15 Ogos 2009, setelah persiapan dilakukan seminggu dua ni, Alhamdulillah kami berjaya menganjurkan Kenduri Kesyukuran di Teratak Baitul Hikmah, Desa KPMP, Kg. Gajah. Jemputan adalah sekitar ahli keluarga, jiran tempatan, kenalan rapat, rakan setugas dan mana2 yang bertembung sehari dua ni.
Bermula pada jam 1230 tghri, ayah mengetuai bacaan Yasin , Tahlil dan doa selamat. seterusnya menjamu selera dengan memenukan ayam kari HPA, udang petai, gulai keladi dan ulam ulaman.
Alhamdulillah sekitar 88 orang telah HADIR dalam jemputan hari ini walaupun kenduri disekitar kawasan setempat amat banyak. Terima kasih kepada jemputan.
Namun kehadiran Makcik Na yang 1st time drive solo bersama anak2 dari Ipoh amat mengharukan. Semangat dan nekad mereka sekeluarga tanpa ayah mereka akhirnya mereka hadir bersama walaupun jam500 ptg baru tiba.
Sememangnya AGENDA siang bacaan yasin , tahlil dan doa selamat , namun ayah juga menganjurkan 'Solat Hajat berjemaah sesama keluarga' diadakan disebelah malam. Uda Aziz menjadi khalifah Yassin dan ayah menjadi Imam Solat Isya' & Solat Sunat Hajat.
Dalam masa yang sama sebenarnya malam ini adalah malam sambutan ulangtahun ke-7 saya, Kakak Madihah. Disamping Kakak diraikan, sikembar Afnan & Arfan juga dinyanyikan bersama 'Selamat Hari Jadi'..... Kakak diraikan oleh Wanchik Azizah yang sanggup membeli kek birthdaynya. Disamping hadiah dan doa yang dipersetujui Kakak mengucapkan jutaan terima kasih diatas celebration seumpama ini.
MOGA UMUR MENINGKAT SEJAJAR DENGAN ILMU YANG DIMANFAAT
No Response to "Menjamu Diambang Ramadan di rumah baru....."
Post a Comment