Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Monday, March 22, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 8 : POS Malaysia

0
Dalam kejauhan , pasti ada kerinduan. Inilah yang diceritakan oleh Umi. Bilamana terlihat sahaja jemaah haji lain bersama anak2 mereka maka umi dan ayah akan salin berpandangan mengenangkan kami di tanahair.

Rutin harian umi ayah adalah disekitar masjid nabawi. Ambil peluang sebanyak-banyaknya untuk menikmati bumi ALLAH yang penuh barakah. "Suasana jemaah membungkus2 barangan untuk dihantar pulang menerusi Pos Malaysia adalah biasa kerana pihak tersebut membuka kaunternya di lobby hotelnya". kata umi. Dalam bab ini , ayah suka sangat ambil mudah, kata umi lagi. nanti le... biar le.... esok2 le.... itulah ungkapannya. Memang itu bukan matlamat, tapi Umi sentiasa dok ingatkan bahawa try le hantar sikit bungkusan sekurang2nya kami leh ingat dan gembira selalu, lebih2 lagi persiapan AidilAdha.

..... Hari-hari terakhir umi ayah di Madinah baru mereka membeli beberapa buah tangan dan pakaian raya buat kami di Tanahair. Namun setelah umi dan ayah pack barang2 tersebutt maka ayah menghantar kotak tersebut ke kaunter Pos. Malang sekali kaunter telah pun ditutup dan segala perkhidmatan Pos kini akan dibuka ke Kota Mekah. Maka bergegas ayah menuju ke Al-Haram Hotel yang jaraknya 700 meter mengusung kotak tersebut dengan harapan kena pos juga bagi mengelakkan beban untuk ke Mekah kelak. Allah Maha Mendengar kehendak umi ayah, sejurus tiba di hotel berkenaan kelihatan petugas-petugas Pos sedang mengangkat dan menyusun kiriman2 jemaah haji ke lori khas Pos untuk terus dibawa dan dihantarkan ke Airport.

Ayah : "Abang boleh tak saya nak poskan sekotak lagi?"
Petugas Pos : "Haji.... kaunter dah tutup, apasal aji lambat?"
Ayah : "Maaflah saya ingatkan lambat lagi mau tutup dan ke Mekah?, kami lak tak terfikir nak hantar awal, terasyik sangat dengan aktiviti biasa di masjid dan sekitarnya"
Petugas Pos : "Alat timbang kami dah simpan, nanti kami cuba usahakan"
Ayah : "Alhamdulillah"

Lega sungguh rasanya ayah , dengan mengusung jauh , dan timbang barang betul2 kat lori. Hajat nak bagi gembirakan insan di Tanahair sempena Aidil Adha moga tercapai. Termasuk sepupu2 kami Abang Huzaifah & Kak Aishah.

.....bersambung

Wednesday, March 17, 2010

Ikan Talapia @ Kolam Cik Lie

1
Jika di Kuala Nal, Kuala Krai tarikan utama dan pastinya kami sertai ialah mandi sungai yang sememangnya masa kini cetek, hinggakan kami boleh menyusuri keseberang pulau dengan berjalan kaki.

Berlainan dengan di Kg. Pak Badol, Melor kegigihan dan usaha Cik Lie (kembar umi) memungkinkan kami untuk menimba pengalaman memancing kolam ciptaannya. Menghidupkan ikan dalam sangkar adalah hobi beliau, namun kami dibenarkan untuk memancing ikan yang berada disekitar kolam selain dari dalam sangkar. Alhamdulillah petang ini kami sekeluarga bersama angkatan sepupu kami memancing ikan dalam kolam lepasnya. Ayah dan Pak Su Irul memancing tanpa sebarang teknik pancing berjaya mengangkat hampir 10 ekor ikan yang terdiri daripada talapia merah, talapia hitam, dan ikan selat.

Saya dan adik juga turut serta memberi makan ikan dalam sangkar yang terdiri daripada ikan keli, ikan patin dan juga ikan talapia. Hasil tangkapan , ini kami jadikan juadah makan malam kami hari ini. Terima kasih bebanyak buat Cik Lie , Cik Ta dan Tok Abah kerana usaha mewujudkan kolam ini menarik minat kami sekeluarga.

Buat tukang masak kami malam ni , juga tak lupa nak ucapan terima kasih terutama Nek Mi, Cik Su, Umi dan Pak Su Irul. Moga Allah memberkati hasil usaha kalian.

Pulang bertemu Tok Abah & Tok Ayah @ Kelate

0
Seawal pagi ahad lepas kami sama2 telah pun bersiap untuk pulang bertemu Tok Ayah & Tok Abah di Kelate. Ayah memandu dengan relex kali ini bagi memastikan keselamatan kami terjamin menuju destinasi. Lokasi pertama ialah rumah Tok Ayah di Kg Kuala Nal, Kuala Krai. Melalui Puncak Cameron Highland kami tiba dengan mengambil masa 6 jam termasuk berhenti di beberapa persinggahan untuk rehatkan badan.

Kecetekkan air sungai Nal menggamit kami untuk turun mandi bersama dengan arus air yang mengalir. Petang Isnin kami bingkas turun ke sungai mandi dengan panorama kebun tembikai dan jagung penduduk tempatan. Kami sempat bergambar dengan hasil tembikai yang semakin membesar. Sungguh cantik pertumbuhan kebun dan sungai yang cetek mengimbau kembali ayah ketika berada di sungai Perak suatu ketika dahulu.

Selasa 16.3 , Kg Pak Badol, Melor menjadi lokasi kami dalam misi berkunjung rumah Tok Abah. Tok Abah ialah abah kandung umi dan Tok Ayah ialah ayah yang membesarkan umi. Untuk itu keluarga kami agak besar. Umi sahaja pun 15 orang adik beradik kandung dan 6 adik beradik angkat. Sebelum ke rumah Tok Abah kami dibawa bersiar2 di Kota Bharu. KB ini kian berubah dan sangat pesat. Sistem jalan sehala terkini amat memudahkan perjalanan kami dan kali ini kewujudan KB Trade Centre adalah tarikan terbaru KB yang terkini.

Kami mengambil kesempatan untuk mengunjungi 'Radix Chicken House' RCH yang terbaru dibuka baru sekitar 10 hari beroperasi. Apalagi kami menjamah makanan yang ada sana seadanya. Kedai buku 'Jaafar Rawas' menjadi lokasi kami seterusnya saya dan adik berpeluang membeli buku pilihan kami sendiri disamping menemai ayah untuk membeli 12 naskhah al-quran yang diwakafkan oleh penderma budiman untuk sekolah kami.

Perjalanan kami masih belum berakhir...... kini kami berehat menikmati suasana sekitar Rumah Tok Abah yang dihidangi kehijauan dan kolam ikan dalam sangkar Cik Lie....

Monday, March 8, 2010

Rehlatul Ghufran Bil Hajj 1430 - Part 7 : Tip Raudhah

2
Raudhah :- "Apa diantara rumahku dan mimbar, adalah sebuah raudhah (taman) diantara taman - taman di Syurga"

1hb hingga 9hb November 2009, adalah tarikh yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Tabung Haji untuk ayah dan umi berada di bumi bertuah Madinatul Munawarah. Dalam tempoh itu ayah dan umi hanya berfokus untuk ziarah dalam dan luar Masjidil Nabawi. Rutin biasa di bumi bertuah ini bermula jam 4.30 pg. Bersiap bergerak ke Masjid yang terletak beberapa ratus meter dari penginapan Hotel Sakan Ar-Raudhah. Jika kita terlewat dari jam berkenaan sudah pastinya jemaah akan dapat masuk masjid namun hanya dibahagian belakang sahaja.

Ayah berkongsi cerita untuk sama-sama kita mencuri pengalamannya. Pernah suatu ketika beliau berazam untuk memperolehi saf pertama atau sekurang2nya saf kedua untuk tujuan solat Jumaat. Tindakan dilakukan seawal jam 9.30 pagi , ayah mula bergerak ke Babul Salam , Masjidil Nabawi bagi mendapatkan targetnya disitu. Apa yang berlaku ketika tempoh masa masuk waktu Jumaat pada hari ini pada 12.13 tghri iaitu 2 jam 30 minit lagi , Babul Salam telah pun ditutup untuk dimasuki oleh jemaah, ini kerana saf pertama hingga ke-5 telah pun penuh.

Pada ketika itu ayah terpaksa berhelah dengan memasuki pintu kedua dikawasan Masjid Abu Bakar, itu pun terpaksa berdiri selama sejam sebelum ruang raudhah dibuka kembali dari tempoh lawatan pihak muslimat. Sejurus sahaja halangan bagi kawasan lawatan pihak muslimat itu dibuka semula untuk kaum muslimin kira-kira jam 10.45 pagi, ketika itulah ayah dapat duduk menyambung iktikaf beliau tadi yang mulaya berdiri kepada posisi duduk. Kesempatan dapat duduk ini adalah kerana jemaah muslimin tadi meluru ke kawasan raudhah untuk iktikaf disana, ayah pula menyatakan kesabaran untuk terus hadir sahaja di masjid Saidina Abu Bakar r.a tadi. Bagi ayah perancangan yang teratur perlu dibuat untuk mendapat sesuatu bagi mengelakkan kita melanggar adab2 hadir di masjid lebih2 lagi Masjidil Nabawi.

Berkongsi tip - tip untuk mendapatkan tempat di Kawasan Raudhah (Musim Haji) hindari berebut2, melanggar saf solat jemaah lain & batasi adab dalam masjid :
  • SABAR paling PENTING. (2 jam beriktikaf)
  • Ketahui waktu mula dan akhir kain halangan muslimat dipasang atau dirungkaikan untuk kegunaan lawatan ziarah dalaman. (Biasa tengahari jam 11.45 pg, 2.45 ptg & 7.45 mlm)
  • Kita kena hadir didalam masjid Saidina Abu Bakar r.a. 40 minit sebelum masa tersebut.
  • Masuk dan Solat Tahiyatal Masjid serta Solat Hajat mohon Allah permudahkan matlamat kita untuk solat di kawasan Raudhah.
  • Rapat2 kekiri masjid sekiranya punyai ruang kosong untuk menghampiri kawasan Raudhah tersebut.
  • Bila mana petugas yang ingin membuka atau menutup ruang tersebut pastikan kita hadir sebagai salah seorang jemaah dlam kawasan kepungan tersebut. maka Insyallah kita akan dapat menikmati ruang Raudhah yang tenang beberapa ketika pada masa itu sebelum diarahkan beredar keluar oleh pihak berkuasa.
Ini adalah tip yang dipraktikkan dan berjaya membawa ayah untuk memperolehi nikmat hadir di kawasan Raudhah. Bagi ayah kata kuncinya adalah SABAR & BERTAWAKAL.

Begitu juga umi, menurut umi setelah mengambil iktibar ayah, umi juga mengkaji dan merancang untuk memperolehi nikmat dan kelebihan di kawasan Raudhah. Masa ziarah dalam muslimat adalah bermula jam 8.00 pg hingga 10.45 pg, 1.30 ptg - 2.30 ptg, & 8.00 mlm - 11.45 mlm. Ayah pesan kat umi untuk menjadi jemaah bagi kumpulan2 akhir muslimat ke kawasan Raudhah. Untuk makluman pembaca jemaah muslimat akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk bergerak secara teratur dan beradab maju dari belakang (tempat muslimat) ke bahagian hadapan. Kumpulan2 ini mengikut benua2 dan bangsa2 jemaah tersebut.
Contohnya Jemaah Asia Tenggara, India , Eropah dsbnya.

Menjadi jemaah yang berada didalam kumpulan2 akhir ziarah tersebut akan membawa pengajaran besar iaitu KESABARAN dan KEJITUAN kita untuk beribadah. tenang dan tidak gopoh beribadat serta yakinkan diri bahawa kita adalah Hamba ALLAH yang lemah dan dhoif disisi ALLAH.

Moga tip - tip ini dapat dimanfaati bersama taulan pembaca dan mohonlah kita atas keredhoaan Allah sentiasa bersama akhirat dan dunia seisinya.

....bersambung....

Monday, March 1, 2010

Trip singkat ke Asiatica & Ziarah Baby

2
3 hari yang penuh bermakna buat kami. Ayah dan umi pada asalnya tidak ada plan kemana-mana , namun ayah yang sering merancang dan bertindak tidak ambil masa yang lama. Cuti Maulidur Rasul SAW pada kali ini, ayah dan umi pagi2 lagi mengejutkan kami untuk bersarapan sambil baca dan menghayati intipati ta'alim 'Buku Fadilatul Amal' sejurus itu ayah dan umi pula membacakan beberapa hadis dari 'Kitab Syamail Muhammadiah' iaitu hadis2 berkisar tentang keperibadian Rasulullah SAW. Seronok untuk sama2 kami hayatinya.

Sebelah petang setelah ayah bertugas sebagai khatib di Masjid Al-Munzirin, ayah balik seraya berkata untuk kami sekeluarga bersiap2. Bersiap2? kemana ayah? kata adik terpinga ingin tahu. Ayah umi kata ikut aje. Jam pukul 5 petang kami mula bergerak ke Bertam, Pulau Pinang bagi menghadiri Majlis Maulidur Rasul SAW di Asiatica Organik House AOH. Program dijadualkan pukul 8.30 malam, alhamdulillah kami sampai mengikut yang dijadualkan perjalanan sejauh 284 km dengan melalui Beruas-Taiping-Highway Utara Selatan terus Penang.

Ada perkara lucu berlaku di Hentian Juru. Setelah kami solat jama' kami mula bergerak, namun apa yang berlaku beberapa kenderaan memberi isyarat hon kpd kami...... apa lagi ayah berhenti dan kelihatan bonet Avanza kami ternganga luas... hahahahaha sungguh lucu mujurlah beg2 kami tak jatuh , Alhamdulillah. semua kami rasa terhibur dengan pengalaman ini. Jangan buat lagi ? kata ayah, yang sebenarnya kecuaian kami semua masing2 mengharap satu sama lain. Turut bersama kami ialah Abang Huzaifah.

Program diisikan dengan bacaan Yassin , Tazkirah Maulid , Nasyid & Selawat oleh beberapa pelajar Tahfiz Al-Quran yang diraikan bersama. Setelah itu kami menikmati jamuan istimewa nasi turkey, capati arab & air roselle. Alhamdulillah makan tak tipu puas rasanya. Sedap masakan tersebut. Selesai sahaja kami terus balik ke Kg Gajah, dan sekali lagi rekod jalan jauh balik dalam tempoh 5 jam sahaja. Apa nak kata ikut ajelah.....

Petang semalam kami pula sempat pergi ziarah baby baru sahabat ayah Pakcik Shahbudin di Batu Gajah. Baby yang berumur 15 hari ini baru 3 hari keluar dari wad Hospital Ipoh, akibat deman. Saya dan adik amat teruja bermain dengan baby tersebut. Moga pada -Mu Ya ALLAH akan limpahkan kami jua adik yang soleh dan solehah selepas ini, Amin Ya Rabb.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort