Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Monday, May 31, 2010

Anniversary Ayah Umi ke-9 @ Hilton K.Lumpur

0
KHAMIS 27.5.2010, kami sekali dikejutkan oleh ayah setelah selesai peperiksaan PKSR 1 kertas B.Inggeris. Ok siap jom ikut ayah. Kami tertanya-tanya kemana ya? Ayah memandu laju pulang ke rumah. Setelah bersiap-siap kami memulakan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Lokasi penginapan masih menjadi tanda tanya buat kami semua. Hanya ayah sahaja yang tahu dan merahsiakan kepada kami. Rupa-rupanya 'vacation' kali ini adalah sempena ulangtahun perkahwinan ayah umi yang ke-9. Jam 4 petang kami sampai di Ibu Kota. Tersergam indah ciptaan Allah , syukur kami kepada Allah. Umi mengeluh-ngeluh kat mana ayah nak bawa kami menginap? lantas "sabo....sabo..." kata ayah.

Tiba dipersimpangan Jalan Bangsar, kami kagum melihat 2 banggunan tersergam gagah iaitu Le Maradien & Hilton Hotel di kelilingi KL Sentral. Ayah senyap je. Kereta kami menyusuri jalan dan terus menuju pass keselamatan Hilton Hotel Kuala Lumpur tersebut. "biar betul" kata umi. Ayah suka mendiamkan diri je. Memang betul rupanya K.Lumpur Hilton Hotel menjadi singgahan kami sekeluarga.

Satu lagi kejutan ialah bilamana kami check in dengan bilik yang besar berbanding bilik2 sebelum ini. Ada ruang santai, bilik tidur dan bilikair yang dilengkapi tab mandi yang sangat menerujakan kami. Masuk je saya dan adik terus nak mandi. "Ayah pasangkan air adik nak mandi" kata Majidah.

Kami banyak menghabiskan masa didalam bilik sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang indah diwaktu malam. Terima kasih kepada Uncle Abdullah yang menguruskan tempahan tersebut. Beliau juga adalah salah seorang kakitangan hotel berkenaan.

Malamnya kami dibawa ke Pusat Syifa' Al-Hidayah, Sungai Pusu. Ayah dan umi berikhtiar dengan Tn Hj Lokman dan juga Asyraf Muslim yang sering ditayangkan di Astro Oaisis dalam judul Penawar As-Syifa' Pengalaman demi pengalaman kami alami dan sesungguhnya sungguh ramai golongan yang sedang diuji oleh Allah swt menerima rawatan disitu.

Esok pagi seawal2 kami bangun dan mengajak ayah untuk mandi di kolam mandi hotel yang indah pandangan dari atas. Memang seronok dan cantik kolam mandinya namun ayah dengan umi tak dibenarkan mandi kerana pakaiannya tidak dibenarkan. Kemudian sarapan kembali dibilik setelah dibilik bungkus je di KL Sentral tersebut. Check out jam 1 petang dan menyusuri bandar K.Lumpur meneruskan perjalanan ziarah sanak saudara disana.

Moga percutian ini yang dikatakan percutian menarik sempena Ulangtahun Perkahwinan Ayah Umi, Hadiah adik memulakan bacaan juzu' pertama dan saya juzu' ke-15. Terima kasih ayah umi atas percutian tersebut. Moga Kebahgian dan keberkatan Allah mengiringi kita sekeluarga.

Wednesday, May 19, 2010

Hari Guru ayah dan umi kami

0
17.5.2010 , Dikesempatan ini madihah dan majidah ingin mengucapkan tahniah buat ayah dan umi dalam meraikan sambutan hari guru 2010. Bagi kami pengalaman tahun ini biasa sahaja dalam keadaan redho atas ketentuan Allah Yang Maha Esa.
Bagi ayah dan umi ini adalah tahun ke-10 mereka menyambut hari guru kerana 10 tahun sudah mereka berkhidmat dalam mendidik anak bangsa. Namun kami sekeluarga pasrah dengan ketentuan Allah yang memberi dan mengambil semula adik kami yang ke-7. Sejarah dan pengalaman tahun ini pabila kami sekeluarga tido menemani umi di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan, Ipoh. Jam 830 mlm ayah membawa umi ke Ipoh dan kami mengambill keputusan menemani umi di wad malam tersebut. Allah mempermudahkan segala urusan dan memberi kesihatan dan kesempurnaan yang baik buat kami sekeluarga.

Seawal jam5 pagi Isnin, ayah mengejutkan kami untuk pulang ke rumah dan bersiap sedia untuk ke sekolah sebagaimana biasa. Umi ditinggal seketika untuk menjalani rawatan lanjut pagi berkenaan.

Kami ke sekolah dan reaksi ayah macam biasa tak ada apa yang berlaku. Sampai sekolah ayah selaku teknikal majlis memasangkan LCD dan setting laptop bagi menyempurnakan majlis tersebut. Ayah juga selaku khalifah bacaan yassin dan doa selamat menjalankan tugas biasa. Kami juga teruja dengan agenda yang dirancang oleh guru-guru sekolah kami. Setelah selesai kami dan ayah terus bergegas untuk mengambil semula umi dan membawa pulang dalam keadaan yang alhamdulillah baik.

Walaupun umi tak dapat menyambut sambutan hari guru di sekolahnya , akan tetapi dikhabarkan menerusi pesanan sms rakan dan blog sk sungai galah bahawa telah diisytiharkan umi kami menerima 2 dari 6 anugerah yang dinobatkan pada sambutan Hari Guru. 2 tersebut ialah Anugerah Guru Paling Sopan dan Anugerah Paling Penyayang.

TAHNIAH buatmu umi kami semua tumpang gembira walaupun ujian Allah yang kita sekeluarga hadapi.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru untuk umi ayah & guru kami semua

0
Selamat menyambut Hari Guru.
Guru.....guru.... dikaulah
pembimbing ilmuku.....

Tuesday, May 11, 2010

Mengasah Keberanian Tampil Di Perhimpunan

0
ISNIN - 10.5.2010, adik saya Majidah 7 tahun buat pertama kalinya tampil di perhimpunan untuk menyampaikan sajak tulisan jawinya bertajuk 'Segunung harapan'. Sememangnya adik amat ghairah untuk tampil di perhimpunan begitu juga saya kakaknya. Namun kekuatan dan keazaman yang telah diterapkan oleh guru dan umi ayah maka ianya berjalan dengan lancar.

Pujian diberikan oleh guru-guru lain atas sikap dan keberanian tersebut. Ini adalah latihan buat kami untuk terus lebih beranai dan tabah menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Terima kasih guru-guru dan umi ayah kerana kalian kami akan terus berjaya , InsyaALLAH.

Thursday, May 6, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 12 : Jadual Harian @ Makkah

0
Seawal jam 3-4 pagi telah pun bangun bersiap sedia untuk ke Masjidil Haram. Ayah dan Umi menceritakan betapa hebatnya manusia menjadikan perjalanan kehidupan mereka sepertimana di Makkah, Tanah Haram yang penuh barakah. Pada jam2 tersebut kebanyakan manusia memang menjadi hamba yang benar2 bersyukur kerana kekuatan IMAN manusia untuk bersedia hadir ke Masjidil Haram sekurang2nya sejam sebelum fajr.

Jarak perjalanan berjalan kaki ke masjid sekitar 1ooo meter. Namun ada gak teksi sapu tersedia menanti kat lobby hotel.... teriak 5 riyal ... 5 riyal.... 5 riyal.... itu kalu dah dekat ngan tarikh kemuncak haji iaitu 7 hari sebelum 9 Zulhijjah. Kalu hari-hari biasa 2 riyal je... Namun kalu masa puncak tu jalan kaki ngan naik teksi sapu tu, laju jalan kaki lagi, tapi setdk2nya kemudahan org2 uzur (sakit/tua) ada la.

Pada kebiasaannya sejam awal dari fajr , berpusu2 manusia menuju ke Al-Haram untuk mengambil tempat yang terbaik. Walaubagaimana pun ragam manusia sering menginsafkan ayah dan umi agar terus menerus istiqomah dengan amalan tersebut. Namun kekuatan jiwa sangat dituntut dan paling tidaknya ialah faktor sekeliling menjadikan kita sedia berwadahkan iman atau kita jadi insan alpa. kata ayah kepada kami.

Kebiasaannya umi dengan ayah akan menuju ke tingkat 3 masjid. Alasan kerana agak tenang dan tidaklah bersesak - sesak sangan sebab mereka masih berada dalam ihram dikhuatiri tergelincir berkelakuan dan wangi jemaah yang wangi mungkin akan disapa kepada mereka. Terlanggar pantang larang ihram maka dam akan dikenakan. Apa yang pasti dalam tempoh ihram yang panjang sebenar pelbagai ujian dan keberhatian amat perlu ditingkatkan. Biasanya soal rambut atau sebarang bulu yang gugur.

Jika sehelai maka 5 riyal perlu dijelaskan iaitu kadar secupak beras kepada penduduk Makkah. Namun jika 3 helai atau lebih secara serentak atau berturutan maka 60 riyal perlu dijelaskan iaitu 10 riyal seorang penduduk Makkah. Yang ini tak boleh lari, malah terkadang selang sehari kurang 5 riyal pasti dibayarkan kepada pekerja2 pencuci Masjidil Haram. Dengan hal ini ayah umi akan merasakan bahawa betapa bernilainya setiap cebis dari tubuh badan kita.

Haruslah kita bersyukur dengan apa yang Allah limpahkan buat kita. Ya Allah jadikan kami dan umat manusia menjadi insan yang bersyukur. Amin Ya Rabb.

bersambung.....

Tuesday, May 4, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 11 : Tanggungjawab I

0
Hari pertama di bumi Makkah al-Mukaramah, kalimah syukur yang sentiasa diungkapkan oleh umi ayah. Umi yang sentiasa menitiskan air mata kesyukuran, menjadikan mereka berdua tunduk membesarkan Allah. Tawaf Qudum 7 kali pusingan dengan tenang dan tabah mengharungi jutaan umat yang sama2 membesarkan Allah.

Selesai melakukan tawaf qudum pada tanggal 22 Zulkaedah, ayah dan umi terus melakukan saei haji yang mana ianya adalah salah satu rukun haji yang perlu dilakukan cuma ianya samaada boleh dilakukan terus selepas tawaf qudum ataupun selepas tawaf ifadhah iaitu selepas 10 zulhijjah. Suatu ketika dahulu ayah merasakan jarak saei dekat je, namun dengan jarak yang sama dirasakan jauh mungkin faktor tenaga. Bagi ayah dan umi sering insaf dan berazam untuk mengingatkan rakan2 lain agar dapat menunaikan fardu haji ketika mana usia masih muda.

Ianya bersandarkan kepada pengalaman melakukan haji amat memerlukan ILMU & KEKUATAN FIZIKAL. Umur meningkat tenaga semakn kurang dan ibadah juga akan terancam.

Sesudah saei haji dilakukan, ayah dan umi bergerak pulang ke Hotel Al-Janadriyah. Jika masuk ke Al-Haram kami bersama kumpulan besar, namun ketika pulang kami berpecah. Kata ayah group yang ramai tu laju je mereka akan pulang ke hotel kerana terikat dengan sheikh muasasah dan dikalangan kami still sayang nak buat laju2 ibadah yang dituntut tersebut.

Pulang ke Hotel untuk berehat dan mengemas keperluan harian sambil membiasakan diri kami dengan Ihram iaitu berpantang 13 perkara dilarang. Inilah sebenarnya merasakan nilai setiap juzuk tubuh badan kita. Contoh sehelai rambut yang gugur maka SR5 perlu dijelaskan kepada penduduk Makkah yang memerlukan bantuan. Kupasan hal ini akan diperjelaskan kelak oleh ayah pada posting akan datang, Insyallah.

BERSAMBUNG.....

Alhamdulillah dapat merasa sekali....

0
Cantik sungguh patern 'Caldina' , itu ungkapan ayah setiap kali kereta kami dipotong atau kelibat kereta Toyota Caldina kelihatan depan mata. Sabtu 1hb. Mei 2010, ayah bersama cik Haris telah menziarahi sahabat mereka di Bangi. Mereka bertolak jam 12.30 am Jumaat lepas selepas selesai menghadiri kuliah perdana kat masjid jamek lama kg gajah. Cerita lain leh rujuk S.I.N.I.

Namun katanya, siapa sangka ayah dapat pengalaman mencuba Toyota Caldina di beberapa jalan sekitar Gombak. Sebenarnya kereta tersebut dimiliki oleh sahabat ayah yang dahulunya guru dan kini sedang bercuti selama setahun tanpa gaji melakukan bisnes bersama rakan kongsinya. Nama sahabat ayah itu Pakcik Badrol Ibrahim.


Tak disangka oleh ayah sambil bergurau2 tentang perihal kereta lantas bertanyakan Caldina berapa? maka menurut ayah Pakcik Bad pun kata jom tengok kat parking, rupa-rupanya beliau sendiri memilik kereta tersebut. Beliau serahkan kunci pada ayah untuk try power kereta idaman ayah tersebut. Peluang yang tidak dilepaskan oleh ayah. 140 kmj amat mudah untuk dicapai. Seronok tak terhingga tapi apakan daya try boleh le kata ayah, kita adik kakak simpan duit banyak2 kita gi mekah je jadi tetamu Allah lagi puas. hahahaha.... syukur Alhamdulilllah.


Kalu tak kakak nak nyanyikan lagu sekolah rendah..... 'papaku pulang dari kota.... papaku belikan kereta... kereta comel toyota caldina..... akan bawa kami ke sekolah.... pon...pon ...pon... pon... pon... pon.. pon....

Syukurlah dengan apa yang dilimpahkan oleh Allah buat kami , moga idaman ayah tu jadi penguat untuk kami sekeluarga terus patuh pada -Mu Ya Allah Tuhan Rabbil Alamin...

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort