Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Sunday, August 9, 2009

Merasai Yang HALAL & meyakini 100% keluaran Empayar RFC

0
7 - 8 Ogos 2009, kami sekeluarga telah berpeluang bergerak ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia, Perak - Bertam, Kepala Batas - Empayar Radix, Sg Petani - Kg. Gajah. Setelah selesai urusan 'plan masa depan' di Bertam, Kepala Batas , kami bergerak ke Sungai Petani. Sewaktu perjalanan ke Sg Petani, Umi sentiasa membisikkan agar ayah membawa kami ke RFC di sana. Ayah cool je, InsyALLAH katanya. Namun setelah menyusuri plaza Tol Sg Petani Utara kami terus menuju ke Laguna Merbok rumah Pak Ngah Azman & Makcik Ana.

Dalam situasi perut kelaparan terkawal, Pak Ngah Azman & Makcik Ana mempelawa kami untuk bergerak ke bandar mencari selera malam. Sepanjang perjalanan disajikan 'empayar HPA' yang sangat mengagumkan. Malam ini 'Radix Oriental Cuisine' ROC menjadi pilihan Pak Ngah memperkenalkan selera mereka kepada kami. Memasuki premis tersebut sangat menerujakan kami, bukan 'perrak' tapi bangga pengusaha Muslim menerajui restoren ini dengan pemakanan yang 100% HALAL dan diyakini. Menu dan suasana semacam restoren ala-ala cina memungkinkan kami berselera menjamah makanan.

Keesokannya pula (Sabtu) kami dibawa ke RFC Laguna Merbok. Sekali lagi perasaan bangga kami apabila selama ini KFC tiada saingan namun kemunculan RFC adalah pilihan TEPAT buat kita orang Muslim yang diyakini 100% keHALALannya. Ini suatu yang perlu diambil perhatian buat kita dalam mendapatkan yang HALAL daripada yang TERBAIK. Sesungguhnya Empayar HPA adalah usaha yang sangat BAIK buat kita umat ISLAM seantero Malaysia. Moga ianyakan berkembang pesat ke bandar-bandar besar lain kelak.

Apa-apa pun TERIMA KASIH bebanyak buat PakCik Azman & Makcik Ana yang sudi menjadikan cuti hujung minggu ini melayan adik, kakak, umi & ayah. InsyALLAH kami akan sampai lagi.

No Response to "Merasai Yang HALAL & meyakini 100% keluaran Empayar RFC"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort