
Rombongan ayah umi tiba setelah hampir 10 jam lamanya berada dalam bas dari madinah ke makkah. Ambil masa untuk berehat seketika dan persiapan untuk melakukan tawaf qudum pada keesokkan pagi bersama muassasah.
Subuh yang hening , kami berjemaah bersama di Musalla Hotel kerana masih tak dapat arah mana ingin menuju Masjidil Haram pada pagi tu. Sujud syukur mengiringi ayah umi setelah selamat dan dapat hadir ke bumi Haram ini. Sarapan pertama disediakan oleh pihak pengurusan muaasasah, ayah umi berehat dan jadual pergerakkan maktab 77 untuk melakukan umrah atau tawaf qudum pada jam 8 pg.Syukur Alhamdulillah, untuk berkongsi sama, ayah dan umi menyatakan syarat TERPENTING hadir menunaikan haji & umrah adalah 'ILMU DITUNTUT & FIZIKAL MANTAP' tanpa kedua-duanya maka akan menyukarkan untuk kita menyempurnakan ibadah tersebut. kata umi kepada kami semua. Insyallah dan kami adik kakak pun kini telah mendaftar HAJI walaupun giliran kami nanti ialah 203+, Kami berazam kan pergi dalam usia muda. Doakanlah kami.
.....bersambung....


No Response to "Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 10 : Menyusuri Wadi Kaabah"
Post a Comment