkah. boleh bayang tak sebenarnya ada pokok bunga kertas dan pokok limau purut kat atas tu. tapi sebelum jumpa, biasalah, kena mendaki setinggi-tingginya.. bila dah naik n turun balik, rasa macam tak percaya dah pernah panjat.

masjid kat atas nie. semua rumah kat sini bentuknya memanjangkat ats sebab tanah tak banyak.
pandangan dari atas waktu round 1 mendaki
rumah pak su
Pak su kongsi kat kami macam-macam ilmu. dia dah anggap kami macam anak-beranak dia sendiri. Ayah kata, kalau ada rezeki untuk datang sini lagi, ayah akan ajak datang melawat pak su lagi. inshaAllah. salah satu pesan pak su, dalam sehari angan tinggal sedekah. lazimi setiap hari. bukan sedekah banyak-banyak sekaligus, tetapi sikit-sikit setiap hari. lagi, pak su pesan, kat sini dan kat mana-mana pon, setiap kali berdoa, doa sungguh-sungguh dan jelas. doa betul-betul dan sebut apa yang kita nak. baru rasa puasnya berdoa.

Malam itu, umrah kedua kami, bagi menyempurnakan ihram uwais. kat sini, saya umi dan ayah belajar sesuatu. betapa penting kebergantungan kepada Allah. walaupun kita telah merancang yangterbaik. kita hanya manusia. Allah tahu perancangan yang terbaik buat hambanya. nak dijadikan cerita, umi, sya dan kak yang terpisah dengan Uwais dan ayah. kami tunggu di tempat yang dijanjikan sehingga selesai solat isyak. waktu itu, kami dah selesai tawaf. ayah kena tawaf dua kali (14 pusingan) sebab bawak uwais. ayah pun cakap nak buat tawaf untuk dia dulu kemudian bagi kat kami untuk saie sekali.



tapi, kami tak terjumpa. Uwais tak dapat dihantar untuk saie. kami dah risau. Uwais yang sebenarnya dah lembik sebab dia mendaki dengan penuh semangat pagi tadi. dia budak. jadi dia dah penat. Kami juga risau, ayah dengan asma nya yang bukan boleh dijangka.puas menunggu, kami reda dan pasrah. menunaikan saie dlam kerisauan. mata saya  tidak habis-habis melilau ke arah kerusi roda. dalam hati berdoa ada yang boleh membantu ayah. mungkin ayah saie berkerusi roda?tambahan lagi, kasut uwais dan ayah ada kat kami.

Ayah pulak. ayah sebenarnya dah tunggu awal sedikit. tapi sebab tempat tu ditutup jadi ayah pergi ke lari sekejap lepastu datang balik dekat tempat yang dijanji. Ayah kerap kena halau dengan pengawal tu sebab boleh menyebabkan kesesakan. ayah pun ambil keputusan untuk ke tempat saie. kami ada cakap nak naik skuter, jadi ayah tunggu kat situ.Uwais , bertakung mata sebab nak umi. tapi, Uwais kuat. dia tak nangis walaupun dan enat sangat-sangat. Ayah cakap, dia tak habis-habis cakap umi....umi...

Yang kami pulak tak jumpa jalan untuk ke skuter, jadi kami ambil keputusan untuk saie kat tingkat 1.

Ayah yang tak bertawaf lagi pergi juga ke tempat saie untuk menyelesaikan umrah Uwais. bila nampak naik skuter, barulah Uwais senyum. dia pun selesaikan saie dan drive skuter tu sambil mulut ikut zikir yang ayah baca untuk dia. selesai, mereka berkaki ayam keluar. Uwais cakap "Macam mana kita nak keluar nie ayah, kasut takde."Ayah pun tahan teksi. balik naik teksi.

kunci bilik pada saya. ayah pergi bilik mak ngah dan telefon kawan dia untuk cukur Uwais sebab ayah masih dalam ihram. selesai cukur, Uwais masuk bilik mak ngah, dia cakap " Mak ngah, uwais dah tengok kaabah." dan terus tertidur kat situ jugak.

Tak lama lepastu kami balik. terus peluk ayah. sepanjang perjalanan kami ada ternampak orang tak pakai kasut. terus teringat uwais dengan ayah berair lagi mata. bila tau cerita sebenar rasa terharu sangat. rasa bersalah rasa kesian. semua ada. tak sangka Allah bagi kekuatan kepada Uwais untuk dia selesaikan umrah dia tanpa umi. Ya Allah seharian tak berhenti menangis.


baiklah sambung cerita. malam ketiga, kami tak buat umrah. buat tawaf sunat je sambil naik skuter. Saje nak try. saya, umi dengan Uwais. heheh...driver berpengalaman lah yang memandu. malam itu jugak, ayah saya dan angah bergerak ke jabal nur di mana terletaknya gua hira'. ayah yang tahu kemampuan dirinya membiarkan saya angah dan kak yang sahaja mendaki. kalau ditanya kenapa daki waktu malam, jawapannya kalau waktu siang tak sanggup nak daki sebab tahu tinggi mana. bila pagi esoknya tengok rasa macam tak percaya yang semalam kami daki. Ya Allah. kita yang baru daki sekali pun dah penat, inikan rasulullah yang mendaki setiap hari. Allahu. satu info, tahu tak kenapa dipanggil jabal nur, sebab walaupun malam yang gelap gelita, jabal nur masih lagi menyala. kami mendaki tanpa perlu lampu. ini merupakan pengalaman pertama dan terakhir untuk mendaki jabal nur dan memasuki gua hira' kerana kerajaan arab saudi telah menutup kawasan ini untuk didaki dan dimasuki. pasti pengalaman ini tidak dapat dilupakan.

takde gambar sendiri. google je. lebih kuranglah. nak tahu pergi sendiri tengok real :p
Sepanjang di makkah kami ada pergi melawat padang arafah, tempat wukuf waktu haji. di padang arafah ada jabal rahmah, antara tempat makbulnya doa. tempat ini sebenarnya tempat pertemuan adam dan hawa setelah dipisahkan apabila mereka turun ke bumi.


kami ada pergi melawat mina, tengok khemah-khemah kat sana. waktu tu belum musim haji, jadi semua khemah tutup. kami pergi hudaibiyah, pergi ladang tamar dan banyak lagi.

selesai di makkah, kami akan bertolak ke madinah. alhamdulillah sepanjang buat umrah, merasalah berniat di keempat-empat miqat.

 tibalah masa untuk wida'. inilah kemuncak air mata dan perasaan sayu. berat sangat nak tinggalkan kota makkah. bukan mudah untuk ke sini semula. rasa bersyukur sangat sebab Allah masih bagi peluang untuk menziarah baitullah hil haram. rindu. memang sampai sekarang terasa rindunya. rindu nak angkat tangan berdoa sepuas hati. rindu sangat nak tatap kaabah lagi. rindu nak menangis. rindu nak dengar suara imam masjidil haram. semualah. semoga Allah merancang yang terbaik untuk kami menziarah tanah haram ini lagi. sekarang, hanya boleh melafazkan talbiah untuk mengubat rindu.

p/s: nak kongsi tips. arwah opah pesan sejak ayah kecik lagi. kalau nak pergi jadi tetamu Allah, setiap kali tengok gambar kaabah, jangan berhenti berdoa untuk pergi pada usia muda.

Tuesday, June 14, 2016

Alhamdulillah : Airmata kegembiraan hadiah utama daripada anakanda Kak Ngah 2015

0

Kenangan abadi selama-lamanya
 Alhamdulillah puji-pujian kepada Ilahi , nikmat kejayaan diperolehi menerusi saya sebagai Kak Ngah Majidah. Sesuatu yang tidak disangka dengan pencapaian terakhir sebelumnya perolehi 4A1B namun akhirnya pesanan SMS resultnya dipaparkan memperolehi apa yang kami semua idam-idamkan 5A.
menerima result di pentas utama
Dipagian hari , debaran memuncak dan ketenangan terganggu dengan 1001 perasaan. Rakan-rakan taulan juga sedemikian. Ayah yang pertama kali ingin mengetahui keputusan anak-anak muridnya di sekolah barunya juga sama. Namun tetap menenangkan saya. Usaha telah dilakukan, tawakal dan berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW itulah dijadikan azimat.

gembira bersama yang berjaya
Saya dan Ayah bergerak ke sekolah sebagaimana biasa. Kali ini Ayah tidak ke sekolah kerana ingin turut sama merasai debaran tersebut. Pabila berhimpun di dewan, wajah rakan dan ibu ayah semu yang hadir pelbagai warna-warna cerita sama berdebar.

Apa yang diingati ialah bilamana , namaku adalah nama pertama disebut mendahului rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan result. 5A itulah hasilnya. Syukur Alhamdulillah, tak terkata. Ayah dijemput bersama-sama saya menaiki pentas menerima result tersebut, kelihatan airmata kesyukuran mengalir tanpa dikawal oleh kami berdua.
Syukur...Alhamdulillah

SubhanAllah,
Alhamdulillah,
Allahu Akbar.

Tiada kejayaan tanpa usaha , tawakal dan terpenting ialah doa kejayaan daripada ibu ayah.
Terima kasih semua.

Saturday, July 25, 2015

2014, syukurku digandakan... Alhamdulillah, Ya Allah

0
Setelah menurut perintah ayah untuk berpindah sekolah ke SK Dato' Sagor, tahun inilah tahun terakhir untuk saya berada di bangku sekolah rendah. Tahun ini juga penentuan, penentuan di mana akan saya meneruskan perjuangan,menambah ilmu pengetahuan untuk membanggakan umi dan ayah yang tercinta.

Alhamdulillah, Anugerah milik Allah
Tokoh Murid SKDS 2014
Sembilan bulan juga, saya dan rakan-rakan seperjuangan bertungkus lumus, belajar dan membuat latihan untuk mencapai target kami, 5A dalam UPSR. Bukan semudah yang disangka, namun, segalanya tiada yang mustahil,kan? Kalau orang lain boleh, mengapa kita tidak boleh? Dengan keberkatan doa daripada umi ayah, guru-guru dan semua, akhirnya, Alhamdulillah, saya dapat menjawab soalan UPSR dengan tenang ( walaupun kena repeat! dikatakan bocor. ). Tak pe. Allah uji sikit je.

Selesai UPSR, bukanlah kebebasan bagi saya sepertimana rakan-rakan yang lain, saya perlu menghadiri kem Khemah Ibadah Peringkat Kebangsaan Kali Pertama ( KISS ) di Pulau Pinang. Pengalaman mewakili negeri buat pertama kalinya amat menyeronokkan dan sukar untuk dilupakan. Terbayang-bayang lagi pengalaman berkenalan dengan rakan-rakan dari negeri-negeri lain. Wakil daripada Sabah, Sarawak dan Labuan juga turut serta. Suatu yang sungguh seronok apabila dikenang semula.

Aktiviti yang sungguh mencabar seprti memegang belut, permainan sunnah iaitu memanah dan banyak lagi menambah seribu satu pengalaman yang penuh makna bagi saya. Setelah lima hari di sana, barulah saya pulang semula ke Perak.
Menerima keputusan dengan kesyukuran
Hoye! 5A

Pulang dengan kejutan teramat sangat bilamana saya yang kerdil ini dinobatkan sebagai Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor 2014, sesuatu yang sangat2 tidak diharap dan disangkakan dengan pelbagai ujian dan cabaran berada 18 bulan di sekolah ini.

Siang dan malam bersilih ganti, akhirnya tibalah tanggal yang mendebarkan, 26 november, tarik penentuan. keputusan UPSR kami bakal diumumkan. Debaran saya sampai ke kemuncak. namun, saya reda apa jua keputusan yang bakal saya terima.

Hadiah UPSR paling bermakna dengan kelahiran adinda baru
Muhammad Uzair Amir Hamzah, 27 November 2014
Alhamdulillah, doa semua selama ini Allah makbulkan, saya antara 13 orang yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Kami berjaya,5A dalam genggaman kami. Syukur saya dan keluarga tidak terkata.

Tika di Kem Sainstis Muda
27.11.2014, esoknya, berita gembira buat saudara mara, sahabat handai dan semua kenalan, Alhamdulillah, saya sekeluarga menerima ahli baru, lelaki, 8.24 a.m. Kalau diingati semula, tarikh ini merupakan tarikh lahir ayah tercinta, Amir Hamzah...( ayah ada geng ) tak payah beli hadiah banyak...hehe..Muhammad Uwais pula lahir pada pukul 7.24 a.m. Selang sejam... Kekuasaan Allah tiada tandingannya. Alhamdulillah. Muhammad Uzair, nama pilihan Umi dan Abi untuk adinda baru kami.

Percutian di Langkawi 2015
Dan Alhamdulillah, saya mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama  Kerian Tahfiz Model Ulul Albab di Gunung Semanggol.Disebabkan adanya aliran tahfiz, saya bersetuju untuk menyambung perjuangan saya di sana. Biarlah keluarga jauh di mata, tetapi terkunci rapat di hati. Jarak bukan bererti pisah kan? Lagipun ada public phone, boleh bergayut. Perjuangan untuk mencari ilmu masih belum berakhir.



Janji untuk menghafal Kalmullah dipegang. Dengan doa umi ayah sebagai semangat untuk terus berjuang. InsyaAllah kejayaan boleh dimiliki.
Bersama Adinda Majidah
di Gunung Lang, Ipoh
Sampai sini jelah dulu....nanti jumpa lagi... Assalamualaikum.
Jumpa lagi... diblog berhabuk ini... Madihah Amir Hamzah.

Sunday, September 28, 2014

Berhabuk, berdebu dan berkarat sungguh disini.

1
Perkembangan pesat dunia teknologi masakini menjadikan fokus menyampaikan maklumat kini telah beralih kepada facebook, whatsApp, telegram, tweet dan sebagainya. Maka blog yang pada suatu masa lalu sangat konsisten dan relevan menyampaikan info atau seumpamanya.

Blog Coretan Madihah dan Majidah ini juga begitu berhabuk, berdebu dan berkarat. Adminnya pula bzz pd gajet ditangan sahaja. Malam nie tergerak ayah selongkar semula blog ini.

2013 yang berlalu banyak kenangan manis dan pahit dilalui oleh saya Madihah. Keriangan bersama menguruskan adik Uwais sangat memerlukan daya kesabaran dan pengalaman berguna padaku.

Tewas ditempat ke-3 syarahan b.arab di peringkat zon 4 daerah dalam misi mempertahankan rekod johan dan naib johan sebelumnya menjadikan kenangan pahit dalam diriku.

Namun semangat dan rangsangan umi ayah untuk fokus pada UPKK maka terlupa kekecewaan itu. Alhamdulillah 8A dalam UPKK dapat digenggam.

Diriku juga terpilih selaku Johan Nilam Daerah Perak Tengah dalam kategori Bahasa Melayu seterusnya mewakili daerah ke Peringkat Negeri Perak juga. Bersaing dengan insan2 hebat telah ku cuba namun takdir tidak menyebelahi lagi masa ni.

Alhamdulillah kini 2014.
Kak Ngah Majidah merintis jalan seterusnya berjaya ke peringkat negeri Perak selaku Pemenang Johan Tilawah Al Quran Ihtifal KAFA Negeri Perak baru2 ni. Kini beliau sedang bersiap2 diri suara untuk ke peringkat kebangsaan pula.

Saya selaku kakak untuk tahun nie masih dapat ke peringkat negeri Perak dalam acara Hafazan (P) SR bertempat di Sek Men Teknik Ipoh. Walaupun gagal diperingkat ini tapi Alhamdulillah berjaya mencari butiran pengalaman berharga.

Alhamdulillah. Sama2 kita mendoakan kejayaan kita semua.

Sunday, April 7, 2013

Kelahiranmu ... Muhammad Uwais , terima kasih Ilahi : Episod 1

0
4 Februari 2013 , detik bersejarah buat keluarga kami. 10 tahun menantikan , syukur Ahamdulillah kelahiranmu , terima kasih Ilahi.

Seawal jam 2 pg , ayah dikejutkan oleh umi untuk membawanya ke hospital setelah merasai bahawa tekanan dan tanda-tanda kelahiran telah mulai ada. Pusat Rawatan Islam ar-Ridzuan , Ipoh menjadi lokasi pilihan umi sendiri. Ayah bangun sempat menunaikan solat malam 2 rakaat, lantas meninggalkan kami dirumah dalam lena diulik malam. Saya dan adik ditinggalkan tanpa sebarang pemberitahuan , namun kami pernah dipesan agar bersedia dengan sebarang apa jua keadaan.

Syukur... Alhamdulillah
Ayah memberitahu bahawa ketenangan umi membuatkan dirinya juga tenang tanpa panik membawa kereta sejauh 67 km. Umi nekad untuk merasai dan melahirkan adik kami tanpa campurtangan pihak lelaki sebagai doktornya. Dr. Raoofah bt. Amir selaku doktor pakar sakit puan di pusat ini sememangnya menjadi pilihan umi. Malah rawatan rutin bulanan pun umi bersamanya di sini.

Jam 3.30 am ayah dan umi sampai di Pusat Rawatan ar-Ridzuan, Greentown, Ipoh. Diarahkan bertenang masuk wad terlebih dahulu. Suasana tenang dini hari , umi hanya kerap berjalan mundar mandir di wad 406. Suhu dan tekanan umi pada tahap kawalan dan seliaan.

Jam menunjukkan pukul 6.30 am. Saya ter dengar deringan telefon yang diletakkan berhampiran dengan katil.Ayah berpesan supaya mengejut adik supaya mandi, solat Subuh dan bersiap untuk ke sekolah. sekitar jam menunjukkan pukul 7.00 am, kereta wan cik memasuki perkarangan rumah kami.

Wan cik membawa kami berdua ke rumah mak ngah.Pak ngah membawa kami ke perkarangan sekolah. Sebelum itu, ayah menelefon kami untuk membuat pemeriksaan. Ayah juga pesan kepada saya supaya menelefonnya pada waktu rehat.

ketika usianya 15 minit dilahirkan, Ayah azan dan mentahniknya.
Di sekolah , guru-guru sibuk bertanya fasal umi. Jenuh juga hendak menjawabnya.apabila waktu rehat, saya mengajak Shifa untuk menemani saya menelefon ayah di makmal komputer.Ayah kata umi sudah bersalin pada pukul 7.24 am dengan beratnya 3.3 kg. tak sabarnya hendak ke sana. Namun , saya tidak terlupa untuk mengucap syukur kepada Allah.

Ketika pulang, wan cik berkata yang mak ngah akan pergi ke Ipoh. ... bersambung...

Tuesday, October 23, 2012

Ulu Chepor , kami berehlah

0
Sudah lama aku tidak tulis dalam BLOG ini...ini ialah catatan yang terbaru untuk BLOG walaupun sudah lama dilakukan iaitu pada tarikh 16September 2012...aku sekeluarga pergi ke IPOH...nak tahu kami buat apa?mari lihat...

Bakar Ikan
Aku bangun pagi-pagi dan menyiapkan barang-barang untuk ke tempat itu...dalam jam 11.30 pagi kami bertolak...kmi pergi tanpa mandi. hanya gosok gigi dan basuh muka...dapat agak tak kami pergi mana...sabar ye...

Baiklah,kami telah sampai didestinasinya iaitu  AIR TERJUN ULU CHEPOR...sekarang hanya menunggu UDA kelibat UDA sekeluarga sahaja...selepas beberapa minit udapun sampai...kami mendirikan khemah dan membuat unggun api...

menyelerakan
Uda membenarkan anaknya pergi mandi air terjun...begitu juga kami...aku rasa sangat seronok...bukan senang aku dapat  mandi air terjun...di Kampung Gajah rasanya mana ada air terjun..Sungai Perak adalah...airnya dalam pula...

Ini ialah peristiwa yang paling kelakar dalam diriku...sewaktu aku mandi,aku mengajak Hanif iaitu anak uda pergi keatas sedikit...aku lupa yang uda kata kalau mandi jangan jauh sampai mereka tak nampak...sedang aku meredah air terjun yang agak deras itu,kakiku terlanggar batu yang licin...akibatnya aku tersepit dicelah batu yang besar dan menyebabkan ibu jari kakiku luka,tangan dan kakiku lebam..rasa nak nangis pun ada...akumenahan saje...

Rezeki
Aroma ikan bakar telah masuk ke lubang hidungku...he..he..perutku terasa lapar kerana terlalu lama berendam...tibalah masa untuk aku makan tengahhari...lauk nya IKAN BAKAR...jangan telan air liur ye...he..he..

Selamat Menjamu Selera ...

Thursday, August 16, 2012

Maaf Zahir Batin, Minal Eidil wal Faizin

0

Salam Aidilfitri buat seluruh yang mengenali kami. Maaf Zahir & Batin daripada kami , moga ukhuwah yang dicipta Allah kan menjadi pengikat silaturahim sesama insan. Didoakan agar setiap yang membaca akan memperolehi keberkatan Ramadan seterusnya punyai keazaman dalam kesinambungan beramal di bulan-bulan lain hendak-Nya.

Kepada mereka yang bermusafir , sama-samalah kita doakan agar diberikan kesabaran dan ketenangan berpanjangan seterusnya selamat menuju ke perhentian. Salam ta'zim daripada kami untuk semua.

Ayah

Bonda tercinta - Hjh Hindun Yeop Sohor  Kampung Gajah, Perak, kekanda2 di Perak & Bangi, Sanak saudara jauh dan dekat, Ibu bapa mertua & keluarga 15 adik beradik (Kg Pak Badol, Pasir Puteh, Kelantan) , Bapa angkat Isteri (bapa saudara & keluarga di Kuala Nal, Kelantan).

SKDS 83'-87'- SKPPU 88'- Ehya' Asshariff 89'- SMKASAS 90'-91' - Al-Ulum As-Shareiyah 92'-95' - Al-Falah 93' - SKOMK 94' - Madrasah Muhammadiah (Pondok Sg Durian) Kelantan 95'-97' - Batch 97-00 KDPM, MPI. Bangi - Batch BEMATH, OUM 04'-08'
Jemaah KPIP - Jemaah ABIM - Jemaah PAS MTD Kg Gajah, PAS Kawasan Pair Salak, Jemaah Masjid Lama Kg Gajah - Majlis Panel Penggubal Soalan Pendidikan Islam Negeri Perak, - SK Chenderong Kelubi - SK Lambor Kanan - Warga GPI Daerah Perak Tengah - Saf Panel Penulis Skrip e-Bahan BTP sejak 2004 - 2010 - Seluruh Penyelaras ICT Zon Bota - - Jiran2 Desa KPMP - Ahli Qoriah & makmum2 Kg. Gajah& Jemaah Haji Maktab 77/2009.

Doa kami untuk kita semua. Maaf Zahir & Batin
Umi

Bonda Hjh Fatimah bt. Jaafar,  Bapa Hj Zahari b. Mat Piah, 15 adik beradik lain termasuk kembar xseirasku Khalaily Zahari di Kg Pak Badol, Pasir Puteh, Kelantan. Sanak saudara dekat dan jauh, Keluarga dan adik beradik angkat yg juga sepupuku di Kg Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan,  Ibu Mertua tersayang di Kampung Gajah , Perak. Abang2 dan kakak2 ipar serta biras2 jauh dan dekat.

SKKN - SMA Padang 9, K.Krai - Team SPM 94' - Team STPM 96' - As-Shabab, K.Krai - Batch 97-00 KDPM, MPI, Bangi - Methodist Girl School, Breakfield, K. Lumpur - SK Seb. Perak - SK Selat Pulau - SK Sg Galah - Muslimat Pasir Salak Bacth BEMATH, OUM 2004-2008 & Jemaah Haji Maktab 77/2009.

Madihah & Majidah

Mak Yang sekeluarga - PASTI Nurul Iman, Kg Gajah - SK Lambor Kanan - SRA Raudatul Najah, Kg Gajah.

Wednesday, July 4, 2012

Ke Mahabbah IKIM.fm Perak 2012

0
Upin & Ipin d' Karnival Mahabbah IKIM.fm Perak
1 Julai 2012 - Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak lokasi Mahabbah IKIM.fm Perak 2012.  Saya , adik , ayah dan umi berkesempatan sama suasana mahabbah itu. Pelbagai acara diatur oleh pihak penganjur namun saya dan adik diberi kesempatan oleh ayah untuk mengambil pengalaman memasukki pertandingan mewarna bersama Upin dan Ipin. Seronok tak terkata bila ayah dan umi membenarkan untuk kami turut serta dalam pertandingan tersebut.Walaupun jarak rumah kami ke tempat itu 42 km , namun seawal pagi kami siap dan bergerak.

Kenangan bersama Kak Ati, Dj IKIM.fm Slot Kanak-kanak 
Saingan sangat hebat, kami baharu nak belajar. keputusannya 4 orang wakil dari bangsa cina telah memenangi pertandingan tersebut.

mewarna bersama

Walaubagaimanapun, kami rasa seronok. Jangan tak tahu, pada mulanya ayah suruh saya naik pentas untuk bergambar dengan Upin & Ipin , akhirnya serentak dengan itu pencarian menari serupa Upin & Ipin dicari. Lagu 'chicken dance' dimainkan, apa lagi goyang2 jugasaya dan adik. Dengan tak disangka-sangka Upin memilih saya sebagai pemenang. Gelak besar ayah, macamana saya boleh menang. Terima kasih Upin pilih saya.

Adik dengan Dj Kak Siti Rohani  
Dalam pada itu, antara lain target saya ialah mengunjungi gerai ana muslim. Saya adalah salah seorang peminat novel ana muslim. 7-8 koleksi ana muslim telah dimiliki, maka hari ini saya pilih satu lagi novel 'Ana Saaaaayaang Snow' menjadi pilihan. Saya tahu bahawa ayah tidak akan melarang saya untuk beli buku, kerana syarat yang dikenakan adalah membacanya sampai habis. Sekali lagi terima kasih ayah.

 Inilah pengalaman saya di Karnival Mahabbah IKIM.fm sambil mengenali Juruhebah radio yang selama ini hanya mendengar sahaja suaranya, akhirnya dapat kami bersua muka dengan mereka terutama Kak Ati , Kak Siti Rohani & Dj Erwan.  Moga bertemu kembali dengan karnival macam ini lagi. Terima kasih semua.

Tuesday, May 15, 2012

Alhamdulillah, langkah pertama kini bermula kembali 2012.

0
SABTU, 12 Mei 2012 suatu tarikh yang dinanti-nati dengan debaran saya untuk mempersembahkan usaha saya bagi Pertandingan Syarahan Bahasa Arab , Intifal KAFA Peringkat Daerah Kampung Gajah. Bertempat di SRA Manabil lil Ulum, Kampung Pasir Salak telah diadakan Ihtifal KAFA Peringkat Daerah Kampung Gajah untuk kesekian kalinya.
sedang bersyarah
Sekali lagi saya diberi tugas untuk mewakili SRA Raudatul Najah, Kampung Gajah sebagai peserta Syarahan Bahasa Arab. Namun kali ini , saingan hebat telah dapat dirasai menerusi 10 peserta lain. Alhamdulillah setelah ditenangkan oleh umi dan ayah serta doa dari insan disekeliling , maka saya cuba yang terbaik. Dengan usaha kali ini Allah pinjamkan kejayaan sementara untuk saya dibenarkan ke peringkat seterusnya.

Menerima hadiah dari Pegawai Tadbir Agama Kampung Gajah

2 mata mengatasi saingan ditempat kedua, membuktikan bahawa saya perlu berusaha lebih lagi. Apa yang pasti ketenangan amat penting bila membuat persembahan tersebut. Terima kasih umi, ayah, semua asatizah , ahli keluarga  dan sahabat - sahabat kerana doa kalian untuk kajayaan saya ini.

Doa berterusan mohon dilafazkan untuk saya terus tawaduk dan berjaya di peringkat seterusnya kelak. Sebarang kata-kata semangat adalah pemangkin kejayaan saya didunia dan akhirat.

Thursday, April 5, 2012

Syukur, dan akan terus mencuba lagi

0
Alhamdulillah, tanggal 31hb Mac 2012 yang lalu, saya telah mewakili Zon Bota ke Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2012. Saya menyertai pertandingan Hafazan Juzuk 30 (Rendah). Sebelum pada itu , saya telah memperolehi Johan Peringkat Zon Bota yang menampilkan 16 buah sekolah.

Kali ini mencuba nasib peringkat Daerah Perak Tengah. Namun sebagaimana jangkaan , saya gagal menjawab satu daripada 6 soalan yang dikemukakan oleh Hakim Fatih. Maka bersandar dengan itulah saya bersyukur dengan hanya memperolehi tempat kedua secara keseluruhan.
Pengumuman keputusan dibuat oleh ayah saya sendiri selaku Pengerusi Jemaah Hakim Daerah Perak Tengah. Pasrah dan akur dengan keputusan hakim yang muktamad.

Selesai sahaja majlis tersebut, ayah , umi , saya dan adik dibawa oleh ayah ke satu majlis kenduri selebriti Imam Muda Hassan di Kg Sungai Wangi, Ayer Tawar. Seronok melihat sendiri pasangan tersebut yang telah diijabkabulkan pada bulan sebelumnya. Manis dan segak kedua-dua mereka. Tahniah dan syabas buat Imam Muda Hassan & Ustazah Ulfa. Kami berkemsempatan bergambar dengan mereka.

Moga rumah tangga yang dibina oleh Imam Muda Hassan dan kita semua kelak memperolehi rahmat disisi-Nya.

Saturday, March 24, 2012

Umi & Bunga Tulip

0

Namun kami sempat singgah di Tanah Rata , Cameron Highland untuk melihat sendiri Eddible Garden disana. Sedang asyik membelek taman bunga disitu, kami terserempak dengan sekumpulan kecil bunga tulip yang original. Umi amat teruja , sambil menjerit.
Kami sangat memahami kerana itulah idamannya selama ini bagi menyaksikan flora tersebut dengan kaca mata sendiri. Gambar dan replika kuntum plastik sudah biasa ditemui.

Apalagi , handphone berkedip2 mencari sudut terbaik gambar bunga tersebut.
Bukan semua tempat dan masa boleh hidup bunga berkenaan. Ini peluangnya untuk menikmati bunga tersebut. Kepuasan dihati umi jelas kelihatan, hingga sukar nak ajak balik... samalah macamana kami juga bertemu dengan Rumah Arnah, yang mana puluhan arnab bebas bermain dalam satu kawasan yang cantik. Terima kasih ayah.

Monday, December 12, 2011

Coretan Musim Cuti Sekolah 2011

1

Rombongan sekolah ke Sekitar Melaka


Di Zoo Melaka
SRA Raudatul Najah, Kampung Gajah bawa saya ke Perlis sebagai hadiah kemenangan saya dalam Syarahan B.Arab di Peringkat Negeri baru-baru ini.

Kenangan di Pesta Buku AinMaisarah, Taman Tasik Titiwangsa

Jatuh hati hidangan Nasi Arab Saba Restoren, Cyberjaya

Ketibaan Tok Abah & Nek Mi dari Makah al-Mukaramah

"Sebaik kesenangan wanita solehah"



Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah, kejayaan diraih selaku Johan Syarahan B.Arab & Nasyid, Majlis Ihtifal KAFA Negeri Perak 2011

1
Meraikan kejayaan bersama

23 OKTOBER 2011, bersamaan 25 Zulkaedah 1432 sejarah tercipta buat diri kakak dengan dinobatkan selaku Johan Syarahan Bahasa Arab Peringkat Perak sempena Majlis Ihtifal KAFA Perak 2011. Ianya telah berlangsung selama 3 hari 21-23 Oktober 2011.

Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Perak ini adalah yang ke-19 tahun diadakan. Pelbagai acara dipertandingkan dalam tempoh 3 hari berlangsung tersebut. Namun bagi acara Syarahan Bahasa Arab & Rawi Marhaban , kali pertama dipertandingkan. Umi menawarkan diri selaku guru pengiring, mengiringi kakak menginap di Sek Menengah Agama Raja Perempuan Taayah, Ipoh. Undian giliran menentukan kakak pada peserta ke-8, iaitu terakhir ke pentas.

sedang berjuang dalam persembahan Syarahan B.Arab

Pada awalnya, kakak gemuruh juga untuk berhadapan dengan pesaing-pesaing hebat. Maklumlah usia 9 tahun berdepanan dengan 11 dan 12 tahun yang jauh lebih berkeyakinan, namun alhamdulillah setelah dapat ditenangkan oleh umi, ayah, & opah maka segala-galanya berserah pada Allah. Tenang dan bersahaja persembahan pada kali ini, dan ianya memberikan harapan setidak-tidaknya menjadi di kedudukan 3 terbaik.

Debaran

Majlis penutup diadakan di Sek Izzudin Shah , Ipoh dengan disempurnakan oleh YB Najmuddin Alias, wakil Menteri Besar Perak. Ketika mana pengumuman dibuat, debaran memuncak. dan alhamdulillah kejayaan diperolehi dengan nikmat yang tidak terhingga. Terima kasih semua.

Menerima hadiah

Nasyid

Bagi acara Nasyid Kategori Lelaki pula, 2 orang sepupu kakak , Azizul Adha & Azizul Hanif telah berjaya merangkul Juara juga. Mewakili kumpulan yang diberi nama 'Shoutul Ummah' Kegembiraan ini disambut bersama keluarga dan opah yang sentiasa mengikuti, mendoakan kejayaan kami.

Moga kejayaan ini memberikan pengalaman dan pemangkin untuk terus maju dalam bidang yang diceburi. Berikut secara ringkas keputusan pada hari tersebut :-

Syarahan Bahasa Arab (L)
1. Abdullah Azam b. Abdul Fatah (Teluk Intan) - 85%
2. Md Mahfuz b. Zamri (Bidor) - 78%
3. Ad Ikhwan Helmi b. Nordin (K.Kangsar) - 74%
4. Md Hayat Aziz b. Nik Wan Megat (Selama) - 72%

Syarahan Bahasa Arab (P)
1. Madihah bt. Amir Hamzah (Kampung Gajah) - 86%
2. Nursyazwana bt. Shaharom (Ipoh) - 84%
3. Nurul Iman bt. Muhd Rizal (K.Kangsar) - 83%
4. Nur Atiqah bt. Asan (Selama) - 77%

Nasyid (L)
1. Shoutul Ummah (SRAR al-Ummah, Chemor)
2. Nur Wildan (SRAR An-Nur, K.Kangsar)
3. Humaira' Mumtaz (SRAR Al-Ammar, Bagan Serai)
4. Shoutul Ummah (SRAR Seri Al-Ummah, Manjong)

Nasyid (P)
1. Zahratun Humara (Changkat Lada, Kg Gajah)
2. An-Najwa (Selama)
3. Shoutun Najihan (K.Kangsar)
4. Shoutul Umairah (Ipoh)

Tilawah (L)
1. Nor Adzli Fitri b. Md Isa (Parit Buntar)
2. Ad Luqman Nurhakim b. Azhar (Sungai Siput)
3. Md Hareez Imran b. Md Hamizon (Slim River)

Tilawah (P)
1. Nurhazira Nabila bt. Md Kamel (Ipoh)
2. Nurul Syafiqah bt. Mat Isa (Taiping)
3. Nur Alia Amani bt. Sulaiman (Gerik)

Hafazan (L)
1. Md Syaqiq al-Azidi b. Abd. Razak (Taiping)
2. Md Hariz Hazmi b. Hassan (Pengkalan Hulu)
3. Md Salahuddin b. Md Fauzi (Teluk Intan)
4. Md Shouqi b. Sofian (Batu Gajah)

Hafazan (P)
1. Humaira bt. Mohd Hatta (Kamunting)
2. Hannah Balqis bt. Zainuddin (Kuala Kangsar)
3. Shasha Najihah bt. Saiful Adli (Manjung)
4. Anis Raudah bt. Azin (Batu Gajah)

Acara-acara lain :-
Syarahan Bahasa Melayu, Seni Khat, Marhaban Rawi, dan Bercerita kisah dari al-Quran.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort