Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Friday, June 10, 2011

Cuti Sekolah & Pengalaman 6/2011 : Episod 1

0
Alhamdulillah, cuti sekolah hadir kembali. Sebagaimana biasa bagi ayah, cuti sekolah diperuntukkan untuk kami pulang ke kampung halaman umi di Kelantan. Namun pada percutian semester ini, kami terpaksa mengikut jadual ayah jua. Mana tidaknya , seawal cuti ayah ada exam bertulis dan beberapa tugasan khas di Masjid Lama , Kampung Gajah ini.

Kesempatan terluang, saban malam kami akan mengikut ayah dan umi ke Masjid Lama, Kampung Gajah. Pengajian berterusan antara waktu Maghrib dan Isyak di masjid ini menjadikan kami dan para jemaah lain seronok menuntut ilmu bersama. Pelbagai tajuk dan bidang dikupas dan disyarahkan berdasarkan Islam menerusi syariat yang telah dinukilkan dari kitab bacaan kami. Aqidah, Fekah, Muamalat, Munakahat, Jinayah, Tafsiran al-Quran dan Hadis Nabi, Faraoid (Pembahagian Harta Pusaka) dan sebagainya menjadi hidangan pengajian di masjid lama ini.

Pada malam ini (30.5.2011) kami bersama ayah dan umi sepertimana biasa ke masjid, dan pada kali ini jadual pengajian ialah Kuliah Umum Sdra Hakim b. Loqman atau lebih dikenali sebagai Bob Loqman (bekas juri Raja Lawak , pelakon & penulis lirik 'Isabela' nyanyian Amy Search). Ayah menjadi imam solat maghrib dan seterusnya menjadi Pengacara bagi kuliah jemputan khas malam ini. Saya merasa teruja , mendengar pengalaman Abang Bob tu , hingga diakhir kuliah saya meluru bersama adik menuju ayah untuk melihat lebih dekat dengan pengkuliah tersebut.

Tanggal 1.6.2011, kami bersiap2 untuk menuju Kuala Nal, Kuala Krai , Kelantan. Menyusuri Ipoh - Cameron Highland - Gua Musang - Kuala Krai kami tiba jam 9.30 malam. Sebelum pada itu di Cameron Highland, saya dan adik berkesempatan memetik buah-buah stawbery sendiri di ladang yang kami singgahi. Rupa-rupanya lebih untung untuk kita membeli dengan memetik sendiri buah stawbery tersebut berbanding dengan kita terus membeli di kaunter yang telah tersedia. Seronok tak terkata dengan pengalaman ini.

inilah antara hasil kutipan kami. 30 biji RM20.

Kami hanya mengambil masa 3 hari je di Kuala Nal, Kuala Krai. Namun kami berkesempatan menyaksikan acara tahunan kampung tersebut dalam Program Karnival Air Kuala Nal. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Kami hanya sebagai penonton kerana kata ayah kita hadir tengok gelagat peserta sudahlah. Kemuncak permainan mereka pada hari itu ialah panjat tiang licin yang memang seronok melihat aksinya.

ketika kami menyaksikan acara panjat tiang licin

Pada hari Ahad, kami bergerak pula ke rumah Tok Abah di Kg Pak Badol, Pasir Puteh. Beginilah kami , kerana kami punyai Tok Abah dan Tok Ayah bukan apa , umi dipelihara oleh keluarga angkat dan peranan ayah untuk memesrakan semula dengan dua keluarga ini. Namun kali ini di Kg Pak Badol hanya seketika, kami sempat jua bermain puas-puas dengan sepupu-sepupu kami jua. Petang Isnin, ayah menerima panggilan dari kampung , menyatakan bahawa beliau terpaksa menghadiri satu temuduga sebagai pembimbing haji di Kuala Lumpur pada hari Rabu pagi.

Saya bersama adik ketika rehat di Petronas Simpang Pulai, Ipoh.

Apalagi maka bergegaslah persiapan dibuat kerana masa yang ada amat singkat. Kami terpaksa pulang ke Perak pada petang Isnin tu juga. Ahamdulillah , kami bergerak menyusuri kembali Gua Musang dan Cameron Highland dan tiba di Kg Gajah pada jam 11.30 malam. Walaupun seketika kami pulang kampung namun kami bersyukur dapat bertemu Tok Ayah, Tok Abah , Nek Mi serta sanak saudara yang lain bersama.

...bersambung...

No Response to "Cuti Sekolah & Pengalaman 6/2011 : Episod 1"

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort