Sudah lama tak bersambung coretan cerita ayah umi ketika mereka berada di Makkah. Semalam 6.6.2010 (AHAD) ayah dan umi mengotakan jemputan kenduri walimatul urus sahabat mereka ketika mengerjakan haji tempohari. Jadual asalnya ayah nak bawa kami ke Kedah namun terbatal kerana keletihan dan menunaikan jemputan kenduri berhampiran sahaja. Ada hikmahnya.Kami ikut ayah umi ke Desa Gelung Pepuyu , Bota ke rumah Hj Wakiyuddin & isteri. Hasrat kali ini untuk bertemu kembali rakan2 sebilik ayah dan umi ketika berada di Kota Makkah tempohari.Sememangnya telah dirancangkan begitu, dan kebetulan sahabat sebilik mereka ini hampir kesemua dari satu daerah yang sama iaitu Daerah Perak Tengah kecuali Haji Ismail dan isteri yang tinggal di AU3, Kuala Lumpur.Menurut ayah umi, mereka salin mengenali antara satu sama lain adalah ketikamana ditempatkan bersama satu bilik lelaki dan satu bilik wanita di Al-Janadriayah Hotel, Makkah. Ukhuwah yang terjalin memang akrab kerana dalam tempoh sebulan berada di Makkah mereka salin tolong menolong antara satu sama lain. Makan, berjalan dan beribah bersama. Inilah yang dikatakan salah satu falsafah besar sebalik mengerjakan haji ialah 'ukhuwah'.
Manakala sebilik umi pula ialah pasangan masing-masing : Hjh. Nor (Pendidik SK Seri Iskandar), Hjh. Mai Halimah @ Kak Pa (Pembantu Tadbir SK Titi Gantong), Hjh Yah (Surirumah) , Hjh Yong (Surirumah) & Hjh Faridah (Pesara Guru).
Sesungguhnya amat besar hikmah dan falsafah haji dalam aspek ukhuwah fillah dimana kami rasakan amat bahagia dan seronok mengenali keluarga besar masing-masing. Moga ukhuwah ini akan berterusan dan menjadikan kita semua sebagai insan yang bersyukur. Amin Ya Rabbb.
......bersambung...

