Jadual berkumpul semula menantikan pergerakkan bas ke Kota Makkah disusun atur dengan begitu sistematik oleh pihak Muassasah lantikan Tabung Haji Malaysia. Ayah , umi dan kumpulan maktab 77 bergerak dengan penuh rasa pilu meninggalkan bumi gersang 'Mina' menuju Kota Barakah.
Perjalanan mereka sangat lancar, jika sering kedengaran pelbagai masalah kan timbul untuk sampai ke hotel Makkah. Pernah diceritakan sehingga mengambil masa 8-12 jam dan ada juga diceritakan sehingga mengambil masa seharian dengan perjalanan yang hanya sekitar 21 km. Namun menurut umi dan ayah , perjalanan mereka hanya mengambil masa 45 minit ke sejam sahaja. Alhamdulillah.
Rehat yang cukup diperlukan dan dalam masa yan
g sama Kaabah sememangnya beg itu padat ketika ini kerana kebanyakkan jemaah haji tertumpu untuk menyelesaikan Rukun Haji seterusnya ialah Tawaf Ifadhah (Tawaf Haji). Ayah dan umi mengambil keputusan untuk menyelesaikannya diwaktu malam.
Ruang maghrib dan Isyak. Bezanya kali ini adalah ketika mana tawaf dilaksanakan ayah dan umi telah pun selesai Tahalul Awal. Maka tawaf kali ini dikerjakan dengan lengkap berpakaian kemas (jubah) kerana kain Ihram telah pun dibuka setelah lontaran Jamrahtul Qubra 10 Zulhijjah tempohari.
Keputusan diambil untuk mengerjakan tawaf di tingkat 3, Masjidil Haram. Beza melakukan tawaf tingkat 1, 2, dan tingkat 3 dikongsikan bersama.
Tingkat 1
- Paling seronok kerana kita dapat hampir dengan kaabah
- Perjalanan tawaf menjadi singkat. Jika situasi tidak padat , kita hanya mungkin mengambil masa sekitar 20-30 minit sahaja untuk 7 pusingan.
- Namun bilamana waktu puncak (musim haji @ akhir Ramadan) 7 pusingan tersebut mungkin akan mengambil masa lebih 1 jam dan pergerakkan sangat perlahan dan padat.
- Kita akan merasai betapa Indahnya kebesaran ALLAH.
- Zon paling sendat ialah antara rukun yamani ke penjuru hajarul aswad.
- Tenang dan seronok tak bersempit-sempitan.
- Hati mudah mengawal rasa marah dan dalam masa yang sama tarbiah hati penguat untuk terhalang nak marah.
- Perjalanan 7 pusingan mengambil masa 45 minit - sejam. itu sudah pasti kerana jarak pusingan yang agak jauh.
- Kabaah masih dapat diperhatikan jelas disisi kita.
- Lokasi Murid2 tahfizul quran di tingkat ini dari Asar ke Isyak. Sangat terharu untuk menyaksikannya.
- Namun halangannya adalah jumlah tiang yang menyokong struktur masjidil haram memungkinkan kita sering terbabas haluan. Tapi yang pasti panduan dan pedoman terlalu banyak.
- Tenang, tiada banyak tiang.
- View kaabah yang jauh.
- Pergerakkan lancar namun mengambil masa 50 minit ke sejam perjalanan untuk 7 pusingan bagi orang muda.
- Dapat sesekali melihat Indahnya umat Islam beribadat dengan tawaf tanpa berhenti kecuali solat fardu dijalankan.
- Angin dan udara agak kaut ditingkat ini.
Alhamdulillah, ayah dan umi dapat selesaikan akhirnya pada kira2 jam 8 malam. Sujud syukur mereka pada yang Maha Esa. Sejurus itu berakhirlah tempoh penuh ihram dengan bertahalul thani.
....coretan bersambung....
No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj : Episod 20 : Tawaf Ifadhah"
Post a Comment