Assalamualaikum semua. Bertemu kita kembali.
Baiklah, saya sambung...
Seperti yang kita semua tahu, Umrah yang pertama merupakan kewajipan bagi sesiapa yang mampu. Ibadah Umrah terdiri daripada niat di miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi kaabah, saie dan tahlul atau cukur. Dalam umrah, tiada wuquf dan melontar.
Sejurus tiba di bumi anbiya' ini, kami menuju ke Bir Ali, salah satu daripada 4 miqat untuk mandi ihram, solat sunat ihram, solat zuhur dan asar secara jama takhir dan berniat ihram. saya, angah, umi ayah dan abang (Uwais) semua niat ihram. so, nampaklah ramai yang lelaki tengah pakai kain ihram. Waktu nie dah rasa macam berdebar sikit. baru tersedar yang saya dalam perjalanan untuk menunaikan umrah di Baitullah hil Haram.
selesai makan, perjalanan diteruskan. lafaz talbiah menjadi teman.
Malam itu, umrah pertama saya dibimbingi umi dan ayah. sebelum memasuki pintu baitullah, doa sentiasa meniti di bibir terutama doa memasuki pintu masjidil haram.
Ayah pesan banyak kali, masa pertama kali tengok kaabah merupakan waktu makbul doa dan itu yang saya pegang. macam- macam perasaan ada. teruja, takut, berdebar. bibir ni terkumat-kamit baca doa di atas. saat pertama kali nampak kaabah, Alahurabbi. rasa sayu sangat. terus mata berair-air. seolah-olah rindu dengan kaabah tu datang walaupun baru pertama kali tengok. Alhamdulillah, doa saya utuk ke sini bersama keuarga terjawab juga. terima kasih ya Allah.
tawaf, saie dan tahlul. alhamdulillah selesai. lupa pulak. disebabkan perjalanan yang jauh dan memnatkan. Uwais tak buat umrah lagi. dia penat so tertidur. angah temankan dia. so, esoknya kami bergerak ke tanaim untuk niat ihram kedua dan menyelesaikan umrah uwais. kesian dia lama sangat dalam ihram. sekejap terpakai lebai, lepastu tersapu minyak wangi sedangkan itu semua larangan ihram. tapi dia dimaafkan sebab dia masih 'separa' mumaiyiz, umi kata.ya Allah adikku.
sebelum itu , pagi tu kami pergi ke perkampungan melayu di Makkah. boleh bayang tak sebenarnya ada pokok bunga kertas dan pokok limau purut kat atas tu. tapi sebelum jumpa, biasalah, kena mendaki setinggi-tingginya.. bila dah naik n turun balik, rasa macam tak percaya dah pernah panjat.
masjid kat atas nie. semua rumah kat sini bentuknya memanjangkat ats sebab tanah tak banyak. |
pandangan dari atas waktu round 1 mendaki |
rumah pak su |
Malam itu, umrah kedua kami, bagi menyempurnakan ihram uwais. kat sini, saya umi dan ayah belajar sesuatu. betapa penting kebergantungan kepada Allah. walaupun kita telah merancang yangterbaik. kita hanya manusia. Allah tahu perancangan yang terbaik buat hambanya. nak dijadikan cerita, umi, sya dan kak yang terpisah dengan Uwais dan ayah. kami tunggu di tempat yang dijanjikan sehingga selesai solat isyak. waktu itu, kami dah selesai tawaf. ayah kena tawaf dua kali (14 pusingan) sebab bawak uwais. ayah pun cakap nak buat tawaf untuk dia dulu kemudian bagi kat kami untuk saie sekali.
tapi, kami tak terjumpa. Uwais tak dapat dihantar untuk saie. kami dah risau. Uwais yang sebenarnya dah lembik sebab dia mendaki dengan penuh semangat pagi tadi. dia budak. jadi dia dah penat. Kami juga risau, ayah dengan asma nya yang bukan boleh dijangka.puas menunggu, kami reda dan pasrah. menunaikan saie dlam kerisauan. mata saya tidak habis-habis melilau ke arah kerusi roda. dalam hati berdoa ada yang boleh membantu ayah. mungkin ayah saie berkerusi roda?tambahan lagi, kasut uwais dan ayah ada kat kami.
Ayah pulak. ayah sebenarnya dah tunggu awal sedikit. tapi sebab tempat tu ditutup jadi ayah pergi ke lari sekejap lepastu datang balik dekat tempat yang dijanji. Ayah kerap kena halau dengan pengawal tu sebab boleh menyebabkan kesesakan. ayah pun ambil keputusan untuk ke tempat saie. kami ada cakap nak naik skuter, jadi ayah tunggu kat situ.Uwais , bertakung mata sebab nak umi. tapi, Uwais kuat. dia tak nangis walaupun dan enat sangat-sangat. Ayah cakap, dia tak habis-habis cakap umi....umi...
Yang kami pulak tak jumpa jalan untuk ke skuter, jadi kami ambil keputusan untuk saie kat tingkat 1.
Ayah yang tak bertawaf lagi pergi juga ke tempat saie untuk menyelesaikan umrah Uwais. bila nampak naik skuter, barulah Uwais senyum. dia pun selesaikan saie dan drive skuter tu sambil mulut ikut zikir yang ayah baca untuk dia. selesai, mereka berkaki ayam keluar. Uwais cakap "Macam mana kita nak keluar nie ayah, kasut takde."Ayah pun tahan teksi. balik naik teksi.
kunci bilik pada saya. ayah pergi bilik mak ngah dan telefon kawan dia untuk cukur Uwais sebab ayah masih dalam ihram. selesai cukur, Uwais masuk bilik mak ngah, dia cakap " Mak ngah, uwais dah tengok kaabah." dan terus tertidur kat situ jugak.
Tak lama lepastu kami balik. terus peluk ayah. sepanjang perjalanan kami ada ternampak orang tak pakai kasut. terus teringat uwais dengan ayah berair lagi mata. bila tau cerita sebenar rasa terharu sangat. rasa bersalah rasa kesian. semua ada. tak sangka Allah bagi kekuatan kepada Uwais untuk dia selesaikan umrah dia tanpa umi. Ya Allah seharian tak berhenti menangis.
baiklah sambung cerita. malam ketiga, kami tak buat umrah. buat tawaf sunat je sambil naik skuter. Saje nak try. saya, umi dengan Uwais. heheh...driver berpengalaman lah yang memandu. malam itu jugak, ayah saya dan angah bergerak ke jabal nur di mana terletaknya gua hira'. ayah yang tahu kemampuan dirinya membiarkan saya angah dan kak yang sahaja mendaki. kalau ditanya kenapa daki waktu malam, jawapannya kalau waktu siang tak sanggup nak daki sebab tahu tinggi mana. bila pagi esoknya tengok rasa macam tak percaya yang semalam kami daki. Ya Allah. kita yang baru daki sekali pun dah penat, inikan rasulullah yang mendaki setiap hari. Allahu. satu info, tahu tak kenapa dipanggil jabal nur, sebab walaupun malam yang gelap gelita, jabal nur masih lagi menyala. kami mendaki tanpa perlu lampu. ini merupakan pengalaman pertama dan terakhir untuk mendaki jabal nur dan memasuki gua hira' kerana kerajaan arab saudi telah menutup kawasan ini untuk didaki dan dimasuki. pasti pengalaman ini tidak dapat dilupakan.
takde gambar sendiri. google je. lebih kuranglah. nak tahu pergi sendiri tengok real :p |
kami ada pergi melawat mina, tengok khemah-khemah kat sana. waktu tu belum musim haji, jadi semua khemah tutup. kami pergi hudaibiyah, pergi ladang tamar dan banyak lagi.
selesai di makkah, kami akan bertolak ke madinah. alhamdulillah sepanjang buat umrah, merasalah berniat di keempat-empat miqat.
tibalah masa untuk wida'. inilah kemuncak air mata dan perasaan sayu. berat sangat nak tinggalkan kota makkah. bukan mudah untuk ke sini semula. rasa bersyukur sangat sebab Allah masih bagi peluang untuk menziarah baitullah hil haram. rindu. memang sampai sekarang terasa rindunya. rindu nak angkat tangan berdoa sepuas hati. rindu sangat nak tatap kaabah lagi. rindu nak menangis. rindu nak dengar suara imam masjidil haram. semualah. semoga Allah merancang yang terbaik untuk kami menziarah tanah haram ini lagi. sekarang, hanya boleh melafazkan talbiah untuk mengubat rindu.
p/s: nak kongsi tips. arwah opah pesan sejak ayah kecik lagi. kalau nak pergi jadi tetamu Allah, setiap kali tengok gambar kaabah, jangan berhenti berdoa untuk pergi pada usia muda.