Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Tuesday, October 18, 2011

Tok Abah & Nek Mi Doakan Kejayaan Madihah di Makah...

0
Setelah 2 tahun ayah dan umi melaksanakan tuntutan rukun ke-5, alhamdulillah berkat doa dan usaha ahli keluarga maka tahun ini Tok Abah & Nek Mi pula menjadi tetamu Allah mengerjakan haji. Bulan ini , bulan yang paling padat untuk ayah dan umi, mana tidaknya setiap minggu kami keluar bermusafir atas urusan keluarga yang pelbagai.

Oktober minggu pertama, Pak Long & Mak Long mengahwinkan anaknya Kak De (Kak Farahanim) di Ipoh. Kami semua keluarga sebelah ayah menginap 3 hari 2 malam di home stay, Ipoh. Penghargaan kahs buat umi tersayang dengan hasil tangannya maka pakaian kami selaku 'Muslimah Girl' menjadi kenyataan. Cantik dan angun pakaian yang dijahit sendiri oleh umi. Manakala seminggu selepas tu, kami pula bersama rombongan menghantar mempelai ke Klang, dan kali ini kami menginap di Cystal Crown, Klang.

Pada malam harinya pula , Pak Lang (Razak) bermurah hati membelanja kami ikan bakar Tanjung Harapan bersebelahan muara dan Perlabuhan Klang. Hampir RM1000 jua malam tu saja , dengan 10 hidangan terbaik. Syukur alhamdulillah, sememangnya Pak Lang seorang yang pemurah , nama pun Abdul Razak.

Keesokkan harinya, keluarga sebelah ayah bermesyuarat infaq kali ke-12. Pelbagai program diatur bersama kesepakatan dan keakraban begitu kuat sesama mereka. Kami tumpang dengor je sambil dengan itu , meraikan adik Majidah menyambut ulangtahun kelahirannya ke-8 kek buatan Mak Lang, terima kasih semua. Jam 1230 pm rombongan pengantin mula bergerak.

Oktober 14 2011 pula, sekali lagi kami bermusafir ke Lembah Klang & Putrajaya. Kali ini misi keberangkatan Tok Abah & Nek Mi ke Makah. Ayah dan umi ditugaskan untuk menyelenggara kelengkapan haji mereka. Berdasarkan pengalaman yang mereka miliki. Memang agak kelam kabut kami lihat ayah dan umi , hinggakan saat-saat akhir pun terpaksa ke kedai untuk persiapan akhirnya. Namun kami berbangga punyai sanak saudara yang sangat prihatain dan bekerjasama memastikan hasrat Tok Abah & Nek Mi pergi. Kewangan, kelengkapan barangan, fasiliti, persiapan dokumen dan lain-lainnya.

Inilah dinamakan kerjasama. Walaupun Tok Abah dan Nek Mi ini melangkah ke Makah dengan tiket selaku pembantu warga mas iaitu Nyang Su, maka ilmu dan perbincangan bersama ustaz2 dan ayah sendiri diharap menjadi bekalan berguna buat mereka semua.

Terharu dan titisan airmata jelas sesekali membasahi wajah mereka, saya sempat memohon doa untuk kejayaan dalam pertandingan Syarahan B.Arab peringkat seterusnya yang akan berlangsung pada 23.10.2011 ini. Permergian Tok Abah dan Nek Mi ke Tanah suci diiringi doa agar haji mabrur akan diperolehinya amin.

Malam sebelumnya sempat ayah dan umi melarikan diri untuk jemputan ke rumah adik angkat ayah terakhir menemuinya pada 1995 lalu. Kini Bandar Seri Mahkota lokasi dituju. Beliau merupakan salah seorang pendidik di SK Bandar Seri Mahkota dan juga penulis novel. Hingga kini 4 buah novel telah dapat dihasilkan dan Laila Kamalia nama penanya menjadi pilihan. http://lailakamilia.blogspot.com , terima kasih atas jemputan dan layanan makam malam tersebut kepada auntie Ina & uncle ady.

Ini adalah diantara perjalanan kami sekeluarga dalam bulan Oktober dan masih belum terhenti lagi kerana perjalanan masih ada lagi seminggu dua nie... kini persiapan akhir untuk saya ke Ipoh. Doa ayah umi dan kalian penguat saya untuk terus berjaya, Insyallah.

No Response to "Tok Abah & Nek Mi Doakan Kejayaan Madihah di Makah..."

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort