Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Saturday, October 10, 2009

Aidilfitri '09 kami - Part II (Kelantan)

0
Alhamdulillah setelah seharian beraya di Perak, raya ke -2 kami mula bergerak pulang ke Kelantan. Sememangnya tahun ni dikhabarkan bahawa giliran beraya adalah di Kelate, namun kerana ayah bertugas pada pagi Raya pertama ini, maka umi pasrah dan redho akan ketentuan tersebut. (Terima kasih Umi).

Perjalanan di pagi Raya ke-2 lancar sahaja. Kami terus menuju destinasi pertama di Kuala Nal menyusuri Cameron Highland. Beraya dibeberapa buah rumah sekitar kampung K.Nal.


Keesokan harinya kami menunggu team 'Pak Badol' termasuk Tok Abah & Nek Umi untuk beraya bersama di Kg. Pasir Kelang. Pengalaman beraya disana menarik, setelah 8 tahun ini kali pertama kami beraya disana. Starting kena naik bot (kat sini panggil tu feri), pas tu naik Hilux 4wd sejauh 10km dan baru sampai destinasi dituju. Kami beraya di Umah Tok Long Umi sambil mandi2 sungai gitu. Malam tu terus ke pulang ke Kg Pak Badol, Melor.

Pada Raya keempat ini pula xberaya mana, dok umah main ikan. Ini kalu nak story panjang. So pendeknya, PDA ayah terkorban hari ini dek kerana khusyuk mengalihkan ikan patin dari satu sangkar ke sangkar yang lain. Sedang asyik kakak dan adik memancing dan memperolehi ikan setiap kali letak umpan, (al-maklum pancing dalam sangkar ikan) syok betoi, ayah terjun bersama PDA nya kerana membetulkan ikan patin yang tersangkut dijaring. Setelah 10 minit berlalu mengalihkan ikan dari dalam kolam, baru ayah sedar bahawa PDA nya ada bersama. Apalagi pasrah aje le dia..... redho ajelah, tiada kata dilontarkan malah sedah ketentuan ALLAH kata ayah itu kesudahan alat yang banyak membantu ayah seharian. Namun kami enjoy sungguh petang tu, umi yang xdapat2 ikan walaupun pancing dalam kolam akhirnya dibantu ayah, umpan umi berjaya dipagut oleh ikan keli yang beratnya sekati kot. apalagi 4 hari umi tak habis ceritanya pada semua orang hihihihii.

Kami mengucapkan terima kasih kat Cik Lie (Khalaily) yang bertungkus lumus mengusahakan sangkar dalam kolam tersebut hingga membuatkan kami dapat hasilnya. Moga Aidilfitri 2009 ini akan mempereratkan lagi ukhuwah kekeluargaan kami disamping terus berdoa untuk istiqomah menjadi HAMBA ALLAH yang BERSYUKUR......

No Response to "Aidilfitri '09 kami - Part II (Kelantan)"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort