Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah, kejayaan diraih selaku Johan Syarahan B.Arab & Nasyid, Majlis Ihtifal KAFA Negeri Perak 2011

1
Meraikan kejayaan bersama

23 OKTOBER 2011, bersamaan 25 Zulkaedah 1432 sejarah tercipta buat diri kakak dengan dinobatkan selaku Johan Syarahan Bahasa Arab Peringkat Perak sempena Majlis Ihtifal KAFA Perak 2011. Ianya telah berlangsung selama 3 hari 21-23 Oktober 2011.

Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Perak ini adalah yang ke-19 tahun diadakan. Pelbagai acara dipertandingkan dalam tempoh 3 hari berlangsung tersebut. Namun bagi acara Syarahan Bahasa Arab & Rawi Marhaban , kali pertama dipertandingkan. Umi menawarkan diri selaku guru pengiring, mengiringi kakak menginap di Sek Menengah Agama Raja Perempuan Taayah, Ipoh. Undian giliran menentukan kakak pada peserta ke-8, iaitu terakhir ke pentas.

sedang berjuang dalam persembahan Syarahan B.Arab

Pada awalnya, kakak gemuruh juga untuk berhadapan dengan pesaing-pesaing hebat. Maklumlah usia 9 tahun berdepanan dengan 11 dan 12 tahun yang jauh lebih berkeyakinan, namun alhamdulillah setelah dapat ditenangkan oleh umi, ayah, & opah maka segala-galanya berserah pada Allah. Tenang dan bersahaja persembahan pada kali ini, dan ianya memberikan harapan setidak-tidaknya menjadi di kedudukan 3 terbaik.

Debaran

Majlis penutup diadakan di Sek Izzudin Shah , Ipoh dengan disempurnakan oleh YB Najmuddin Alias, wakil Menteri Besar Perak. Ketika mana pengumuman dibuat, debaran memuncak. dan alhamdulillah kejayaan diperolehi dengan nikmat yang tidak terhingga. Terima kasih semua.

Menerima hadiah

Nasyid

Bagi acara Nasyid Kategori Lelaki pula, 2 orang sepupu kakak , Azizul Adha & Azizul Hanif telah berjaya merangkul Juara juga. Mewakili kumpulan yang diberi nama 'Shoutul Ummah' Kegembiraan ini disambut bersama keluarga dan opah yang sentiasa mengikuti, mendoakan kejayaan kami.

Moga kejayaan ini memberikan pengalaman dan pemangkin untuk terus maju dalam bidang yang diceburi. Berikut secara ringkas keputusan pada hari tersebut :-

Syarahan Bahasa Arab (L)
1. Abdullah Azam b. Abdul Fatah (Teluk Intan) - 85%
2. Md Mahfuz b. Zamri (Bidor) - 78%
3. Ad Ikhwan Helmi b. Nordin (K.Kangsar) - 74%
4. Md Hayat Aziz b. Nik Wan Megat (Selama) - 72%

Syarahan Bahasa Arab (P)
1. Madihah bt. Amir Hamzah (Kampung Gajah) - 86%
2. Nursyazwana bt. Shaharom (Ipoh) - 84%
3. Nurul Iman bt. Muhd Rizal (K.Kangsar) - 83%
4. Nur Atiqah bt. Asan (Selama) - 77%

Nasyid (L)
1. Shoutul Ummah (SRAR al-Ummah, Chemor)
2. Nur Wildan (SRAR An-Nur, K.Kangsar)
3. Humaira' Mumtaz (SRAR Al-Ammar, Bagan Serai)
4. Shoutul Ummah (SRAR Seri Al-Ummah, Manjong)

Nasyid (P)
1. Zahratun Humara (Changkat Lada, Kg Gajah)
2. An-Najwa (Selama)
3. Shoutun Najihan (K.Kangsar)
4. Shoutul Umairah (Ipoh)

Tilawah (L)
1. Nor Adzli Fitri b. Md Isa (Parit Buntar)
2. Ad Luqman Nurhakim b. Azhar (Sungai Siput)
3. Md Hareez Imran b. Md Hamizon (Slim River)

Tilawah (P)
1. Nurhazira Nabila bt. Md Kamel (Ipoh)
2. Nurul Syafiqah bt. Mat Isa (Taiping)
3. Nur Alia Amani bt. Sulaiman (Gerik)

Hafazan (L)
1. Md Syaqiq al-Azidi b. Abd. Razak (Taiping)
2. Md Hariz Hazmi b. Hassan (Pengkalan Hulu)
3. Md Salahuddin b. Md Fauzi (Teluk Intan)
4. Md Shouqi b. Sofian (Batu Gajah)

Hafazan (P)
1. Humaira bt. Mohd Hatta (Kamunting)
2. Hannah Balqis bt. Zainuddin (Kuala Kangsar)
3. Shasha Najihah bt. Saiful Adli (Manjung)
4. Anis Raudah bt. Azin (Batu Gajah)

Acara-acara lain :-
Syarahan Bahasa Melayu, Seni Khat, Marhaban Rawi, dan Bercerita kisah dari al-Quran.

Tuesday, October 18, 2011

Tok Abah & Nek Mi Doakan Kejayaan Madihah di Makah...

0
Setelah 2 tahun ayah dan umi melaksanakan tuntutan rukun ke-5, alhamdulillah berkat doa dan usaha ahli keluarga maka tahun ini Tok Abah & Nek Mi pula menjadi tetamu Allah mengerjakan haji. Bulan ini , bulan yang paling padat untuk ayah dan umi, mana tidaknya setiap minggu kami keluar bermusafir atas urusan keluarga yang pelbagai.

Oktober minggu pertama, Pak Long & Mak Long mengahwinkan anaknya Kak De (Kak Farahanim) di Ipoh. Kami semua keluarga sebelah ayah menginap 3 hari 2 malam di home stay, Ipoh. Penghargaan kahs buat umi tersayang dengan hasil tangannya maka pakaian kami selaku 'Muslimah Girl' menjadi kenyataan. Cantik dan angun pakaian yang dijahit sendiri oleh umi. Manakala seminggu selepas tu, kami pula bersama rombongan menghantar mempelai ke Klang, dan kali ini kami menginap di Cystal Crown, Klang.

Pada malam harinya pula , Pak Lang (Razak) bermurah hati membelanja kami ikan bakar Tanjung Harapan bersebelahan muara dan Perlabuhan Klang. Hampir RM1000 jua malam tu saja , dengan 10 hidangan terbaik. Syukur alhamdulillah, sememangnya Pak Lang seorang yang pemurah , nama pun Abdul Razak.

Keesokkan harinya, keluarga sebelah ayah bermesyuarat infaq kali ke-12. Pelbagai program diatur bersama kesepakatan dan keakraban begitu kuat sesama mereka. Kami tumpang dengor je sambil dengan itu , meraikan adik Majidah menyambut ulangtahun kelahirannya ke-8 kek buatan Mak Lang, terima kasih semua. Jam 1230 pm rombongan pengantin mula bergerak.

Oktober 14 2011 pula, sekali lagi kami bermusafir ke Lembah Klang & Putrajaya. Kali ini misi keberangkatan Tok Abah & Nek Mi ke Makah. Ayah dan umi ditugaskan untuk menyelenggara kelengkapan haji mereka. Berdasarkan pengalaman yang mereka miliki. Memang agak kelam kabut kami lihat ayah dan umi , hinggakan saat-saat akhir pun terpaksa ke kedai untuk persiapan akhirnya. Namun kami berbangga punyai sanak saudara yang sangat prihatain dan bekerjasama memastikan hasrat Tok Abah & Nek Mi pergi. Kewangan, kelengkapan barangan, fasiliti, persiapan dokumen dan lain-lainnya.

Inilah dinamakan kerjasama. Walaupun Tok Abah dan Nek Mi ini melangkah ke Makah dengan tiket selaku pembantu warga mas iaitu Nyang Su, maka ilmu dan perbincangan bersama ustaz2 dan ayah sendiri diharap menjadi bekalan berguna buat mereka semua.

Terharu dan titisan airmata jelas sesekali membasahi wajah mereka, saya sempat memohon doa untuk kejayaan dalam pertandingan Syarahan B.Arab peringkat seterusnya yang akan berlangsung pada 23.10.2011 ini. Permergian Tok Abah dan Nek Mi ke Tanah suci diiringi doa agar haji mabrur akan diperolehinya amin.

Malam sebelumnya sempat ayah dan umi melarikan diri untuk jemputan ke rumah adik angkat ayah terakhir menemuinya pada 1995 lalu. Kini Bandar Seri Mahkota lokasi dituju. Beliau merupakan salah seorang pendidik di SK Bandar Seri Mahkota dan juga penulis novel. Hingga kini 4 buah novel telah dapat dihasilkan dan Laila Kamalia nama penanya menjadi pilihan. http://lailakamilia.blogspot.com , terima kasih atas jemputan dan layanan makam malam tersebut kepada auntie Ina & uncle ady.

Ini adalah diantara perjalanan kami sekeluarga dalam bulan Oktober dan masih belum terhenti lagi kerana perjalanan masih ada lagi seminggu dua nie... kini persiapan akhir untuk saya ke Ipoh. Doa ayah umi dan kalian penguat saya untuk terus berjaya, Insyallah.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort