Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Saturday, April 24, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 10 : Menyusuri Wadi Kaabah

0
Segala kelengkapan barang telah dapat diturunkan. Menurut ayah, mereka telah pun ditetapkan bersama kumpulan masing2 untuk penginapan iaitu bilik 1217, Hotel Al-Janadriyah. Hotel ini adalah hotel utama Lembaga Tabung Haji di Makkah. Seramai 7000 jemaah haji Malaysia ditempatkan disini. Syukur kata umi, segala kelengkapan sama ada perubatan - 3 klinik, 1 klinik kecemasan, farmasi, kafeteria, tempat jualan, bilik rujukan agama dan jemaah haji, bilik datuk mufti haji dan Tabung Haji itu sendiri telah ditempatkan disini.


Rombongan ayah umi tiba setelah hampir 10 jam lamanya berada dalam bas dari madinah ke makkah. Ambil masa untuk berehat seketika dan persiapan untuk melakukan tawaf qudum pada keesokkan pagi bersama muassasah.

Subuh yang hening , kami berjemaah bersama di Musalla Hotel kerana masih tak dapat arah mana ingin menuju Masjidil Haram pada pagi tu. Sujud syukur mengiringi ayah umi setelah selamat dan dapat hadir ke bumi Haram ini. Sarapan pertama disediakan oleh pihak pengurusan muaasasah, ayah umi berehat dan jadual pergerakkan maktab 77 untuk melakukan umrah atau tawaf qudum pada jam 8 pg.
Setelah berkumpul dan ditaklimatkan. Langkahan umi dan ayah seterusnya adalah menuju ke Masjidil Haram. Bagi umi tiada kata yang dapat dinukilkan oleh sesiapa dengan perasaan yg bermain dalam diri umi masa tu. Bagi ayah pula hadir ini lebih bermakna walaupun pernah 2 kali hadir sebelum ini. Haji & Umrah suatu perasaan yang berbeza sekali. Jarak hotel ke Masjid Haram 850 meter. Namun kedudukan hotel ini atas bukit, maka nak gi masjid best je turun bukit tapi kata umi bila balik ke hotel nafas pasti berbunyi2.

Syukur Alhamdulillah, untuk berkongsi sama, ayah dan umi menyatakan syarat TERPENTING hadir menunaikan haji & umrah adalah 'ILMU DITUNTUT & FIZIKAL MANTAP' tanpa kedua-duanya maka akan menyukarkan untuk kita menyempurnakan ibadah tersebut. kata umi kepada kami semua. Insyallah dan kami adik kakak pun kini telah mendaftar HAJI walaupun giliran kami nanti ialah 203+, Kami berazam kan pergi dalam usia muda. Doakanlah kami.

.....bersambung....

Tuesday, April 13, 2010

Generasi kami semakin bercambah

3
Alhamdulillah, pada minggu lepas kakak madihah dan adik majidah telah pun naik selangkah bergelar Makcik Madihah & Makcik Majidah. Ini berlaku disebabkan kelahiran generasi baru rumpun Tok Hj. Musa & Opah Hendon. Hannah bt. Fadzil dengan berat 3.25 kg telah selamat dilahirkan di Hospital Teluk Intan. Uniknya beliau ini hasil perkongsian bahagia 2 orang doktor dari hospital yang sama. Ayahnya Dr Fadzil (sepupu) kami dengan Dr. Khairul Bariah ini menyambutnya sendiri di dewan bersalin hospital berkenaan. Kelahiran sulungnya ini menjadikan opah Hendon sebagai Moyang. Syukur Alhamdulillah. girang dan terujanya seluruh ahlli keluarga.

Tok Pa (Pak Long) & Nek Nun (Mak Long) sangat girang dan akan menjadikan lokasi utama lawatan kali ini saban minggu melihat cucu. Syabas dan tahniah dari kami sekeluarga.

Moga dengan kehadiran Hannah ini akan menyatukan lagi semangat ukhuwah kami yang sememangnya jitu dalam meniti kehidupan dunia yang sementara ini. Buat Angah, ingat tanggungjawab semakin besar dan yang pasti kurangkan mengusik sebab kami sedang menantikan untuk sering mengusik Hannah itu nanti. Tunggu.

Buat seluruh Mak Sedara Mudanya..... awas jalankan tanggungjawab mencuit2 anak sedaranya itu kerana apa yg pasti tembam Hannah tu kelak akan digerami oleh mata yang melihatnya. Manakan kuah tak kan tumpah kalu tak kerana tembamnya Angah masa kecilnya dahulu. Buat Kak Ngah jangan sesekali serik untuk meramaikan umat Nabi. Salam dari kami sekeluarga. Selamat B.E.R.P.A.N.T.A.N.G

Friday, April 2, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj - Part 9 : LabbaikaALLAHUMMA Labbaik....

0
9hb. November, 2009 , rombongan jemaah haji ayah & umi KT35 dijadualkan akan melakukan wida (selamat tinggal) Masjidil Nabawi, Madinah untuk bergerak menuju ke Tanah Suci Mekah. Rakan sebilik ayah umi telah memutuskan untuk menuruti bersama ayah bagi mengerjakan samaada haji ifrad ataupun haji tamattu'. Setelah berbincang dan bermuzakarah sesama mereka ayah memutuskan untuk melakukan haji ifrad. Antara cabaran pilihan tersebut adalah berkeadaan lama dalam ihram yang mana akan mengambil masa 20 hari, InsyaAllah.

Jam 11.00 pg jemaah haji KT33, KT34 & KT35 dijadualkan wida' Maqam Nabi Muhammad saw , solat zohor dan bersedia menaiki bas jam 3.30 ptg. Ayah dan umi melakukan wida' bersama ketika zohor dan bersediakan beg pakaian lebih awal dari itu di loby hotel.

Air mata sayu pilu membasahi pipi ayah umi ketika mana melaksanakan wida' tersebut. Doa dan selawat yang berterusan dipanjatkan kehadrat ALLAH swt agar segala amal ibadah diterima dan diredhoi ALLAH. Tiada kata yang dapat diungkapkan kata umi kepadaku. Umi memang sayu meninggalkan bumi bertuah yang tersimpan didalamnya jasad Rasulullah saw.

Umi & ayah menaikki bas no. 2 (KT35) jam 3.30 ptg iaitu hampir sangat dengan waktu Asar namun telah pun diarahkan untuk melakukan solat secara jama'qasar atau solat bersama jemaah di hotel kerana pengurusan pergerakkan jemaah yang perlu diselaraskan. Hakikat yang berlaku ayah dan umi dok dalam bas tersebut hampir 1 jam setengah baru mula bergerak ke Zulhulaifah atau lebih dikenali sebagai 'bir ali' iaitu tempat miqat ihram samaada haji atau umrah.

Ayah umi bersama 5 pasangan yang lain tekad bersepakat melakukan ihram haji bagi menunaikan haji ifrad. Mereka bersolat maghrib isya' secara jama takdim dan solat sunat ihram 2 rakaat bagi menyempurnakan niat ihram haji tersebut. lantas bertalbiah sepanjang masa.

Dalam perjalanan yang jaraknya 467 km mengambil masa 5-6 jam , panorama malam sahaja menjadi teman. Rezeki Allah sentiasa mencurah2 kerana sememangnya menjadi resam orang Arab (koparat) menghulurkan sedekah makanan berkotak2 sepanjang perjalanan seingatnya 3 check point disinggahi mengedarkan sedekah makanan tersebut, setiap bas yang lalu pasti singgah untuk mengambilnya. Bayangkan betapa banyak bas setiap masa seumpama itu mengangkut jemaah haji madinah - ke makkah.

Hati mereka berdebar bilamana menghampiri Kota Suci Makkah. Suasana pagi yang hening namun kelihatan cahaya Masjidl Haram semakin hampir. Ayah dan umi terus menerus membaca doa dan diselang selikan dengan talbiah. Sayu dan terharu bilamana langkahan ayah umi memasuki kota suci Haram yang penuh dengan hikmah dan nikmah buat tetamu Allah.

..bersambung....

Thursday, April 1, 2010

KEMBARA RABBANI II : Masjid Al-Munzirin, SARJANA - Pos Kuala Mu, Sg Siput

0
Baru-baru ini ayah sekali lagi menempuh pengalaman KEMBARA RABBANI II (Remaja Masjid) bermotor ke Perkampungan Kuala Mu, Sungai Siput. 3 hari 2 malam yang penuh pengalaman baru untulk ayah ungkapkan kepada kami sekeluarga.

Jumaat 26.3.2010 , seawal pagi ayah membawa kami ke sekolah. Walaupun kembara tersebut akan bermula pada jam 10 pg namun ayah sempat masuk ke kelas tahun 6 untuk mengajar macam biasa. Ini kerana ayah xdapat cuti untuk menjalani program tersebut walaupun kembara ini anjuran bersama Jabatan Agama Islam Perak & Pejabat Agama Islam Kg. Gajah. 9 pg ayah meninggalkan kami di sekolah untuk melapor diri bersama Kris AEC5308nya di Masjid Al-Munzirin , Sek. Men. Agama Raja Dr Nazrin Shah, Kg. Gajah. Dengan persiapan yang sederhana ayah bersama 30 orang peserta yang lain memulakan perjalanan kembara bermotor tersebut didahului dengan Patrol Car PDRM. Kami di SK Lambor Kanan sempat berada ditepian jalan sekolah kami untuk sama2 melambai memberikan semangat buat kumpulan kembara tersebut.

Masjid Perlop lokasi persinggahan pertama untuk sama2 menunaikan solat Jumaat dan makan tengahari. Jam 3.30 ptg kembara bermotor memulakan pendakian dan perjalanan dalam hutan balak dari Kg. Baong. Menerusi jalan balak, lopak , habuk dan liku turun naik bukit menaiki motor dan 6 buah 4wd. Pelbagai cabaran ditempuh termasuk pecah tayar, namun kerjasama team amat membanggakan, kata ayah.

Suatu cabaran yang sukar adalah bilamana kenderaan 4wd tidak dapat meneruskan perjalanan ke Pos Kuala Mu lokasi yang dijanjikan akibat kekurangan alat kelengkapan dan jalan pendakian yang amat sukar kesan selepas hujan lebat. Team Kembara diarahkan berpatah semula untuk bertukar lokasi iaitu ke Pos Yum & Pos Bersuak (kedua2nya juga sempadan Kelantan) cuma arah yang berlainan.

Jam 9.30 malam baru team kembara tiba ke Pos Yum. Berehat , solat dan plan menantikan hari esok. Secara kesimpulannya team kembara ayah yang membawa misi dakwah dan ziarah sambil berkesempatan membantu memperbetulkan solat masyarakat Islam Orang Asli setempat yang sememangnya dahagakan bimbingan kita semua. Pelbagai program setempat telah diatur dan ayah selaku Urusetia Kerohanian sempat mengisi slot klinik solat malam kedua bersama-sama Tok Batin Pandak Akob dan orang2 kampung. Kembara Rabbani II ini juga turut dibantu sama dengan kehadiran mubaligh Islam yang terdiri dari pendakwah2 Jabatan Agama Islam Perak.

Antara yang mengisi slot tazkirah dalam bahasa Asli Temiar ialah Ustaz Abdul Halim & Ustaz Wan Masnira. Mereka ini sangat2 fasih berbahasa Asli tempatan dan sangat menyentuh perasaan bilamana Ust Wan berdoa dalam bahasa Asli Temiar buat kumpulan kembara dan masyarakat setempat. Pengalaman ini jika dunyai peluang lain moga sama-sama kita sertai.

Tanda syukur kita buat Allah Yang Maha Esa menempatkan kita dikalangan insan yang bertuah menyusuri hidup yang indah berbanding masyarakat Asli di dalam kawasan pendalaman. Tahniah pendakwah dan pendidik budiman yang telah diamanahkan ALLAH buat mereka berbakti di dalam sana.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort