Kenangan bersama
Kami sekeluarga seringkali dapat melihat ayah bila pulang dari sekolah, maka laptop adalah temannya untuk meninjau perbincangan bagi setiap apa yang dirancangkan. Hasiln
ya pada 26-27 Febuari 2011 , maka pertemuan tersebut direalisasikan. Namun kami sekeluarga merancang untuk pergi bersama akhirnya tidak kesampaian. Berat dirasakan oleh ayah bilamana terpaksa meninggalkan saya dan umi tercinta atas faktor kesihatan umi. Ayah bersama adik Majidah hadir bersama sahabat-sahabat ayah ke Felda Residence Trolak.
Diceritakan semuala oleh adik, bermula dengan sesi penyembelihan dan melapah kambing di Rumah auntie Aza Sg Kerang. Mereka berkerjasama memastikan kambing yang menjadi santapan ketika bbq malam nanti sedap. Bagi sahabat ayah yang lain, mereka berkumpul dan membanting tulang ke Felda Trolak Timur untuk menyiang ikan pula.
Suasana menjadi riuh rendah bilamana sahabat-sahabat ayah berkumpul dan anak-anak mereka masing-masing menunjukkan bakat. Adik Majidah pun tak kurang hebatnya, sifat adik yang rapat, mudah didekati maka sekejap sahaja dah dapat kawan baru.
Malam harinya , mereka berkonvoi menuju Felda Trolak Timur kira-kira 20km dari lokasi penginapan. Teratak Bonda auntie Tini menjadi sasaran. Acara dimulakan dengan Tahlil ringkas dan doa selamat diketuai oleh ayah kami sendiri. Seterusnya sesi bakar membakar (bbq) hidangan utama ialah kambing, ayam, ikan, sosej, jagung dan bebola ikan. Makan sekenyang-kenyang sambil keriuhan bergema hinggakan jiran tempatan menutup rapat pintu rumahnya. Sesi bertukar-tukar hadiah juga diadakan dan ianya menjadi tanda rapatnya ukhuwah yang selama ni terpisah. Pulang ke Felda Residence dengan kekenyang. Alhamdulillah.
Solat Subuh berjemaah bersama penghuni lain disamping mendengar tazkirah tentang 'Topik : Adab Berkerja Suatu Ibadah' disampaikan oleh Ust Halim dari Sungkai. Tapi, sahabat-sahabat ayah yang lain mendengar dan menghayati kuliah tersebut menerusi corong surau. Inilah kecanggihan surau residence tersebut. mmmmm....
Mini sukaneka diadakan setelah sarapan. Pelbagai acara dan hadiah disediakan. Masyallah telatah ibu ayah dapat dipertontonkan oleh anak2 masing. Paling mencuit hati ialah acara bungkus mayat hidup. Tengok gambar terasa nak guling-guling je.Hari ini setelah sukaneka, beberapa sahabat ayah yang lain turut serta bersama untuk bertemu di Hot Spring Sg Klah.
'Menjejak Ukhwah Hadirnya Barakah'
Laman FB menjadi lokasi tumpuan setelah mengakhiri program , dengan mengabadikan memori 2 hari tersebut. Komen dan senda gurau yang menjadi pengikat ukhuwah bersama dapat sedikit sebanyak menghilangkan tekanan kerja ayah dan sahabat2nya yang sememangnya antara insan-insan yang sibuk dalam jadual seharian mereka. Insyallah nextime, saya dan umi tidak akan terlepas lagi program ayah seumpama ini.Makan tengahari dan enjoys mandi manda bersama di hot spring menjadi acara terakhir pertemuan ini.
Terima kasih ayah yang sudi berikan hadiah untuk kakak , suatu hadiah yang tidak pernah disangkakan. Walaupun suatu ketika dulu , ayah memang berjanji untuk saya memilikinya. Ayah yang memang minat dengan semua jenis RC, memiliki Heli T-Rex250 RC hebat kini untuk kami 4wd RC Drift Car. Inilah ayah kami bilamana keluar rumah kursus, bengkel dan program lama, maka pulangnya pasti mengingatkan dengan sesuatu untuk kami sekeluarga.
No Response to "Bersama ayah @ Reunion al-Ulum"
Post a Comment