

Moga ALLAH sentiasa merahmati amal kerja umi ayah.
Terima kasih kerana sayang dan menyayangi.
Terima kasih kerana sayang dan menyayangi.
Tahniah Ustazah Faridah, kerana dianugerahkan sebagai TOKOH GURU PASTI KEBANGSAAN 2009. Berbangganya adik bilamana ustazahnya dapat tokoh kebangsaan. Ayah pula menumpang rasa terharu dan bersyukur bilamana selaku PENGERUSI PASTI NURUL IMAN ini telah menjadi tempat Ustazah Faridah menabur bakti disini sejak 13 tahun yang lalu. Terima kasih ustazah kerana mendidik adik dan kakak selama ini. terima kasih, terima kasih dan tahniah. Allahu Akbar!!!
Tanggal 12 RabiulAwal 1430 baru ini , muncullah kelahiran pertama anak syukur & nikmat (nama arnab kami) sebanyak 7 ekor. Daripada 7 ekor tadi 2 ekor telah menemui ajalnya dan seekor hilang entah kemana, sewaktu bermain diluar sangkar.
Kelahiran pertama 3 bulan lalu pun masih tiada nama yang sesuai diberikan , kini hadir pula kelahiran kedua. Patutlah orang2 tua pernah berkata kepada pasangan baru, pandai2lah kamu jangan sampai macam arnab. Ianya bermain dikepala pada ketika itu, tapi menelan hakikat rupanya bilamana kita bela baru tahu...... kena jarak2kan sikit....itu maksud orang tua2 dahulu kala...ya...... so far..... saje nak sekadar berkongsi cerita.
Diadakan di SJK(T) Ladang Rubana, bersama kali pertama dengan Pasti Vanakam (PASTI majoriti Berbangsa India pertama di Malaysia).
10 buah PASTI berentap merebut kejuaran tahunan. Namun Tahun ini sekali lagi PASTI Nurul Iman menjulang kejuaraan dengan mengumpul mata tertinggi. TAHNIAH dari ayah & ummi.
Bacaan ikrar dan nasyid PASTI diketuai oleh : Majidah bt. Amir Hamzah. sungguh kami tak sangka yang selama hari ini dok pratik naik atas kerusi dirumah ini adalah latihan utk tujuan di Sukan Pasti mereka.
