Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Monday, October 26, 2009

Rapat Ukhuwah Melalui Ziarah

0

Sesuatu yang mengembirakan ayah dan umi pada minggu ini 24-25 Okt, apabila mengetahui adik2nya akan hadir ke teratak kami. Pada jam 7.30 pg sabtu lalu, kami sekeluarga berpeluang mengutip durian di dusun tepencil Mak Ngah. Lokasinya ialah Kg Pulau Pachat kini diberi nama Kg. Pulau Tiga Kiri. Alhamdulillah , rezeki kami kali ini amat bertuah. Sejumlah durian telah dapat kami kutip bersama Mak Ngah, ayah, umi dan kak aishah. Dusun ini sebenarnya telah dipajak oleh seseorang namun pada pagi Sabtu akan dikutip sendiri oleh Mak Ngah, kami hanya menumpang, maklumlah dusun kami tiada dusun lagi.

Petangnya umi bertungkus lumus didapur al-maklum adik2 nak maghri. Ayah pun begitu , nampak kegembiraannya mengemas umah kami agar kelihatan terurus. Cik Zarul dengan ceritanya tersendiri, dari exit tol Tapah sudah mula tersasar perjalanannya, hingga menuju Tanah Rata kemudian langkap dan Teluk Intan. “usaha tangga kejayaan” kata ayah.

Pada malamnya umah kami meriah. Hadir bersama Cik Zarul, Cik Su & Tsaqif Muzafar, Cik Kar, Cik Asha & Fatin, Cik Na dan Afif Bashir , Afnaf bersama sikembar Arfan & Afnan dan juga turut hadir Cik Ebi (still single lagi) kot le. Makan durian terma utama hasil dari kutipan rezeki kami dipagi hari tadi. Meriah dan riuh suasana di rumah kami. Alhamdulillah syok berkumpul eratkan silaturahim agar terhindar segala sifat terkeji sesama keluarga. Ini sesuatu yang dituntut dan matlamat ayah dan umi sendiri. Sememangnya sebelum ini umi terasa terasing dengan keakraban sebagai seorang adik dan juga kakak kepada 13 adik-adiknya yang lain, almaklum umi dibesarkan di Kuala Nal bersama Tok Ayah adik2nya lain di Kg Pak Badol. Ayah begitu bersungguh menyatukan mereka semula agar tiada halangan sesama adik2 iparnya. Moga keazaman ayah umi akan membawa keberkatan.

Pagi Ahad ini pula, Mak Ngah mempelawa kami semua untuk sekali lagi memperolehi pengalaman mengutip durian di dusun. Ayah ada bagi tahu kami beliau mahukan adik2 iparnya berpengalaman mengutip durian di dusun. Kalu Badrol , Lim , upin dan ipin bersungguh mengikut Raju dan kereta lembunya untuk ke dusun Tok Dalang seterusnya menunggu durian dalam filem Geng Pengembaraan Upin & Ipin. Inilah yang dilalui bersama kami pada hari ini, cuma tak lah sampai jumpa hantu durian. Cik Kar dan Cik Na sangat bersungguh mengali pengalaman ini termasuk sepupu kami. Sekali lagi rezeki amat bertuah memperolehi lebih dari pagi sebelumnya. Alhamdulillah.

Sejurus itu , ayah bawa kami semua ke Resort Pasir Salak. Disini ada kolam renang, namun pada kebiasaannya orang luar yang tidak menginap di resort hanya dibenarkan untuk mandi di kolam tersbut pada jam 2 ptg keatas hari Ahad & Rabu sahaja. Namun pagi ini Ayah ‘adjust’ Pengurus Operasi Resort En. Shahiril atas tiket Ahli KPMP maka kami dibenarkan untuk terjun di kolam renang tersebut. Apalagi tiada bertangguh lagi 2 jam 45 minit kami berendam. Pucat, biru, terketar2 , merah mata dan malas nak naik ragam kami semua. Alhamdulillah syukur kami dengan peluang ini bukan sekadar dapat mandi , malah kami juga dapat bonus makan bihun dan mee goreng yang disediakan oleh Pihak Pengurusan Resort Pasir Salak. Terima kasih sekali lagi rezeki dari Allah. Seketika selepas itu ayah bawa mengunjungi bengkel pembuatan labu di Kg. Tanjung Bidara 3 km dari Kg. Gajah. Mereka memborong beberapa ligasi disitu sebagai kenangan percutian.

Jam 3 petang kesemua mereka pulang ke destinasi masing2 dengan seribu kenangan hendaknya. Bagi ayah dan umi moga ziarah mereka semua kerumah kami menjelang sebelum menjadi tetamu ALLAH ini akan membawa jutaan kerahmatan di rumah kami. Semua rezeki dari dusun dibawa pulang. Moga sedara2 kami ini seronok dan selesa dirumah kami. Ayah sangat bersar hati buat seluruh adik2 iparnya yang sudi tido kat rumah kami yang seadanya ini.

No Response to "Rapat Ukhuwah Melalui Ziarah"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort